Monday, August 24, 2009

matlamat+cara?

sedang berblog walking di blog beliau,akh uwaisAlqarani,terjumpa gambar ni.er.kelu.

agakagakla kan,orang ni perasan@tak dia pakai baju apa?maksudnya,perasaan tak yang dia pakai baju yang tak berapa sopan+solat dengan riangrianya kat masjid?merit@demerit perbuatan ni?dia solat,alhamdulillah.tapi dalam masa yang sama.er.(tak tahu nak cakap macam mana deh.tergeliat lidah.).bak kata sorang kawan,dia solat,insyaAllah masih ada harapan untuk dia ubah cara pemakaian dia bila nak menghadap Yang ESA?macam kata orang,matlamat tak menghalalkan cara.matlamat dia ke masjid nak tunaikan perintahNYA,tapi caranya tak berapa nak sesuai la kan.(sejujurnya,tengah speechless habis.)

*****

buat sang adam+hawa,banyak pakaian kat dunia ni yang direka sesuai dengan garispandu syariat islam.kenapa mesti dilihat,dipilih,dipakai buatan merekamereka yang tak berapa nak memahami etika berpakaian mengikut islam?yang adam,kenapa mesti memilih yang berkepala skull hemp@berdarahsanasini macam baru lepas kena bom dengan nuklear?yang hawa,kenapa mesti dipakai yang dah dilombongdedahkan oleh si kapal korek untuk menayangkan hasil galian yang tertanam jauh diperut bumi?bukan alasan yang munasabah la kalau kata da tak wujud kedai kat dunia yang jual pakaian yang soleh+solehah.bukti?haa.nah.kalau rasa macam confuse je kan,kat mana nak beli pakaianpakaian yang sopan,rujuklah pada yang pakar,brotherhood-arts.maaf andai percakapan melampau batas.pertuturan main lepas.tak boleh rasanya nak bertapistapis lagi babbab sebegini.takut ada yang tak faham,lain pula yang ditafsirkan.ingatlah,pakaian bukan hanya sekadar pakaian,pakaian gak menjadi lambang kepada diri seorang muslim+muslimah.jangan sampai kerana tersalah cara pakaian,islam dipandang rendah,dipandang serong,dipandang hina oleh kafirun yang setiap saat mencuba untuk meruntuhkan bentengbenteng keimanan dalam diri pada mujahideenNYA,remajaremaja pejuang agama yang sangat digeruni oleh pihak lawan.pegawai yahudi pernah berkata pada angkatan tenteranya,"islam takkan dapat diruntuhkan selagi keimanan dalam diri para remaja islam itu masih teguh."(ana tak ingat ayat lengkapnya,tapi tu lah apa yang ingin disampaikan).sebab tu derang target je remajaremaja islam ni.tunggu masa je nak rempuh.perlahanperlahan derang masukkan anasiranasir derang dalam diri,hati,akal+jiwa remajaremaja islam ni.termasuklah pakaian.jadi,konklusinya,jaga pakaian macam mana kita jaga hati.akhir sekali,bulan ramadhan ni,jaga lisan,jaga mata,jaga telinga,jaga hati,jaga gak pakaian supaya usaha untuk lebih qarib dengan DIA dipermudahkan.insyaAllah.

6 ale.ale.ale.ale:

+akufobia+ said...

haha.+ kamu akan penat mendengar alasanalasan sama dari mereka.

aLyn said...

isk3 . .asal terok sgt org 2 ?
dalaa tgh solat . .
mcm ape ntah . .
hishhh . ,geram ana bukn maen . .
lalalala..
kamoo jumpe kt ner 2 ?

~chickenrice~ said...

agak la.
bukan teruk kot.
tak berapa sopan je.
jom doakan dia,supaya dia sedar akan ketelanjuran dia itu.
kat blog kawan.er.kawan?tak kot.ahli iluvislam.com.

~chickenrice~ said...

kan ada link kat situ.kwangkwang.

ChiCken WiNg^__^ said...

ohoo.kamu meluahkan isi sandwich ye?

~chickenrice~ said...

janganjangan.puasa.no sandwichsandwich.haha.