Wednesday, April 22, 2009

ujian.

kenapa saya?

ujian tu satu tarbiah dariNYA.ya.bersyukurlah bila ditimpa ujian.sebab mungkin ujian tu DIA beri untuk uji keimanan kita.DIA nak uji,sejauh mana pergantungan kita padaNYA.sejauh mana kita cintakan DIA.tapi.terkadang diri hilang.rasa macam taa sanggup nak tempuh.sebab ujian tu pahit.sangatsangat pahit.kalau boleh.nak larilarilari+lari lepastu terbang jauhjauh.jauh daripada kehidupan dunia yang penuh dengan ujian.tapi kita cuma hambaNYA.lemah.taa berdaya.dan selalunya kita akan merintih+mengeluh.kenapa kita yang diuji?,"Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan; "Kami telah beriman," sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya kami telah menguji orangorang yg sebelum mereka,maka sesungguhnya Allah mengetahui orangorang yg benar dan sesungguhnya Dia mengetahui orangorang yg dusta." [Surah Al-Ankabut:2-3].sebenarnya,DIA beri kita ujian,DIA nak kita tahu,DIA rindu rintihan kita.DIA rindu nak dengar kita berdoa pada DIA.DIA rindu nak dengar suara kita memohon bantuan DIA.cuma.kadangkadang kita taa sedar perkara tu.bila ujian datang melanda,kita mengamuk.fikiran celaru.terus taa tentu hala.huru hara.kacau bilau.taa terurus.kadangkadang terus down.padahal,DIA dah berfirman,"Janganlah kamu bersikap lemah, dan janganlah pula kamu bersedih hati, padahal kamulah orangorang yg paling tinggi darjatnya, jika kamu orangorang yg beriman."[Surah Al-Imran:139]. ".....dan janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya tiada berputus asa dari rahmat Allah melainkan kaum yang kafir."[Surah Yusuf:87].bukan keluhan yang DIA nak dengar.DIA nak kita berusaha untuk tempuhi ujian tu dengan segala kudrat tenaga.berdoa supaya DIA cekalkan hati+semangat kita.dan kita kena lah ada alpukah diri untuk lawan ujian tu sebelum berdoakan?.kalau setakat doa je,tapi tade usaha,taa boleh gak.tapi bila ujian tiba,kita sering rasa DIA taa sayang kita sebab bagi kita ujian yang berat.tapi mungkin ujian tu taa lah seberat mana pun,cuma kita yang rasa berat.sebab taade usaha nak tempuhi ujian tu.waktuwaktu macam ni la sepatutnya kita kena ingat bahawasanya, "Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya."[Surah Al-Baqarah:286].tengok,bertapa Maha Pengasihnya DIA.taa sanggup nak beri kita ujian yang mampu membebankan kita.DIA sayang kita.cuma kita taa perasan.sebab kita taa pernah sedar kasih sayang DIA.kita leka.segala benda yang DIA beri untuk buktikan kasih sayang DIA pada kita,kita abaikan.kita salah gunakan.dan sebab tu,DIA beri kita ujian.untuk sedarkan kita yang dah jauh menyimpang.DIA taanak kita leka.macam merekamereka yang terus bersuka ria tanpa ujian dariNYA.terus hanyut dengan tipu daya syaitan.sekali sekala kita perlu diuji.untuk memantopkan lagi keiman kita.tapi yang selalu kita terfikir,kenapa kita taa boleh nak miliki kebahagiaan sepanjang masa macam yang kita idamidamkan?.walaupun kita dah berdoa untuk miliki kebahagiaan sepanjang masa tu,"Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu, Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui."[Surah Al-Baqarah:216].dan sesungguhnya,DIA lebih mengetahui apa yang kitaa ta ketahui.DIA tahu apa yang baik+buruk untuk kita.DIA dah tentukan segalagalanya sebelum kita diciptakan lagi.tapi bila ujian tu datang,kita gelabah.taa tahu nak buat apatertanyatanya mcam mana nak tempuhinya.masa tu kita sibuk cari merekamereka yang salah untuk tolong kita.kita taa perasan,DIA dah bagi jawapan yang kita cari tu,"Wahai orangorang yang beriman! Bersabarlah kamu (menghadapi segala kesukaran dalam mengerjakan perkaraperkara yang berkebajikan), dan kuatkanlah kesabaran kamu lebih daripada kesabaran musuh,di medan perjuangan), dan bersedialah (dengan kekuatan pertahanan di daerahdaerah sempadan) serta bertaqwalah kamu kepada Allah supaya, kamu berjaya (mencapai kemenangan)."[Surah Al-Imran:200]."Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan sembahyang; dan sesungguhnya sembahyang itu amatlah berat kecuali kepada orang-orang yang khusyuk"[Surah Al-Baqarah:45].bila dah taa tahu nak buat apa,kita mula fikir negatif.apa je yang kita dapat daripada ujian ni?.kita rasa ujian tu hanya untuk buat kita lemah.buat kita jatuh.sebenarnya taa.sebab,"Sesungguhnya Allah telah membeli dari oranorang mu'min, diri, harta mereka dengan memberikan syurga untuk mereka."Surah At-Taubah:111].kesimpulannya kat sini,bila ditimpa mehnah,carilah DIA.mohonlah kekuatan daripada DIA kerana DIA pemilik hati kita.dan pastinya DIA tahu yang terbaik buat kita.dan.sesungguhnya pada DIA ada segala kekuatan tu,"Cukuplah Allah bagiku, tidak ada Tuhan selain drNya. Hanya kepadaNya aku bertawakkal." [Surah At-Taubah:129].


Langkah Tercipta - UNIC




Langkah Tercipta
album:Langkah Tercipta
Munsyid:UNIC

Semalam aku kelukaan,
kecewa kehampaan,
mencalar ketabahan,
mimpi yang sering ku harapkan,
menjadi kenyataan,
namun tak kesampaian.

Allah…
Inginku hentikan langkah ini,
bagaikan tak mampu untuk ku bertahan,
semangat tenggelam,
lemah daya,
haruskah aku mengalah,
namun jiwaku berbisik,
inilah dugaan.

Dan langkahku kini terbuka,
pada hikmah dugaan,
uji keimanan (menguji keimanan),
tak dilontarkanNya ujian,
di luar kekuatan,
setiap diri insan.

Allah…
Pimpinlah diriku,
tuk bangkit semula,
meneruskan langkah,
perjuangan ini,
cekalkan hati dan semangatku,
kurniakan ketabahan,
agar mimpi jadi nyata,
padaMu ku meminta.

Daku mohon agung kudratMu,
wahai Tuhan yang satu,
segalanya dariMu.

1 ale.ale.ale.ale:

+akufobia+ said...

semoga kuat berhadapan dengan segala ujian yang ada di hadapan kamu.hoho.yayaya.kuat.ngee.