Sunday, March 15, 2009

diam.

tadi jalanjalan kat artikel iluvislam.com.jumpa artikel ni.seronok baca.

~HiKMaH BeRDiAM DiRi~



Manusia berbicara setiap masa. Bicara yang baik akan membawa keselamatan dan kebaikan

kepada manusia. Jika bicara tidak mengikut adabnya, manusia akan merana di dunia dan di

akhirat. Di dunia akan dibenci oleh manusia lain manakala di akhirat bicara yang menyakiti hati

orang lain akan menyebabkan kita terseksa kekal abadi di dalam neraka Allah SWT.




Bagi mereka yang beriman, lidah yang dikurniakan oleh Allah itu tidak digunakan untuk

berbicara sesuka hati dan sia-sia. Sebaliknya digunakan untuk mengeluarkan mutiara-mutiara

yang berhikmah. Oleh itu, DIAM adalah benteng bagi lidah manusia daripada mengucapkan

perkataan yang sia-sia.


.:HIKMAH DIAM:.

1. Sebagai ibadah tanpa bersusah payah.
2. Perhiasan tanpa berhias.
3. Kehebatan tanpa kerajaan.
4. Benteng tanpa pagar.
5. Kekayaan tanpa meminta maaf kepada orang.
6. Istirehat bagi kedua malaikat pencatat amal.
7. Menutupi segala aib.



.:Hadis-hadis Rasullulah mengenai kelebihan diam yang bermaksud:.

* "Barangsiapa yang banyak perkataannya, nescaya banyaklah silapnya. Barangsiapa yang banyak silapnya, nescaya banyaklah dosanya. Dan barangsiapa yang banyak dosanya, nescaya neraka lebih utama baginya".(Riwayat ABU NAIM)

* "Barangsiapa yang beriman kepada Alah dan Hari Akhirat, maka hendaklah ia berkata yang baik atau diam".(Riwayat BUKHARI & MUSLIM)

* "Barangsiapa diam maka ia terlepas dari bahaya".(Riwayat AT-TARMIZI)



.:Madah Dari Hukama:.

* BANYAK DIAM TIDAK SEMESTINYA BODOH, BANYAK CAKAP TIDAK SEMESTINYA CERDIK, KERANA KECERDIKAN ITU BUAH FIKIRAN, ORANG CERDIK YANG PENDIAM LEBIH BAIK DARI ORANG BODOH YANG BANYAK CAKAP.
* MENASIHATI ORANG YANG BERSALAH , TIDAK SALAH. YANG SALAH MEMIKIRKAN KESALAHAN ORANG..
* KALAU ORANG MENGHINA KITA, BUKAN KITA TERHINA, YANG SEBENARNYA ORANG ITU MENGHINA DIRINYA SENDIRI.


Manusia tidak akan dapat mengalahkan syaitan kecuali dengan diam. Jalan yang terbaik ialah

diam kalau kita tidak dapat bercakap kearah perkara-perkara yang baik. Bicara yang baik

adalah lambang hati yang baik dan bersih yang bergantung kepada kekuatan iman pada diri

manusia.

AiOrenji:jom samasama berdiam diri je bila taade perkara penting yang nak dicakapkan.ngee.



3 ale.ale.ale.ale:

+akufobia+ said...

huhu.kejap.nak bayang dia diam.kuku.macam patung.

~chicken.rice~ said...

patung?bukan alien?.nanana.

+akufobia+ said...

er.tak.badut.haha.