Tuesday, August 4, 2009

sedar.

*iluvislam.com*
posted by:Umairzulkefli



Satu generasi yang sangat ditakuti oleh golongan kafir,iaitu Generasi Rabbani di kalangan umat Islam. Apa generasi Rabbani ini? Generasi Rabbani ialah generasi yang mempelajari Al-Quran dan mengajarkannya.DIA berfirman:
|Tidak wajar bagi seseorang manusia yang Allah berikan kepadanya Al Kitab, hikmah dan kenabian, lalu dia berkata kepada manusia:"Hendaklah kamu menjadi penyembah-penyembahku bukan penyembah Allah." Akan tetapi (dia berkata): "Hendaklah kamu menjadi orang-orang rabbani, karena kamu selalu mengajarkan Al Kitab dan disebabkan kamu tetap mempelajarinya|[Ali 'Imran 3:79]

Generasi inilah yg menyebabkan umat Islam hebat di suatu masa dahulu. Generasi para sahabat dan para tabiin dan tabi’ tabiin.yang kini sudah semakin hilang.

Mengapa generasi ini hilang? Ini semua adalah angkara kafir laknatullah.mereka telah menjauhkan umat islam sekarang dengan menanamkan penyakit yg telah disabdakan oleh Rasulullah S.A.W. yang akan menjangkiti umat akhir zaman.iaitu cintakan dunia dan takutkan mati. Mereka telah menanamkan penyakit ini dgn menggunakan teknologi-teknologi terkini dan pelbagai alat hiburan.Tv+radio+internet+media massa adalah antara alatalat yg digunakan. Mereka memang ingin melenyapkan generasi ini sebagaimana firmanNYA:|Dan orang-orang yang kafir berkata:"Janganlah kamu mendengar dengan sungguhsungguh akan Al Qur'an ini dan buatlah hiruk-pikuk terhadapnya, supaya kamu dapat mengalahkan (mereka)."|[41:26]

Inilah yg menyebabkan umat islam sekarang lemah. Kalau dulu Islam sangat disanjungi+dihormati+digeruni.tetapi sekarang umat islam disembelih sesuka hati. Dulu para sahabat cintakan akhirat+sanggup mati demi agama untuk syahid mendapatkan syurga.Inilah yang menyebabkan mereka hebat. Hanya takut kepada Allah,terbalik dengan Umat islam sekarang.

Umat islam sekarang,cinta dunia. Hidup mereka hanya untuk dunia. Takut untuk mati kerana takut kehilangan dunia yang kononnya indah di pandangam mata mereka. Kerana itu,mereka takut untuk menegakkan kebenaran+takut untuk mengamalkan sunnah+takut untuk mengamalkan islam yang sebenar. Mereka takut,jika mereka melakukan semua ini, mereka akan kehilangan harta+pangkat+ pekerjaan+juga rezeki. Para ustaz+ustazah takut untuk menegur kerajaan kerana takut dipecat+orang takut mengamalkan sunnah kerana takut digelar pengganas. Secara ringkasnya,mereka takut kepada manusia! Bukan DIA, pencipta manusia!

Sedarlah umat islam.agama kita sekarang diperlekeh orang.mereka menghina nabi.membunuh rakyat palestin+iraq+banyak lagi umat islam di serata dunia. Mereka diseksa+dibunuh dengan kejam. Tetapi kita di sini hidup dengan aman tanpa sebarang tekanan. Bebas mengamalkan agama islam tercinta ini.

Tetapi benarkah Islam di Malaysia ini selamat? Jika rakyat palestin+iraq menentang +mati,insyaAllah mereka akan syahid+masuk syurga. Tetapi bayangkan jika kiamat tibatiba berlaku,apakah umat islam di Malaysia akan terselamat+masuk syurga seperti mereka? Fikirkanlah.

Sekarang kalau kita keluar ke masyarakat.kita dapat lihat bermacammacam gejala sosial+maksiat yang berlaku. Yang lebih teruk.rataratanya berlaku di kalangan umat Islam kita ini sendiri. Maksiat dilakukan terangterangan,tanpa segan silu, malah sebahagiannya berbangga dengan apa yang mereka lakukan. Langsung tidak berasa salah dengan apa yang dilakukan.

Sekarang maksiat berleluasa. Sanasini terdapat lelaki perempuan yang berkepit+berjalan-jalan di kompleks membelibelah laksana suami isteri bahkan lebih dari itu. Yang berzina juga tidak kurangnya. Kelahiran anak luar nikah semakin banyak dan tidak terkawal. Pengalaman seorang rakan saya yg mendengar kawan di kelas tuitionnya berbual. Rakan saya ini telah mendengar mereka berbual mengenai kehebatan mereka yang telah berzina dengan ramai gadisgadis sebaya mereka. Mereka ini,sudahlah tidak berasa malu malah boleh berbangga dengan apa yang mereka lakukan itu! Pulak tu, kalau ada anak zina dilahirkan, mereka ada yang membuangnya dalam mangkuk tandas+tong sampah+ada yang menggugurkannya. Apa hendak jadi dengan umat islam sekarang? Ini adalah salah satu tandatanda kiamat sudah hampir. Tidakkah kita sedar?

Seorang senior menceritakan. Dia jual burger untuk dapat duit poket tambahan. Jual bilik ke bilik. Satu malam ni, dia ketukketuk satu bilik ni, tak bukabuka. Dia pun pulaslah tombol+membuka pintu sndiri. Alangkah terkejutnya dia apabila melihat 2 orang siswa itu sedang melakukan perbuatan terkutuk kaum sadom di atas katil. (homoseks).Senior ini kemudian kembali menutup pintu+kaku di situ. Teruk?

Ada banyak lagi cerita. Sampai tak larat saya hendak mnceritakan. Ada remaja yang ditangkap berzina dalam surau (pelajar sekolah agama). Ada perempuan 14 tahnu paksa boyfriendnya yang baru 12 tahun buat hubungan seks dengannya. Dan banyak lagi..

Kawan saya, masa baru habis spm buat part time, ajar tution budakbudak skolah rendah. Dia nampak budakbudak ni handphone nya, N-Gage+sabun+daun+etc yang mahalmahal tu. Dia pulak 3310 je. Bukan tu yang nak jadi ceritanya. Tapi sekali masa habis tution, budak kecik tu datang kat dia, sambil cakap, “Sir, awek Sir ade yang seksi macam ni tak?” sambil menunjukkan gambargambar lucah yang ada dalam HPnya. Kawan saya ni terkejut beruklah. Tergamam dia di situ. Ni budakbudak sekolah rendah!

Kalau yang kita lihat sekarang adalah remaja Islam, maka bayangkan 5-7 tahun lagi.mereka ini akan menginjak dewasa! Ya,kita akan dikelilingi oleh mereka yang pada zaman remajanya pernah berzina+minum arak+macammacam lagi perkara yang tak terbayang dek kepala otak kita. Mereka ini akan bernikah+dan berkeluarga serta bekerja. Boleh anda bayangkan kita dikelilingi oleh masyarakatmasyarakat yang seperti ini?"kalau nak lihat kekuatan sesebuah negara, lihatlah keadaan remajanya sekarang."[Saidina Umar Al-Khatab] Bagaimana remaja kita?

Kebanyakkan Umat Islam rataratanya bukan tidak tahu tentang pahala+dosa. Mereka tahu tetapi buatbuat tak tahu kerana ingin melakukan apa yang disukai oleh hawa nafsu mereka. DIA berfirman:|Maka pernahkah kamu melihat orang yang menjadikan hawa nafsunya sebagai tuhannya dan Allah membiarkannya sesat dengan ilmu yang mereka ada. Dan Allah telah mengunci pendengaran dan hatinya serta meletakkan tutup atas penglihatannya. Maka siapakah yang mampu memberinya petunjuk setelah Allah membiarkannya sesat? Mengapa Kamu tidak mengambil pengajaran?|[Aj-Jasiah 45:23]

Lihat.ayatNYA jelas,mereka bukan tidak berilmu,tetapi sengaja menuruti hawa nafsu. Lalu DIA sendiri MENYESATKAN mereka! Nauzubillah!

Sedarlah saudarasaudara seislamku.umat islam kini semakin teruk+sangat teruk. Mereka tidak lagi takut kepada dosa+pahala.Tugas kita sebagai seorang muslim untuk mengingatkan mereka. Ini adalah untuk melepaskan kita daripada tanggungjawab kita kepada DIA. Sebagaimana firmanNYA:|Dan (ingatlah) ketika suatu umat di antara mereka berkata:|Mengapa kamu menasihati kaum yang Allah akan membinasakan mereka atau mengazab mereka dengan azab yang amat keras?" Mereka menjawab: "Agar kami mempunyai alasan (pelepas tanggung jawab) kepada Tuhanmu, dan supaya mereka bertakwa.||[Al-A'raf 47:164]

DIA juga memerintahkan kita untuk sentiasa memberi peringatan kepada orang yang beriman:|Dan tetaplah memberi peringatan, karena sesungguhnya peringatan itu bermanfaat bagi orang-orang yang beriman.|[Fussilat 51:55]

Jadi.tugas kitalah untuk mengubah masyarakat+membina masyarakat+akhirnya menahirkan kembali generasi rabbani.”Tegakkanlah daulah islam di dadamu, nescaya ia akan tertegak di negaramu”[Imam Hassan Al-Hudhaibi]. Maksudnya.kalau kita nak kembalikan kegemilangan islam, pertamanya, tegakkan islam dalam diri kita dahulu. Kalau setiap orang telah tertegak islam di dadanya, sudah terbinalah negara islam. Bukan susah pun. Apa yang kita kena buat, sedarkan kawankawan+adikadik+abangabang+kakakkakak kita.Macam mana nak buat? Ceritalah apa yang kita faham mengenai keadaan masyarakat sekarang. Semoga dengan itu mereka tersedar+ingin mengubah diri.

Kalau anda yang sedang membaca ini tak mahu mengambil tahu@rasa tak perlu nk susah fikir pasal org lain, terserah. Jika kita kedek untuk mengorbankan masa+tenaga+harta untuk menyedarkan masalah umat ni, kita yang rugi. Firman Allah :|Ingatlah, kamu ini orangorang yang diajak untuk menafkahkan (hartamu) pada jalan Allah. Maka di antara kamu ada orang yang kikir+siapa yang kikir sesungguhnya dia hanyalah kikir terhadap dirinya sendiri. Dan Allah lah yang Maha Kaya sedangkan kamulah orangorang yang membutuhkan (Nya)+jika kamu berpaling niscaya Dia akan mengganti (kamu) dengan kaum yang lain+mereka tidak akan seperti kamu (ini).|[Muhammad 47:38]

DIA akan menggantikan kita yang kedekut ini dengan satu generasi yang tidak akan kedekut macam kita. Mereka ini lebih menyintai Allah dan agamaNya lebih daripada kita dan Allah juga menyintai mereka. FirmanNYA:|Hai orangorang yang beriman, barang siapa di antara kamu yang murtad dari agamanya, maka kelak Allah akan mendatangkan suatu kaum yang Allah mencintai mereka+mereka pun mencintai-Nya, yang bersikap lemah lembut terhadap orang yang mukmin, yang bersikap keras terhadap orang-orang kafir, yang berjihad di jalan Allah+yang tidak takut kepada celaan orang yang suka mencela. Itulah karunia Allah, diberikanNYA kepada siapa yang dikehendakiNYA+Allah Maha Luas (pemberian-Nya) lagi Maha Mengetahui.[Al-Maidah 5:54]

Jadi sedarlah wahai umat Islam!Sedarlah Remaja Islam!Kalau bukan kita yang akan mengembalikan Islam, siapa lagi? Mulakan dengan diri kita! Ya, diri kita! Para sahabat dahulu telah membuktikan mereka mampu menegakkan islam. Mereka juga remaja. Mengapa tidak kita?

*SEDARLAH*

(p/s : Semua kisah+contoh yang saya bawakan di atas adalah benarbenar belaka)

0 ale.ale.ale.ale: