Tuesday, June 15, 2010

hati itu.

dengan nama ALLAH,
huraikan simpulan hati, akal, fikiran dan lidahku.


kalau akal itu pusat kawalan diri,
hati itu kunci bagi akal.
akal dikawal oleh hati. hati ibarat raja dalam diri.
baik hati itu, baiklah seluruh tubuh.
rosak hati itu, maka rosaklah seluruh tubuh itu.


"o
bat hati, ada lima perkaranya

Yang pertama, baca Qur’an dan maknanya

Yang kedua, sholat malam dirikanlah

Yang ketiga, berkumpullah dengan orang soleh

Yang keempat, perbanyaklah berpuasa

Yang kelima, dzikir malam perbanyaklah."

[obat hati-opick]


hati itu ciri-cirinya tidak sentiasa tetap.
diberi nama 'qalbu' kerana sifatnya yang atTaqallub,
yang berubah-ubah dengan cepat.
maka, pelihara, pelihara, pelihara hati itu.
berdoa agar hati itu sentiasa dipeliharaNYA.
kerana DIA yang membalik-b
alikkan hatihati manusia.


Rasulullah SAW berdoa;

"wahai TUHAN yang membalik-balikkan hati-hati manusia, tetapkan hati-hati kami untuk taat kepadaMU."
(HR Muslim)

dan kerana hati itu penghubung kepadaNYA.

=====



*mungkin agak serabut videonya. maaf atas kesulitan. untuk yang penuh, [disini].
selamat menghayati. kenang kondisi hati kita.
:)

lirik; alMassar-hadith6-hati.

(klik untuk lebih besar)

terjemahannya;

AnNu'man bin Basyir berkata, Rasulullah saw. bersabda,

Yang halal itu jelas dan yang haram itu jelas,
dan di antara keduanya terdapat hal musyabbihat,
yang tidak diketahui oleh kebanyakan manusia.

Barangsiapa yang menjaga hal-hal musyabbihat,
maka ia telah membersihkan kehormatannya dan agamanya,
Dan,
barangsiapa yang terjerumus dalam syubhat,
maka ia seperti pengembala di sekitar tanah larangan,
hampir-hampir ia terjerumus ke dalamnya.

Ketahuilah bahawa setiap raja mempunyai tanah larangan,
dan ketahuilah sesungguhnya tanah larangan ALLAH adalah hal-hal yang diharamkanNYA,
ketahuilah bahawa di dalam tubuh manusia ada seketul daging,
apabila daging itu baik, maka seluruh tubuh itu baik;
dan apabila seketul daging itu rosak, maka seluruh tubuh itu pun rosak.
Ketahuilah, seketul daging itu adalah hati.

"ya ALLAH, bersihkan hatiku dari sifat munafiq, pekerjaanku dari sifat riyaa', lidahku dari berbohong, pandanganku dari khianat, kerana ENGAKU Yang Maha Mengetahui apa yang disembunyikan oleh pandangan dan dirahsiakan oleh hati."

2154/15062010,
verily, he who has nothing of the Qur'aan in his heart,
is like a house which has been destroyed,
[reported by atTirmidhi],
chickenrice.

0 ale.ale.ale.ale: