Wednesday, December 3, 2008

jom hiburkn hati sket...


Kahkahkah..


Alkisah 1

Sebaik sahaja mengambil tempat duduk di ruang menunggu sebuah klinik, Lias terpandang Amin sedang menangis teresak-esak. Dia segera mendekati Amin.

Lias : Kenapa menangis?
Amin : Saya datang untuk ujian darah.
Lias : Awak takut ke?
Amin : Bukan itu sebabnya. Semasa ujian darah dijalankan, mereka telah terpotong jari saya.
(Mendengarkan penjelasan Amin, Lias menangis.)
Amin : Eh, kenapa pula awak menangis?
Lias
: Saya datang untuk ujian air kencing...

Alkisah 2

Seorang pemburu bertembung dengan seekor singa. Terrperanjat, dia tak sempat mengangkat senapangnya.Tiada pilihan, pemburu itu bertadah tangan dan berdoa.Ketika pemburu itu menjeling ke arah singa, dia ternampak bahawa singa itu juga sedang berdoa.
Pemburu: "Ah leganya........singa baik rupanya. Selamatlah aku.."
Singa: "Ya.......singa yang baik selalu baca doa sebelum makan."

Alkisah 3

MAYAT
> Cikgu : Hasan,sambungkan 2 ayat ini menjadi satu. 'Ali menaiki basikal ke sekolah. Ali ternampak mayat.'
> Hasan : Ali ternampak mayat menaiki basikal ke sekolah.

Alkisah 4

> TIRU
Cikgu : Encik,anak awak didapati meniru Ali dalam exam.
Bapa : Apa bukti awak?
Cikgu : Encik tengok soalan nombor 4 nie. Siapakah menemui Pulau Pinang? Ali tulis "Saya tak tahu"dan anak encik tulis "Kalau engkau tak tahu, aku lagi la tak tahu".

Alkisah 5

Ini cerita yang berlaku beberapa tahun lepas... Dua sahabat, fariesya dan eloka sedang pulang dari dari kerja (shift malam). Tayar motor pancit pulak tu. Jadi kena lah sorong motor. Rumah jauh jugak lagi. Sampai kat satu simpang,fariesya dan eloka pun ambik le short-cut. Nak cepat sampai sebab dah ngantuk sangat.

Tapi shortcut tu lalu kat kubur cina. Seram jugak dua orang tu tapi buat-buat
berani sambil buat-buat lawak... tak nak tunjuk takut le tu. Tiba-tiba dengar macam bunyi orang buat mengetuk batu. Bulu roma fariesya dan eloka dah tegak... Kemudian nampaklah bayang-bayang orang sedang mengetuk sesuatu kat satu kubur.
Rupa-rupanya sorang apek sedang memahat batu kubur.

"Aiya apek, lu apa bikin kerja malam-malam... bikin orang suspen saja... esok siang buat laa...", kata si eloka (marah-marah).

"Aiya, itu bodo punya olang aaa, gua punya nama pun talak betul tulis..."

p/s:d'copy paste drpd iluvislam.com..byk agy citer2 bes kt sne..klau sdeyh2,pilu2,sayu2, rajen2 kn jari taip web ni, www.iluvislam.com..insyaAllah, ade bahan2 yg leh menghiburkn kte..


0 ale.ale.ale.ale: