Monday, September 7, 2009

turun.

nuzul quran.(penurunan alQuran.)|bulan ramadhan adalah (bulan) yang didalamnya diturunkan Al-Quran,sebagai petunjuk bagi manusia+penjelasanpenjelasan mengenai petunjuk itu+membezakan(antara yang benar+yang batil.)|[2:185]

diturunkan Al-Quran sebagai petunjuk+rahmatNYA membuktikan Maha Pengasih+Penyayangnya DIA pada setiap hambanya.sebagai 1 tanda kebesaranNYA yang telah mewahyukan setiap isi Al-Quran itu pada rasulrasul pilihanNYA.
diturunkannya Al-Quran dengan penuh barakah dariNYA [6:92] sebagai salah satu keistimewaan bulan mubarak ini.pemberi jawapan bagi setiap kesangsian,keraguan+persoalanpersoalan manusia.

|maka tidakkah mereka menghayati (dalaman) Al-Quran?sekiranya (Al-Quran) itu bukan dari DIA,pastilah mereka menemukan banyak hal yang bertentangan di dalamnya.|[4:82]

Al-Quran itu tidak diturunkan hanya sebagai hiasankecantikan dalam rumah mahupun bilik..tidak diturunkan Al-Quran hanya untuk menguji kelunakan+kesedapan suara menaranumkannya sehingga terlupa makhraj+panjangpendek bacaannya tetapi untuk difahami isi kandungannya+menenangkan hatihati manusia.
diturunkan sebagai skema jawapan bagi setiap persoalan kita.segalanya terkandung di dalam Al-Quran.

*****

lalat lebih hebat daripada manusia.
penyelidik ilmu entomologi mendedahkan bahawa apabila lalat mengambil sesuatu daripada kita,kita tak akan dapat ambil balik benda tersebut walau dibedahkorek badan lalat tersebut.sebab lalat ada kelenjar air liur yang panjang+air liur yang banyak.dengan air liur tu lah,lalat akan menukarkan sesuatu benda itu kepada bahan lain dengan cepat+tangkasnya.
ratusan tahun dulu,DIA berfirman:
|...sebenarnya mereka yang kamu seru+sembah,yang lain daripadaNYA itu,tidak sekalikali akan dapat mencipta seekor LALAT walaupun mereka berhimpun beramairamai untuk membuatnya;+jika lalat itu mengambil sesuatu dari mereka,mereka tidak dapat mengambilnya balik daripadanya..|shadaqallahul 'azim.[22:73]

semut dapat mendengar+bercakap.
Al-Quran lah kitab pertama yang membuktikan bahawasanya semut kecil yang selalu dipijak+terpijak oleh manusia tu ada organ pendengaran+percakapan.
|berkatalah seekor semut:"wahai sekalian semut,masuklah ke sarang kamu masingmasing,jangan Sulaiman+tenteranya memijak serta membinasakan kamu,sedang mereka tidak menyedarinya.|[27:18]
setelah ilmu anatomi berkembang+terciptanya alatan yang semakin power+majujayanya ilmu entomologi,barulah para saintis mengetahui semutsemut tu dibekalkan organ pendengaran+percakapan.

natijahnya.
andai dibelenggu masalah,dikelilingi masalah,kembalilah pada Al-Quran.kembalilah padaNYA.yang mencipta segala persoalan.disediakan olehNYA jawapan bagi setiap persoalan itu.hanya kita yang perlu mencarinya sepenuh jiwa+betulbetul menginginkan jawapan tersebut.

|sebaikbaik kalian adalah yang mempelajari Al-quran+mengajarkannya.|[HR.bukhari]

0 ale.ale.ale.ale: