Friday, August 27, 2010

besar

dengan nama ALLAH,
huraikan simpulan hati, akal, fikiran dan lidahku.


robot yang hebat. mantap. boleh tolong manusia buat kerja.
tapi, robot tu pun manusia cipta. jadi, siapa lagi hebat, manusia ke robot ?
manusia.
tapi, manusia yang hebat sikit tu pun ada yang mencipta.
ALLAH cipta.
maka, ALLAH itu jauh lebih hebat dari manusia yang sering merasakan diri terlalulalulalu hebat sehingga menyombongbongkakriyaa'takabbur'ujubkan diri di hadapan ALLAH.
na'uzubillahi min dzalik.

"kita dengan HIDAYAH (SMIHJB) mana lagi besar ? HIDAYAH.

HIDAYAH dengan JB mana lagi besar ? JB.

JB dengan Malaysia mana lagi besar ? Malaysia.

Malaysia dengan Asia, mana lagi besar ? Asia.

Asia dengan Bumi, mana lagi besar ? Bumi.

Bumi dengan Matahari, mana lagi besar ? Matahari.

Matahari dengan Alam semesta, mana lagi besar ? Alam semesta.

Alam semesta dengan ALLAH, mana lagi besar ? ALLAH yang pastinya. dan tiada yang lebih besar

berbanding DIA."


[tazkirah5minit by Hilal Asyraf@musollaHIDAYAHjb]


tiada yang dapat menandingi KebesaranNYA.
tiada yang dapat menandingi KehebatanNYA.
tiada yang dapat menandingi KeagunganNYA.
kerana hanya DIA Yang Maha Mencipta, Maha Kuasa.
kerana ENGKAU Tuhan Yang Esa.
ALLAHU AKBAR. ALLAH Maha Besar.



=====

|sekitar ramadhan|
bersolat di antara dua makcik.
makcik kanan dengan sejadah putihnya.
makcik kiri dengan sejadah hijaunya.
ada ruang kosong di antara ana dan makcik kiri.
merapat ke kiri.
makcik kanan tarik rapat ke kanan.
ohh, ok. afdhal kanan.
makcik kiri tak berganjak.
kerana andai berganjak merapati ana, akan terkeluarlah dirinya dari lingkaran sejadah hijaunya.
maka makcik kiri duduk diam buatbuat tak nampak.
maka berhusnuzon seketika,
*oo. makcik kiri ni nak suruh jin islam penuhkan saf kot. kot.
skeptis.

toleh belakang, melihat pada makcik bersejadah merah di belakang.
oo man, makcik belakang taknak ke depan kerana tak sanggup berpisah dengan sejadahnya.
begitu juga dengan makcikmakcik yang lain.

+maka, berdasarkan observation ana, pada mereka, tidak bersolat di atas sejadah yang dibawa sendiri dari rumah merupakan satu masalah mungkin ? atau ada alasan lainnya ?

aaa. tolong, khabarkan pada ku.
da masuk ramadhan ke-16. masih tak dapat diselesaikan puzzle ni.

"Allahumma, bersihkan hatiku dari sifat munafiq, pekerjaanku dari sifat riyaa', lidahku dari berbohong, pandangku dari khianat, kerana ENGKAU Maha Mengetahui apa yang disembunyikan oleh pandangan dan dirahsiakan oleh hati."

2138/16ramadhan1431H,
from HIM that I came,
to HIM that will I be returned,
chickenrice.

4 ale.ale.ale.ale:

AuLiA said...

kisah sejadah yang realiti..

~chickenrice~ said...

err. maaf, kekurangfahaman kat ayat tu. zzz.

AuLiA said...

ye lah. kamu ada citer an sal kamu smayang dalam saf yang ada macik, yang x sanggup berpisah ngan sejadah2 mereka. apa yg kamu ckp memang brlaku pon. tu la pasal. realiti. ada paham?
ngeh3.

~chickenrice~ said...

jawapan yang padat mampat jitu dan mantap. ai ai sir.