Monday, March 16, 2009

telah kupilih jalanMu.

jalan mujahadah itu susah,tapi indah.

Telah kupilih jalanMu,
Jalan yang mendekatkan aku padaMu,
Jalan orang-orang yang beriman dan beramal soleh,
Dan aku yakin sebenar-benarnya,
Cintaku padaMu takkan pernah dikecewakan,

Namun Tuhan,
Ampuni aku,
Fitrah hati ini terlalu berat untuk kubuang,
Terlalu pahit untuk ditelan,
Tapi terus-terusan aku gagahkan,
Demi menggapai cintaMu Yang Esa.

Bantulah aku Tuhan,
Jika rinduku ini imaginasi syaitan,
Dan kuminta ia dilenyapkan,
Andai kasihku berlandaskan nafsu,
Kumohon matikanlah rasa cinta yang belum tentu jadi milikku.

Tolonglah aku Tuhan,
Untuk mengisi bejana cintaku untukMu,
Agar aku takkan pernah dahagakan,
Cinta dari insan yang tak halal bagiku,
Teguhkan kasihku untukMu,
Agar aku tak kecundang dijajah cinta yang dusta,
Yang menjadi hijab di antara kita,
Tetapkan langkahku di jalan ini.

titanic yang gah.akhirnya tenggelam dengan kuasa ALLAH S.W.T

Gagahkan aku Tuhan,
Untuk menenggelamkan kapal cinta manusia,
Walau ia se'gah' bahtera 'Titanic',
Tetapku pinta ia karam,
Jika belayar ia di lautan dosa.

damaikan ombak dihatiku walau sehebat Tsunami,Ya ALLAH.

Dan kumohon Tuhan,
Damaikanlah ombak di hati,
Walaupun ribut datang mengundang,
Kasihku diikat di dasar Rabbi,
Kerana ianya lumrah ujian..
Dan akan kuterus tekadkan janji,
Kerana telah kupilih jalanMu.

1 ale.ale.ale.ale:

+akufobia+ said...

yayaya.jadi kuat.