Thursday, April 11, 2013

langkah.

dengan nama Allah,
huraikan simpulan hati, akal, fikiran dan lidahku.

Bismillah.
lama menyepi sendiri. merasakan blog ni terhenti kerana matinya hati. Allah.

sungguh lah, terseksa sangat dengan rasa futur ni. rasa nak menyerah. bukan. rasa dah kalah. rasa macam nak rebah tergolekgolek kat tanah. 

tapi setiap kali tu jugak lah, firman muncul dalam kepala,


"Janganlah kamu bersikap lemah, dan jangan (pula) kamu bersedih hati, padahal kamulah orang yang paling tinggi (darjatnya), jika kamu orang yang beriman.”
  [Ali'Imraan : 139]

baca ulang kali.
jangan bersikap lemah. jangan bersedih hati.
kamu paling tinggi darjatnya.
kalau beriman.


rasa macam kena pujuk. 
dan kembalikan keyakinan yang, Allah takkan bebankan manusia dengan apa yang kita tak mampu. setiap ujian yang Allah beri, Dia sediakan penyelesaian. bukan untuk lemahkan kita. tapi untuk menguatkan. meningkatkan iman. rugi lah orang yang diuji, tapi imannya semakin berkurang. na'uzubillah.

=====


demi Allah, aku rindu ukhuwah ini. ukhuwah yang fillah. inshaAllah. 

=====

jarak ni, bukan tanda kebencian. tapi untuk kau dan aku lebih dekat, dengan Tuhan.

moga..
Allah redha.


Allah, kuatkan lah semangat diri. untuk tetap teguh di langkah ini. di pencarian, hakikat diri.

"Allahumma, bersihkan hatiku dari sifat munafiq, pekerjaanku dari sifat riyaa', lidahku dari berbohong, pandanganku dari khianat, kerana Engkau Maha Mengetahui apa yang disembunyikan oleh pandangan dan dirahsiakan oleh hati."

1541/1104/2013,
from HIM that I came,
to HIM that will I be returned,
chickenrice.

Monday, January 2, 2012

2011.

dengan nama ALLAH,
huraikan simpulan hati, akal, fikiran dan lidahku.

mencoret kenangan. haha. cewah.

kita tutup 2011 kita dengan tasbih kifarah, surah alAsr + doa rabithah. sodaqallahul 'azim.

kita buka 2012 kita dengan ummul kitab alFatihah. a'uzubillahi minassyaithonirrojim. bismillah.. ^^v

2012. dunia akan berakhir ? siapa tahu ? -iklan shampoo.

pfft, selingan. sekian. alhamdulillah untuk setiap oksigen yang disedut + karbon dioksida yang dihembus. eh. inshaAllah, 4 Januari 2012 nanti secara officialnya bergelar senior. muahahaha. K. ._. tercampak ke 5 Bijak bersamasama siti, syasya, adila, cai, nabila, aifah, ainnatul, sara, intan + ramai lagi.

kali ni sekadar nak flashback kenangan 2011 yang segalanya serba baru. yeah.

berdomino's pizza lepas final exam. semua keluar around RM2 sorang. jengjengjeng. 8 pizza large ! awesomenesss :D

35/36 people of 4 Cerdik 2011. :D

kavetha, dinie, previna, hidayah, mai, siti, shantini, jiayan, fatin, poh yee, jiah kee, yan ke, safiuddin, wan jing, linda, xin ling, ming hui, pang li, yee jing, shaun, sattya, sin yun, jia chi, kimberly, yan yi, shaun, wong, matiin, haziq, kiflain, li cong, yan quan, hood, andrew + hafiz.
athirah.
:)

"all of you, one class, is like one happy family, eh. teasing each other, making jokes, so fun lah your class." -teacherZuwailah.
and the rest is history.. terimakasih 4 cerdik. :')

=====


suka SRIH 2011.
sukadukaria kot gambar ni. tengok je rasa nak gelak. haha. love aulad kan kakAdengkung ? :D

sukan SMIH 2011. Salahuddin Al-Ayubi. tertak menang tahun 2011, sebab aku dah keluar kot. herk. xD batch14, 2012 tahun terakhir korang, buat yang terbaik !

wakil SSI untuk pertandingan hafazan peringkat zon kat Tasek Utara 1. kot. takde rezeki. sob. cuma Ariffin (baju melayu) berjaya wakil daerah untuk tilawah. :)

LEADERS 2011 @ Rantau Abang, Terengganu. team Johor memang cool ! dari Johor banat je ke ? eh suka hati lah taknak letak yang ada banin. ._.

pertandingan kawad berirama KRS NGO peringkat daerah.susah weh kawad berirama ! --"

no. 2 kawad Hari Sukan SSI 2011. hamdalah. tengok lah siapa komander dia. *cough* xD

Sukan SSI 2011. saya Temenggung. ^^v

Expo Photography SSI 2011.
yang ni boleh jadi event of the year kot. anjuran Kelab Fotografi + Tunas Bistari. 1st time kena manage event macam ni. pengalamanpengalaman. :')

Malam Badar SIH 2011. :)

Remaja Raikan Ramadhan with IKRAMteens BJB @ SMKA JB. best kot ! tahun ni nak join lah. eh alamak. SPM T-T

Jamuan Raya IKRAMteens. persembahan Zayyan best. K.

XPERT 2011 @ Kuala Lumpur. ini dia. program yang dinanti sepanjang 2011. aaah Johor meriah ! sejak XPERT ni, rasa macam makin cintasayang Produce Gen 6. UTK. :D
tiada dalam gambar; banin. haha. ^^v

tu sedikitsebanyak aktiviti 2011. eh sikit ke banyak ni. OK senang, sebahagian aktiviti 2011. agak meriah, penat + sibuk sepanjang 2011. untuk tahun ni, tak tahu lah banyak mana program boleh join. macam... so sad je. T^T
inshaAllah, semoga yang terbaik untuk 2012 pula ! yeah !

hidayah, be nice to 2012. :)

"Allahumma, bersihkan hatiku dari sifat munafiq, pekerjaanku dari sifat riyaa', lidahku dari berbohong, pandanganku dari khianat, kerana Engkau Maha Mengetahui apa yang disembunyikan oleh pandangan dan dirahsiakan oleh hati."

1636/02012012,
from HIM that I came,
to HIM that will I be returned,
chickenrice.

Sunday, December 25, 2011

remember.

dengan nama ALLAH,
huraikan simpulan hati, akal, fikiran dan lidahku.

cuti ni, aku berjalan, merantau dan mengembara. macammacam orang jumpa, macammacam negara. cewah. ye, internet memang menghubungkan satu dunia. maka mudahlah aku melancong tanpa keluarkan banyak belanja. OK membebel. ._.

cool tak holiday aku macam ni ? berjalanjalanjalanjalanja..lan.. tak, holiday aku cuma di syurga je. kan rumahku syurgaku. hewhew. :3
Forever Alone. OTL

"dan tetap lah memberi peringatan, kerana sesungguhnya peringatan itu bermanfaat bagi orangorang beriman."
[azZariyat : 55]

peringatan. pernah disentuh. tapi harus lah disentuh lagi. ini namanya refreshment. ^^

berjalanjalan di jaringan sosial dengan dahi berkerut. ugh. apakah ini. terjumpa 'quote' dari seorang.. anonymous. err anonymous 'mungkin'.

"orang lain berubah sebab kesian tengok kau bersusah payah berdakwah. bukan sebab dakwah kau berkesan. heh."
[anonymous.]

tenung lama ayat tu. cukup mendalam. tapi rasanya ada sesuatu yang kurang kena pada ayatnya. kalau ikutkan, nak jugak aku jawab,

"kira tahniah lah kat orang tu ye, susahpayah dia berkesan jugak, orang lain nak jugak berubah. walaupun sebab 'kesian'. bermanfaat jugak pada orang lain susahpayah dia tu. ^^v"

tapi disebabkan aku rasa kalau dibalas, akan berisiko timbul peperangan teknologi memandangkan pandanganpandangan kami berkaitan hal lain sangat berbeza ! walaupun tak pernah berbincang tentang apaapa perkara bersama. picheww. maka, aku diamkan.

jadi kat sini, aku suka untuk kongsi ayat ni, suka sangatsangat, melampaulampau suka dia, macam aarghh effing like. *OK dah, cukup. huh. ayatnya,

"oleh sebab itu, beri lah peringatan kerana peringatan itu bermanfaat. orang yang takut kepada Allah akan mendapat pengajaran, orangorang yang celaka (kafir) akan menjauhinya."
['Alaa : 9-11]

haa nampak tak, peringatan tu, bermanfaat ! untuk orangorang beriman. jadi, bila ada orang yang bersusahpayah + bersemangatwaja bagi peringatan, ambil lah. kalau taknak ambil pengajaran pun, jangan perlekehkan. sebab, cuma orangorang celaka (kafir) je yang menjauhi peringatan. taknak jadi celaka kan ? JANGAN ! ^^v

bila diajak jadi baik, dia bersungguh untuk jadi baik, tu petanda, orang tu dapat petunjuk. wee. petunjuk takkan datang bergolek. kita kena cari+kejar. weeha jom ! :)

peringatan yang baik tu berkaitan cinta. cinta DIA. mari merasai kehangatan cinta DIA bersama ! ^^,

"Allahumma, bersihkan hatiku dari sifat munafiq, pekerjaanku dari sifat riyaa', lidahku dari berbohong, pandanganku dari khianat, kerana Engkau Maha Mengetahui apa yang disembunyikan oleh pandangan dah dirahsiakan oleh hati."

2348/25122011,
from HIM that I came,
to HIM that will I be returned,
chickenrice.

Saturday, December 17, 2011

superBUDAK.

dengan nama ALLAH,
huraikan simpulan hati, akal, fikiran dan lidahku.


azan maghrib. Idraki+Iman ambil wudhu', nak solat.

Iman : kiblat kat mana ?
Idraki : alaa solat je, Allah ada kat manamana.
H : *senyum* mana boleh macam tu, solat kena hadap kiblat. macam ni kiblat. *bentangkan sejadah.

walaupun konsep Idraki terlari sikit dari landasan, ye lah, solat tak hadap kiblat pun takpe sebab Allah tu kan kat manamana, tapi ada point yang menyentapkan aku, "Allah ada kat manamana.".

realitinya nampak mudah, kita semua tahu, Allah ada kat manamana. setiap apa yang kita buat, Allah tahu. Allah nampak. setiap lintasan hati pun, Allah dengar. Subhanallah. hebatkan Allah ? tapi hakikatnya tak semua dapat perasaan Allah ada kat manamana tu.

dan sebenarnya kalau kita betulbetul percaya dengan Allah ada kat manamana tu, kita takkan semudahmudahnya nak buat dosa. kan ? bermakna tiap kali kita buat maksiat terhadap Allah, waktu tu iman kita tengah sangat rendah sampai merasakan Allah tak lihat apa yang kita buat. astaghfirullahastagjfirullahastaghfirullah.

semoga lepasni kita lebih prihatin + berhatihati. setiap apa yang kita buat+kita fikir, Allah tahu. maka perasaan malu untuk buat maksiat depan Allah tu perlu. baru lah terhasilnya manusia yang benarbenar Superhero !

=====

sebab kenapa aku suka berdamping dengan kanakkanak, diorang jujur. straight to the point. ikhlas. yeahh. sangat. memang tak mustahil untuk belajar sesuatu dari kanakkanak. kadangkadang dalam tak sedar, kita tengah ditarbiyah oleh kanakkanak. power kan ?! :'D

OK sangat rindu abangMus'ab. baru 2 tahun tapi sangat MasyaAllah. hebat. teruja nak tengok abang Mus'ab bin 'Umayr Sayfurrahman tu membesar jadi sehebat sahabat Nabi, Mus'ab bin 'Umair. inshaAllah. :)

gaya peace seorang mujahid muda in the making. :D

abangMus'ab : tepitepiiii. *sambil goyanggoyang tangan suruh acikacik dia ke tepi.
ummiMus'ab : eh abang.. minta lalu baikbaik..
abangMus'ab : tumpang lalu.. abang nak lalu.. *jalan tunduk, tangan kanan ke depan, tangan kiri ke belakang, gaya sopan orang Melayu tu. (melting.)

...

abang Mus'ab nak camera yang aku tengah pegang.

hidayah : OK abang kena minta baikbaik. macam mana nak minta baikbaik ?
balqis : cakap macam ni, "acikHidayah.."
abangMus'ab : acikHidayah..
balqis : "abang nak pinjam camera.. boleh ? please.."
abangMus'ab : abang nak pinjam camera boleh ?..
*semua takde respon. senyap je.
abangMus'ab : please..
hidayah : :D OK goodboy. nah.
abangMus'ab : terima kasih.. cepat senyum, abang ambil gambar.

and the rest is history.. comel sangat kan abangMus'ab. tu belum dengar lagi dia nyanyi lagu [ Al-Aqsa yang mulia - najahan], [lagu IKRAM], [binnabil huda - UNIC]. aaaah.
acikHidayah doakan abang jadi Hero dah besar nanti tau. :)

"Allahumma, bersihkan hatiku dari sifat munafiq, pekerjaanku dari sifat riyaa', lidahku dari berbohong, pandanganku dari khianat, kerana Engkau Maha Mengetahui apa yang disembunyikan oleh pandangan dan dirahsiakan oleh hati."

0049/18122011,
from HIM that I came,
to HIM that will I be returned,
chickenrice.

Wednesday, December 14, 2011

mati.

dengan nama ALLAH,
huraikan simpulan hati, akal, fikiran dan lidahku.

seketika. sharing dari Tumblr. sentap kot tengok ni.


"syarat mati bukan sakit, syarat mati juga bukan tua, tapi syarat mati ialah hidup, dan kita semua ada syarat tu." - via Tumblr

setiap yang hidup kan pasti merasai mati. [alAnbiyaa' : 35]. manusia memang tak boleh lari dari kematian tu. sembunyi lah manamana pun. bila sampai waktu dimatikan, Allah takkan cepatkan+lewatkan sikit pun. tak akan. jadi, bersedia. sebab mati datang bilabila. tak mustahil, 5 minit lepas baca entry ni, kau atau aku atau mereka atau kita, ditakdirkan mati. semoga DIA ampunkan dosadosa. :)

orang yang paling bijak ialah orang yang selalu ingat mati kan ? jom jadi bijak setiap masa. ^^v

teringat ayat Dr. Muhaya,
"Allah, kalau aku masih bermanfaat pada ummah, panjangkan lah umurku, tapi kalau aku dah tak beri apaapa manfaat pada ummah, matikan lah aku."

sentap lagi sekali. terkesima. terharu pun ada. semoga kita jadi manfaat pada ummah+dunia sehingga ke akhirnya. inshAllah. :)

=====

OK mungkin ni pengembaraan terakhir untuk tahun ni. dah tak dibenarkan lagi. sobb. T-T redha lah hati. Melaka, here I come. adikadik, jangan nakalnakal tau kat Melaka nanti. :D

"Allahumma, bersihkan hatiku dari sifat munafiq, pekerjaanku dari sifat riyaa', lidahku dari berbohong, pandanganku dari khianat, kerana Engkau Maha Mengetahui apa yang disembunyikan oleh pandangan dan dirahsiakan oleh hati."

2219/14122011,
from HIM that I came,
to HIM that will I be returned,
chickenrice.

Tuesday, December 13, 2011

XPERT 2011 :D

dengan nama ALLAH,
huraikan simpulan hati, akal, fikiran dan lidahku.

Ekspedisi Pemimpin Remaja Tahan Lasak (XPERT) 2011.
"Terus Maju kehadapan."
9-11 Disember 2011.
SRI Al-Amin, Keramat | SRI ADNI, Dato' Keramat | Sekitar Bandaraya Kuala Lumpur

terbaik punya penat lah paling [fullstop.]

kali ni, Johor hantar 1 bas. 30 orang peserta.

Johor A.
pengiring; Hasif
Dolah (ketua), Izzat, Wan, Abir, Qawim.
Radhiah, Jihan, Najwa, Basyirah, Hidayah.


Johor B.

pengiring; kakNajihah.
Bazli (ketua), Umar, Haziq, Faizi, Afiq, Faiz.
Safiyah, Afiqah, Salsabila, Atiqah.

Johor C.
pengiring; kakHani.
Azfar (ketua), Afnan, Akram, Fazurul, Shakir.
Rai, Lina, Fathiyah, Asma, Solehah.

8/12/2011.

berkumpul depan Pejabat IKRAM Taman Universiti.

ni dia, PIC Johor, kakHasnor the best ! :D

masih menunggu bas datang :3

waktu asal, bertolak pukul 12am dari Pejabat IKRAM Taman U. tapi disebabkan bas rosak, maka perjalanan ditangguhkan. gerak pukul 1.30am. yadayadaa, bas sampai. gerak !

9/12/2011.

sampai SRIAAKL. alhamdulillah !

presenting; kakHani + kakNajihah, pengiring sporting yang dah macam peserta dah. haha.

bas Maju Ekspres JLU 621 tu memang paling lah laju diaa. sekejap je dah sampai SRIAAKL. team pertama sampai. lebih kurang pukul 7am. banat siap rakam video+post kat group XPERT 2011 lagi bagi kakHasnor tengok bukti kitorang dah selamat sampai. OK semangat.

mula dengan Ice Breaking bersama AbangAliffGanu.
"haa Johor tu lah korang. kalau tak merah, kuning, tak kuning, merah."
haha. Boria. semart kan. dah jadi trademark Johor sejak generasibergenerasi. bangga satu. :D

Outdoor Challenge 1 (Kais Pagi Makan Pagi.)
12.30 pm - 4.00 pm.

pop corn ni sedap wo. tak tipu.

kan melangkah kaki dengan pasti, menerobos segala onak duri. hehe.

banat jual barangbarang.

banin buat perkhidmatan. ni best !

terimakasih tuan rumah :)

OK minimum target RM200. banat Johor A berniaga. banin buat perkhidmatan. kitorang pergi kat area Setiawangsa. agak sedih tak capai target, dapat RM 155 je kot. tapi puas hati jugak tengok semangat Johor A seh. serious. :3

lepas habis KPMP, gerak pergi ADNI naik bas.

sampai ADNI :D

malam ada Sharing DERU oleh Pakcik Harun. zz. tak tipu, ramai syahid. standard lah, pagi dah berKPMP kan. thehehe.

pakcik HAMDY.

10/12/2011.

Outdoor Challenge 2 (Explorace).
10 am - 6 pm.

semangat Explorace.

tahun ni dapat topi ! wajib pakai sepanjang Explorace. :D

sebelum explorace Johor buat ucapan. OK sweet~

Johor naik trip kedua gerak pergi SRIAAKL dengan bas. jadi bergambar kat datarang ADNI dulu.

OK yang ni paling awesome !
CP 0 (SRIAAKL) : Sudoku. apakah ! --" buat addmath pun tak susah macam ni. dari pukul 10am - 12pm kot Johor A buat benda ni. team kedua last lepas CP ni. macam arkk. sedih kot mulamula.

gerak naik LRT Jelatek. paling lawak lah time ni sorang banat tersepit pintu LRT. sebab.. banin lincah sangat. haha. tak macam terkejut satu LRT kan bunyi "gedebungg !" siap yang duduk terus terbangun tengok apa berlaku. pasrah. xDD

credit; Raihana :)

CP 1 (Masjid KLCC) : task; kena ambil gambar dengan 10 golongan. blablabla, dapat 10-10 gambar ! OK gerak !

CP 2 (BB Plaza) : task; kena interview 3 orang remaja. tanya soalan pasal cuti sekolah, ma'al hijrah + FB. zz. OK kesemua yang diinterview adalah lelaki, maka banin je yang buat kerja. sementara banat ambil air Pulpy free dari makcikmakcik oren seberang jalan. nikmat OK. acomplished !

CP 3 (Pasar Seni) : task; interview sorang je, non-muslim. tanya pendapat diorang pasal kawankawan Muslim diorang. banin interview sorang pakcik bangla. dan.. sebenarnya, dia tak faham pun kot apa yang diorang tanya. sebab jawapan dia mengarut. haha. layan, completed !

CP 4 (Masjid Negara) : task; cari sejarah Masjid Negara. team lain semua makan+solat dulu, baru completekan task. Johor A tibatiba tersemangat sangat, completekan task dulu baru makan+solat. thehe. OK team kedua gerak lepas team Perak A. masa ni dah mula berentap dengan Perak A. Johor A keluar ke kiri, Perak A keluar ke kanan. destinasi sama; Tasek Perdana. NICE !

CP 5 (Tasek Perdana) : task; jawab soalansoalan yang diberi. OK banyak. sangat teruja kot jadi team 1st sampai. lepastu baru team Perak A sampai. tapi gelabah sebab masa nak hantar jawapan, Perak A pun hantar gak. erk. lincah gila diorang buat. sekali duadua team salah dua soalan yang sama. haha.

1. bila tarikh negara haram Israel ditubuhkan.
2. siapa yang mengisytiharkan gagasan Israel perlu ada negara.

hamek dia. soalan Zionisme dia bagii. ramai kot tak lepas ni. tapi berkat Googling, callingcalling orang lain + etcetc. berjaya jugak ! alhamdulillah ! ruun to the next CP !

nak dijadikan cerita, kitorang pun tersalah lah jalan dari Tasek Perdana -> Masjid Jamek. tak sedih langsung kot. sepatutnya dari TP, straight je, kitorang pergi masuk simpang kiri. tu dia, 1 jam setengah kat situ. sampai kat KL Sentral semua dah senyum pasrah+kecewa. ye lah, elokelok dah 1st tadi, semua dah fikir Perak A mesti dah sampai ADNI ni. sobb.

muka pasrah lepas sampai KL Sentral untuk ke Dato' Keramat.

CP 6 (Dato' Keramat) : task; jawab tekateki ? haha. OK simple. rupanya.. kitorang group 1st ! alhamdulillah ! rasa berbaloi betul sesatsesat+larilari macam apa tadi. next, kena naik bas T307, berhenti kat station GSK Factory, lari pergi ADNI. OK tunggu driver bas..

tibatiba Perak A sampai ! oh tidak ! driver bas, cepat lah dataaaang. semua dah gelabah + kecoh macam apa dalam bas tu serious ! berapa minit lepas Perak A pergi CP 5, driver sampai. bas baru je gerak, tibatiba Perak A ketuk pintu bas. ALAAA. memang kecewa habis Johor A. haha. lawak tak boleh lupa lah kan.

sampai depan station GSK, pengiring suruh Johor A turun. Perak A taknak turun. OK fine, byee Perak. Johor A larilarilari. dah nak potong bas, tibatiba dengan slumbernya Perak turun tepi traffic light yang dah dekat dengan ADNI. kitorang kat belakang dah, 'weh tak haci tu ! takde station mana boleh turun.' banin pun dengan semangat harimau Muslim nya lari macam pehhh. potong budakbudak Perak A. akhirnya, banin Johor A sampai dulu ADNI ! wow !

CP 7 (ADNI) : sampai kat ADNI, sekali abangBai cakap diorang dah kira markah dari kat Dato' Keramat lagi sebenarnya. apakah --" penat je larilari ! haha. kira dah nombor 1 pun lah Johor A masa larilari kejar bas tu semua. hailahaila. memang bersenam habis lah kan. terbaik kot. super penat macam apa.

kami juara Explorace ! hehe.

ni dia, team Perak A yang bagi saingan maha hebat + dahsyat. korang terbaik lah !

memang tak terkata, sangat err terharu. dari team 2nd last gerak masa CP 0, jadi team 1st sampai ADNI = tamatkan Explorace pukul 5.45 pm. awesome yoy ! kitorang memang sangatsangat berterimakasih pada pengiring yang cekap sungguh jalan KL tu. dalam kepala macam ada GPS je kan. ikut jalan dalam lah, short cut lah. fuhh. hebat serious. dengan baninbanin yang semangat habis, suruh lari semua lari. banatnya penatpenat pun sanggup lari. sebab takut tertinggal jauh sangat dari banin kot. haha.

apa pun, team Johor A memang superb + cool, kan ? walaupun tak menang keseluruhan sebab markah jualan sikit, kita Juara Explorace ! \(^w^)/

malam. video editting.
semua dah gaya penat tak bermaya kan. serahkan kerja videovideo ni pada banin sebab diorang lebih pakar. pukul 11.30pm banat Johor A dah naik dorm, tidur. macam terawal sangat je kan. tapi dah banin kata diorang boleh buat, kitorang OK je lah.

lastlast, pagi esoknya, diorang kata pengiring buat 70% video tu. haha. OK pengiring Johor memang sentiasa terbaik sejak XREK lagi sebenarnya. terimakasih. ^^



ni lah video hasil usaha Dolah + pengiring kami. :)

12/12/2011.

Johor A + Johor C bersemangat turun bawah cek video pagipagi. hehe.

pagi yang kecoh dengan kehadiran kakHasnor. :D

semua memang harus lah tak bangun qiam kan. mana taknya, ramai kot tak tidur buat video. dimaafkan :3 presentation video. zzz. OK tamat !

result;
1. Terengganu.
2. Melaka.
3. Kelantan (!) --"

Produce Gen 6 terbaik !

kontinjen Johor Darul Takzim <3

dari kiri belakang; Hasif, qawim, abir, afnan, wan, fazurul, dolah, haziq, lina, basyirah, atiqah, salsabila, asma, fathiyah, afiqah.

dari kiri depan; azfar, shakir, akram, faiz, faizi, kakNajihah, kakHani, najwa, jihan, kakHasnor, radhiah, hidayah, safiyah, raihana.

tiada dalam gambar; bazli, umar, afiq, izzat.

10 minit lepas masuk bas untuk ke JB, semua dah tak sedarkan diri. :O penat sesungguhsungguhnya lah, tapi puas. ^^,

inshaAllah, XCELL at Kedah, here we come ! ^^

=====

ibrah yang aku dapat dari Explorace tu.

gagal awal tak bermakna gagal selamanya.

kitorang bermula dengan kumpulan 2nd last kat CP 0. dan berakhir dengan kumpulan 1st kat ADNI. kegagalan awal tu tak bermakna kitorang tak boleh menang 1st tu kan. yang penting kena usaha+tak putus asa. walaupun dah sesatsesat jalan semua. tapi semua macam masih bersemangat larilari nak sampai ADNI dengan cepat. dan alhamdulillah ! berkat usaha+semangat+izin DIA tu, kitorang 1st sampai.

macam tu jugak dengan hidup kita. aku ambil contoh Nazrey Johani (ex kumpulan Raihan.)
dia converter. dari Kristian ke Muslim. dia cerita, keluarga dia memang Kristian taat. kuat pada ajaran agama. tapi satu hari, ayah dia masuk Islam. dan ajak satu keluarga masuk Islam jugak. dia tak puas hati. dia tentang sekeraskerasnya. dia taknak tinggalkan Kristian. tapi alhamdulillah, hati dia terbuka. dan sekarang, dia berusaha kembangkan ajaran Islam tu melalui nasyid. dan semoga, pengakhiran dia nanti, indah. :)

tak semestinya orang yang jahat hari ni, esok lusa tulat dan selamanya dia akan jahat, tak mustahil untuk dia jadi penentang kejahatan pula satu hari nanti. kita tak tahu kan. semua tu rahsia DIA.

Allah tak tengok permulaan hidup kita. tapi Allah tengok, pengakhiran kita nanti macam mana.
kalau permulaan hidup kau tak sehebat mana, jangan putus asa, terus survive untuk dapat hidup lebih baik. untuk akhiri hidup kau dengan sesuatu yang terbaik ! inshaAllah ! ^^v

"Allahumma, bersihkan hatiku dari sifat munafiq, pekerjaanku dari sifat riyaa', lidahku dari berbohong, pandanganku dari khianat, kerana Engkau Maha Mengetahui apa yang disembunyikan oleh pandangan dan dirahsiakan oleh hati."

0113/14122011,
from HIM that I came,
to HIM that will I be returned,
chickenrice.