Wednesday, June 9, 2010

peluang.

dengan nama ALLAH,
huraikan simpulan hati, akal, fikiran dan lidahku.

DIA sentiasa beri peluang.
pintu taubat yang DIA buka tak pernah ditutup walau sekencang mana taufan bertiup,walau sederas mana ombak menderu.
tak akan tertutup sehingga Hari Penentuan.

dari Abu Musa RA, sabda Rasulullah SAW yang bermaksud;

“Sesungguhnya Allah membentangkan tangan-Nya pada malam hari untuk menerima taubat orang yang berbuat kesalahan pada siang hari, dan Allah membentangkan tangan-Nya pada siang hari untuk menerima taubat orang yang berbuat kesalahan pada malam hari, sehingga matahari terbit dari barat.”
[H.R. Muslim]

peluang yang DIA beri kita buang.
bila DIA hijabkan kita dari nampak peluang, mula naik berang.
salah siapa ? KITA.

rezeki DIA beri kita bazirkan.
bila DIA tarik rezeki yang hanya milik DIA tu, mula nak marahkan Tuhan.
salah siapa ? KITA.

nikmat pancaindera DIA beri kita salahgunakan,
bila DIA ambil semula segala nikmat, mula putus harapan.
salah siapa ? KITA.

jangan salahkan DIA bila ditimpa musibah. kerana kita sendiri yang mengundang musibah itu. takkan rumah bersemut kalau takde gula yang tertumpah, kan ?

=====

17 Ramadhan 1429
Malam Badar, Sekolah Islam Hidayah, JB.
in this photo; Muhammad Nabil, (tak ingat nama), Fida'iy Nafis, Ahmad Nasruddin, Fakri Aiman.
*err. saya rindu mereka ?

1740/08062010,
ku biar kalam berbicara,
ku biarkan pena menulis,
mengungkai segala cerita,
penutup segala bicara,
chickenrice.

0 ale.ale.ale.ale: