Tuesday, November 9, 2010

relax.

dengan nama ALLAH,
huraikan simpulan hati, akal, fikiran dan lidahku.


pernah rasa ada yang tak kena dengan harihari kau ?
pernah cari apa sebab ketakkenaan tu ?

apa kata, kalau jadi macam tu, sebelum tidur, kau buat flashback balik apa yang kau buat seharihari.

dengan siapa kau buat aktiviti harian kau.

apa yang kau bualkan dengan orangorang sekeliling kau.

apa yang mata kau lihat.
apa yang telinga kau dengar.
apa yang mulut kau bicarakan.

dan apa yang hati dan fikiran kau fikirkan.

kena selalu ingat,
DIA bukan sengaja nak kau resah.
DIA bukan sukasuka nak kau down.
cuba kau fikir positif,
DIA nak kau ingat balik dosadosa kau.
jadi kau boleh perbaiki.
DIA nak kau sedar balik apa yang salah apa yang betul.
kan best, kalau DIA beri kita hint macam tu selalu.
selalu kita dapat muhasabah diri.
tapi tak best tau kalau cari alasan untuk buat jahat selalu supaya DIA bagi hint macam tu.
tak bagus tau. jangan.
kena improve iman. :)
sampai bila nak terus buat yang salah, kan ?

bila kau rasa resah, itu masanya untuk kau ingat DIA setelah lama kau lupakan DIA.

"ingatlah, hanya dengan mengingat ALLAH lah hati orang mukmin menjadi tenteram."
[arRa'du : 28]

kau tak rasa ke semua tu macam kau jawab exam, yang jawapan dia kau dah tahu.
soalan yang DIA beri; macam mana kau nak tenangkan diri kau yang tak tenang.
jawapan DIA dah beritahu dah; ingat DIA.
sweet.

=====



"Allahumma, bersihkan hatiku dari sifat munafiq, pekerjaanku dari sifat riyaa', lidahku dari berbohong, pandanganku dari khianat, kerana ENGKAU Maha Mengetahui apa yang disembunyikan oleh pandangan dan dirahsiakan oleh hati."

2233/09112010,
from HIM that I came,
to HIM that will I be returnedm
chickenrice.



0 ale.ale.ale.ale: