Saturday, December 5, 2009

conversations.

chickenrice:aa.perlu ke daku tanyanya straight to the forward pada dia?kalau dia kecil hati?aa.apa ni.tolongg.

chickenrice 2
:yayaya.kau kena tanya terus pada dia.apa masalah sebenarnya.baru kau boleh cari jalan penyelesaian.tapi,tanya baikbaik la.jangan terus sergah dia.


chickenrice
:aik.dari mana kau datang?


chickenrice 2
:aku sebahagian dari diri kau.keluar nak tolong ni.


chickenrice
:asal sebelum ni kau tak keluar pun?ada je masalah aku.


chickenrice 2
:masalah sebelum ni tak masuk blog.yang ni masuk,nak gak aku berkhidmat dapat nama ke kan.


chickenrice
:senget la mu.argh.kena eh tanya dia?kalau tanya orang lain yang lebih arif pasal dia,boleh tak?aku takut kang dia fire tak pasalpasal.rosak hubungan kitorang yang da macam belon dihujung jarum ni.


chickenrice 2
:lebih baik kau tanya je pada dia.boleh kau tahu hal sebenarbenarnya.lagi tepat kan.+aku rasa dia jenis yang open-minded.so,boleh lah korekkorek sikit rahsia hidup dia selama ini.masalah dia.


chickenrice
:banyak lah.takkan lah tibatiba nak datang bagi salam,ya habibi ya maulana,ada apaapa boleh ana bantu ente?apa masalah ente?mahunya kalau tak kena penyapu,kena penyodok.


chickenrice 2
:dey chickenrice.kau ni,nak kata bengap macam tak sangat lah.tapi ada lah sikit.hehe.perlahanlahan lah.tanya dia sikitsikit.biar dia boleh percaya kau.biar dia selesa nak share dengan kau masalah dia.yang penting,tanya dengan berhikmah.


chickenrice 3
:cing.aku dataang.apa ni chickenrice,buat apa tanya lembutlembut.lembik lah weh.dia da macam tu,kau marahtengking lah sikit.bior dia sedo sikit.


chickenrice
:weh.asal banyak sangat chickenrie dalam chickenrice ni?


chickenrice 2
:aku hati kau.dia nafsu.jangan ikut nafsu amarah tu.lagi dia tak boleh terima nanti kalau kau terus marahmarah dia.nanti dia ingat kau tak boleh terima dia macam tu.


chickenrice 3
:uit CR 2,kau jangan nak berceramah lah kat sini.betul apa idea aku.dia yang nak pilih jalan tu,dia lah salah.basic agama da ada.nak senget gak siapa suruh.kalau aku,bantai je dia.


chickenrice
:adeh.CR 3,sebab tu lah kau cuma wujud dalam diri aku je.kalau tak,innalillah budak tu.tapi,CR 2,kalau aku cakap dengan dia,kalau dia marah?dia ada back up ramai deh.kut nya dia hantar orang lepuk aku.habiss.aku dah lah sorang je.


chickenrice 2
:hayeh.kau nak aku cerita balik apa yang akh hapis cerita kat kau pasal anak singa+abangabang kambing dia?


chickenrice
:waargh.takpetakpe.aku hafal da cerita tu.hehe.


chickenrice 2
:jangan setakat hafal chickenrice.hayati.buktikan dalam bentuk perbuatan.tak guna kalau kau hafal 1001 kisah teladan para sahabat sekali pun,tapi kau tak hayati langsung benda tu.ilmu kalau tak diamalkan,sama je macam pokok tak berbuah.


chickenrice 3
:aaa.apa korang ni.lemah lah.banyak cekadak betul.kan kalau kau marah je budak tu senang.lamalama nanti dia fikir balik gak apa yang kau marahkan tu.leceh weh nak lembutlembut bagai ni.hueh.


chickenrice 2
:weh CR 3,kau boleh diam tak?chickenrice.ingat balik apa kakNgah cakap.benda ni memang pahit.tak mustahil kau kena makihamun balik.tapi,pahitnya benda ni sebab Syurga DIA tu manis.kau kena lalui segala yang pahit,segala yang sakit kalau kau nak rasa yang manis tu selamanya.macam exam.kau tak boleh tibatiba je berjaya.1 hapak kau tak belajar,tibatiba je straight A's.waarh.bersakitsakit dahulu chickenrice.bermatimati kemudian.eh.tak.yang tu takde.aku tambah.ngehehe.


chickenrice
:aku takut je seh.mana tahu nanti dia dendam ke dengan aku.tak pasalpasal kena sabotaj tanpa sedar nanti.


chickenrice 2
:kau da lupa ayat favourite kau?jika kamu menolong agama ALLAH,nescaya DIA menolong kamu.[muhammad:7].yakin DIA ada dengan kau.yakin DIA akan tolong kau,kalau kau ikhlas dengan DIA.


chickenrice
:maka,kesimpulannya,aku kena usaha gak tanya lah ni?kena?sungguh?takde cara lain?


chickenrice 2
:yup.tu cara terbaik.kau tanya,kau cari jalan penyelesaian,kau tolong selesaikan.


chickenrice 3
:apa korang ni.leceh lah.weh chickenrie,tu hidup dia lah.lantak lah dia nak buat apa pun.tak kacau hidup kau,dah lah.kuburkan masingmasing.


chickenrice 2
:dey CR 3,kau ni degil bin degul sangat kenapa?senyap je lah.memekak je.


*haihh.mana 1 ni?perlu ke ana masuk campur urusan dia?tapi.ana sayang dia.takkan nak biar je dia hanyut.cepat fikir chickenrice.ingat,ikut hati mati.ikut nafsu,lesu.kau ikut diri kau.tanya diri kau.bukan yang klon 23 tu.DIA kurniakan akal+iman pada kau.fikirkan cara yang bersandarkan dengan keduanya untuk selesaikan ni.*


chickenrice 2
:eh chickenrice.kitorang dengar lah apa kau berbual dalam hati tu.apasal ikut aku,mati?


chickenrice 3
:entah.agakagak lah nak mengumpat pun.aku lesu pula?tak kenang budi betul la kau ni.


chickenrice
:uit.korang berdua senyap boleh tak?


chickenrice 2
:suka hati kau lah chickenrice.aku cuma bagi idea untuk tolong kau.kalau kau taknak dengar,pandaipandai lah.alter-ego.:P


chickenrice 3
:entah kau ni.aku tolong pun kau taknak ikut kan.buat lah apaapa kau suka.


chickenrice 2
:kau tolong apanya.merosakkan ada lah.blah la CR 3.


chickenrice 3
:eh.kau pun sama lah.menyusahkah chickenrice je.kau lah blah.


chickenrice
:weh korang.nak gaduh jangan dalam diri aku lah.pergi jauhjauh.zz


...
conversations end.
maka,chickenrice,semua bergantung pada diri kamu sendiri.think.argh.

0 ale.ale.ale.ale: