Thursday, August 27, 2009

aaa baca.

[iqra' bismirabbikallazi khalaq]

atas permintaan ramai.ana copy+paste karangan ni.tiada unsur pengeditan pada karangan.hanya pembetulan ejaan sahaja.ori bukan fotokopi.:D.mari membaca.

Hujan masih turun renyai-renyai.Suasana malam sangat dingin.Aku tersentak apabila mendengar suara orang ramai menjerit.Aku bingkas bangun untuk melihat keadaan luar rumah melalui tingkap.Rupa-rupanya,rumah Pak Mus'ab sedang terbakar.

Aku bingkas mengambil baldi yang sarat dengan air lalu keluar dari rumah.Tanpa membuang masa,aku pergi ke rumah Pak Mus'ab untuk memberikan bantuan.Aku menyimbah air ke arah api yang sedang marak.Selepas itu,Pak Mus'ab dan isterinya berjaya keluar melalui tingkap bilik mereka.

Tiba-tiba aku terdengar suara bayi sedang menangis.Aku bertanya kepada Pak Mus'ab,"Pak cik tinggalkan anak pak cik ke?".Pak Mus'ab menjawab,"Ya,kerana nyawa pak cik lagi penting daripada nyawa anak pak cik.Lagipun dengan adanya pak cik dan isteri pak cik,kami boleh melahirkan anak yang lain."

Kemudian.aku memarahi Pak Mus'ab untuk beberapa minit.Selepas itu,aku bergegas memasuki rumah Pak Mus'ab untuk menyelamatkan bayi itu.Ketika aku hendak memasuki bilik bayi itu,aku terpaksa mengorbankan tangan kiriku semata-mata untuk menghalang kayu besar berapi daripada menimpa bayi itu.Pada masa yang sama,Pak Safwan menelefon bomba kerana api itu sudah tidak dipadamkan dengan air di dalam baldi.

Selang beberapa minit,aku berjaya keluar dari rumah itu.Orang ramai terkejut apabila melihat aku keluar bersendirian.Lantas Pak Mus'ab bertanya kepadaku,"Mana anak aku?".Aku menjawab,"Aku merasakan bahawa nyawa aku lebih penting daripada nyawa bayi itu.Ketika hendak turun dari tangga,ada kayu besar berapi yang menghalang laluanku.Jadi,aku menggunakan bayi pak cik untuk menolak kayu itu.Bayi itu sekarang sudah rentung.".Pak Mus'ab berasa sungguh marah lalu menumbukku.Lalu dia bertanya kepadaku,"Kenapa engkau tidak mengorbankan tangan kanan kau?".Aku menjawab,"Kenapa pak cik tidak mengorbankan tangan pak cik untuk menyelamatkan anak pak cik?".Pak Mus'ab terdiam lalu menangis teresak-esak.

Kemudian pihak bomba datang lalu memadamkan api itu.Pak Mus'ab berasa kesal kerana dia tidak menyelamatkan anaknya.Aku juga berasa kesal kerana tidak menyelamatkan bayi itu kerana semenjak peristiwa itu,banyak berlaku peristiwa pelik ketika aku hendak tidur.Mungkin ini adalah balasan kerana aku mementingkan diri sendiri.

-tamat-
penulis asal:pelajar tahun 6,
sekolah rendah ***** *******.

9 ale.ale.ale.ale:

solehah kd said...

hahah. adek sapela tuh.

~chickenrice~ said...

pengumumanpengumuman.ada sesiapa kehilangan adik disini?tinggi 154.berat tak dapat dikenal pasti.jika ada sila hubungi 013*******.

Shakiera~ said...

hahahaha ! all i can do is LAUGH ! ta boleh bla . harap2 time UPSR nnt dia ta wat camtu .

+akufobia+ said...

haha.tolong.cari adik itu.nanti adik itu masuk dalam rumah yang terbakar nak selamatkan baby.haha.

~chickenrice~ said...

~shakiera~
haha.baikbaik.jangan gelak gilagila.kang terbatal puasa.harap la.jangan masa upsr nanti dia buat cerita kucing selamatkan baby pula sudah.adoih.

~+fobia+~
haha.janganjangan.nanti baby rentung lagi.haha.

mardhatillah said...

dayah,
tak leh handle lahh penulis asal karangan ni..ketawa.lala.
ana xsabar nak ajak kakak ana baca.

Najat N :) said...

ahaha .
memang karangan yg bole uat mane2 penande kertas upsr rser cm na koyakkan lah kan . :DD

lawakk ngeng :D

Syed Jaafar said...

otak ku agak biol siket..

~chickenrice~ said...

tahu.eh.bukan banyak ke?haha.ampunampun.