Wednesday, October 27, 2010

peraturan.

dengan nama ALLAH,
huraikan simpulan hati, akal, fikiran dan lidahku.


ramai yang membebel dengan peraturanperaturan sekolah.
haa ye aku tahu, nak follow the rules sepenuhnya dengan ijtihad dan iltizam bukan senang kan.
yeye, aku pun sama. selalu gak kot rasa lecehnya peraturan sekolah ni. dah lah ketat duatiga macam. arggh.

tapi bila fikir balik, peraturan tu semua untuk didik kita kan.
kalau takde peraturan, aku berani jamin sekolah adalah tempat yang melahirkan penjenayah masa depan.
ye, betul tak tipu.
cuba bayangkan kalau takde peraturan kat sekolah, budakbudak mesti sesukaria je buat apa diorang suka.
dan akhirnya sekolah dah tak macam sekolah tapi macam tempat maksiatsiasiabuangmasa.

macam tu gak dengan islam.
ALLAH dah tetapkan peraturan sekiansekiansekian untuk kita.
dan peraturan tu kalau tak diikuti dengan betul, maka hancurlah dunia.
rosaklah umat runtuhlah agama.

contohnya kalau kita tak ikut peraturan ALLAH; orang berzina hukuman rejam.
bila peraturan yang ALLAH buat mereka main sukaganti dengan peraturan sendiri; zina, penjara blablabla tahun, sebat blablabla kali tak boleh kuat sangat, denda RMblablabla.
lepas dah habis hukuman yang ditetapkan tu, mesti ada je yang akan buat kesalahan sama.
ye, jangan buat muka tak percaya, memang berlaku dah perkara tu.

=====

sebab tu apaapa pun, semuanya kena rujuk balik pada syariat yang ALLAH tetapkan. takde peraturan sesempurna peraturan DIA. takde peraturan yang dipenuhi segala hikmah selain peratuan DIA. kerana DIA yang mencipta seisi bumi dan langit, manusia dan segala yang ada di bumi dan di langit dan yang ada di antara keduanya [sad : 27], maka dia tahu peraturan yang memenuhi fitrah hambaNYA.

=====

لَا اِكْرَاهَ فِي الدِّينِ

"tiada paksaan dalam beragama. tapi bila kau dah beragam islam, maka kau terikat dengan segala peraturan dan undangundangNYA. kalau taknak ikut dan taat dengan peraturanNYA, untuk apa kau masuk islam ?"
[uH]

fikir balik. hidup, mati, solat, ibadah dan seluruh kehidupan kau hanya untuk ALLAH. dan tugas kau untuk mengabdikan diri pada DIA. jadi, kau kena ikut dan taat dengan segala apa yang DIA suruh dan tinggalkan yang DIA larang. no excuse. laksanakan samasama, jomjom.

"Allahumma, bersihkan hatiku dari sifat munafiq, pekerjaanku dari sifat riyaa', lidahku dari berbohong, pandanganku dari khianat, kerana ENGKAU Maha Mengetahui apa yang disembunyikan oleh pandangan dan dirahsiakan oleh hati."

2138/27102010,
from HIM that I came,
to HIM that will I be returned,
chickenrice.

0 ale.ale.ale.ale: