Friday, August 20, 2010

kecam.

dengan nama ALLAH,
huraikan simpulan hati, akal, fikiran dan lidahku.

astaghfirullahastaghfirullahastaghfirullah.

ini yang kalian katakan cinta.
kerana cinta ini kalian sanggup meredah lautan api, menggapai bintang di langit tinggi.
kerana cinta ini ?
aaa, persetankan katakata kalian.
kerana cinta ini kalian akhirnya membenci.
menjerut diri.
menggadai maruah dan harga diri.
kerana cinta ini, yang kalian katakan cinta suci kekal abadi.
kerana kalian yang mencintai membutatuli, mereka tak berdosa dizalimi.
mana pergi ke'suci'anikhlas cinta kalian ?
ughugh. na'uzubillahi min dzalik.

=====

"tetapi pastikah cintamu dihargai. mungkinkah si dia kan tetap setia, setelah kau serahkan jiwa dan ragamu. mungkinkah kau pastikan tidak kan dihancurkan."
[inTeam-cintailah Ilahi]

yang dikejarrebut cinta manusia dusta. cinta binasa.
sedang cinta setia dari DIA ditinggalkan kesepian.
come on.
mana cinta abadi yang kalian katakan, andai cinta itu membunuh kalian.
cinta itu melatih kalian menjadi pembunuh yang bukan sembarangan.
pembunuh yang tak berperikemanusiaan.
pembunuh yang bertindak dengan tidak bersandarkan akal dan iman.

sabda Rasulullah s.a.w;
Tidaklah jadi berzina seorang pezina ketika ingin berzina sementara ia masih beriman."
[HR bukhari]

pembunuh yang sangat dimurka Tuhan.
pembunuh yang akhirnya terima Neraka sebagai balasan.

Dan jangan pula,
Kerana bercinta kita pun leka entah ke mana,
Dan jangan pula kerana bercinta,
Tergadai semua maruah agama.

Cinta yang sejati,
Hanya cintakan Illahi,
Cinta ayah bonda,
Tulus suci selamanya.
[inteam+mestica-kerana cinta]

ini bukti cinta kalian ?
wake up, wake up. ini ke tujuan hidup kalian. hentikan.



Mestica ; Wajah Suci

Wajah suci itu tidak berdosa
Mengapa dia dibiar begitu saja
Sedih pilu menatap rupanya
Kaku terdampar di lembah hina

Apa dosanya si kecil itu
Belum sempat dia memanggil ibu
Sampai hati engkau dizalimi
Oleh mereka yang tiada simpati

Tubuh kecil itu mahu dihargai dihormati
Dimakamkan dia bukan dibuang sesuka hati
Dimanakah nilai ehsan insani
Apa dosanya si kecil itu

Kerana kasih tersasar tujuan hidup
Hingga lahir zuriat yang bukan pilihan
Buntu tiada jalan penyelesaian
Lalu si anak dibuang di jalanan
(Mengapa tiada simpati dan kasihan)

Sayu hati melihat nasib dirimu
Bagai tiada nilainya di sisi
Wajah sucimu telah dinodai

Namun lahirnya ada nilainya
Di sisi Allah engkau mulia
bagai kain putih kau tiada dosa
Bertaubatlah mereka yang hina

*masih belum terlambat untuk yang telah terjerumus. dan tiada green light diberikan kepada yang belum untuk mencuba. chickenrice+friends mengecam sesyadid mungkin hobi jahiliyyah pembuangan bayi besarbesaran [fullstop]

kempen; CeMaks
(Cegah Maksiat inspired by ikhwan r2j4)

"Allahumma, bersihkan hatiku dari sifat munafiq, pekerjaanku dari sifat riyaa', lidahku dari berbohong, padanganku dari khianat, kerana ENGKAU Maha Mengetahui apa yang disembunyikan oleh pandangan dan dirahsiakan oleh hati."

2320/10ramadhan1431H,
from HIM that I came,
to HIM that will I be returned,
chickenrice.

0 ale.ale.ale.ale: