Monday, February 1, 2010

layak tak?

derhaka itu dosa.
tapi ramai yang selalu derhaka pada DIA.
derhaka yang kadang tu tak perasan.
kadang ada gak derhaka yang sengaja buatbuat tak perasan.
hebat sangatkah kita untuk derhaka pada DIA yang meminjamkan hebatnya DIA pada kita sekelumit?
kalau rasa layak untuk derhaka,jangan makan dari rezekiNYA.
kalau rasa layak untuk derhaka,jangan tinggal kat bumiNYA.
kalau rasa layak untuk derhaka,cari 1 tempat yang takde siapa nampak kita lakukan maksiat padaNYA.
kalau rasa layak untuk derhaka,ingatlah,mampukah kita tolak kedatangan malaikat pencabut nyawa+minta dia tangguhkan sampai kita buat amal soleh+bertaubat?
kalau rasa layak untuk derhaka,dapatkah kita menolak bila si penjaga neraka membawa kita pergi ke dalamnya?
terlalu hebatkah kita untuk derhaka jika walau 1 syarat di atas pun tak mampu untuk kita lakukan?

*****

ya RABB,ampunkan aku.aku hamba derhaka.aku hamba berdosa.
terlalu jauh ku berpaling dariMU.terlalu kerap ku langgar laranganMU.terlalu banyak kewajipan untukMU ku tinggalkan.
maafkan aku,TUHAN.

1510/01022010,
ku biar kalam berbicara,
ku biarkan pena menulis,
moga terubat segala keresahan di jiwa,
tak pernah ku ingini,
chickenrice.

0 ale.ale.ale.ale: