Thursday, October 21, 2010

jom couple.

dengan nama ALLAH,
huraikan simpulan hati, akal, fikiran dan lidahku.

dia cakap salah aku kau jadi macam ni.
salah aku kau curahkan kasih sayang pada yang salah.
sebab aku tak sayangkan kau sebetulnya.
aaa. maafkan aku. aku lupakan kau. aku tinggalkan kau.

"perumpamaan orangorang mukmin dalam hal kecintaan, kasih-sayang dan belas kasihan sesama mereka, laksana satu tubuh. Apabila sakit satu anggota dari tubuh tersebut maka akan menjalarlah kesakitan itu pada semua anggota tubuh itu dengan menimbulkan insomnia (tidak boleh tidur) dan demam (panas dingin)." -
[HR. Muslim]


aku taknak tengok kau couple lagi.
aku taknak kau salah menyayangi orang lagi.
aku taknak kau berikan kasih sayang kau pada orang yang tak sepatutnya kau beri.
aku taknak kau salah macam aku dulu.


tapi semua tu dah berlaku sebab aku tak approach kau dulu.
aku tak tackle hati kau betulbetul.
aku tak jaga kau baikbaik.
aku tak belai kau dengan lemah lembut.
aku tak sayangcintakasih kau macam yang kau perlukan.
izinkan aku, takluki cinta kau.

aku dah tinggalkan dia. kau tinggalkan dia gak. kita couple, jom.
kawan, aku sayang kau FILLAH

dari anas r.a, sabda nabi SAW;
"Tidak akan masuk syurga kecuali orang yang penyayang."
[HR Baihaqi]

[inspired by; bercouple dengan sahabat/HilalAsyraf]

"Allahumma, bersihkan hatiku dari sifat muafiq, pekerjaanku dari sifat riyaa', lidahku dari berbohong, pandanganku dari khianat, kerana ENGKAU Maha Mengetahui apa yang disembunyikan oleh pandangan dan dirahsiakan oleh hati."

2255/21102010,
from HIM that I came,
to HIM that will I be returned,
chickenrice.

0 ale.ale.ale.ale: