Friday, December 31, 2010

...

dengan nama Allah,
huraikan simpulan hati, akal, fikiran dan lidahku.

2011; aku mulakan nafas aku berjumpa kau dengan Bismillahirrahmanirrahim.

blog ni dah lama sepi tak terupdate. sebab ? aku rasa futur sangat kot sekarang. Allah tarik nikmat+anugerah idea mencurahcurah yang DIA beri sebelum ni untuk aku update blog, untuk aku kongsi dengan pembaca atau penyinggah-tak-sengaja. padan muka sendiri, mungkin ada perkongsian aku kat sini yang aku tak berjaya laksanakan dengan istiqamah, yang aku pun terkedekkedek nak buat.

betul lah aku memang tak reti nak menulis ni. sebab aku dah lebih tertarik pada tumblr yang tak payah nak keluar katakata segala, cuma perlu reblog+like dengan pantas dan efisyen. aaa. kenapakenapakenapa.

kan dah cakap, aku hilang idea.

=====

kawankawan, aku dah istikharah. dan aku yakin, ni jawapan yang Allah beri pada aku. maaf, kalau aku buat keputusan tanpa beritahu kalian. cuma satu je, aku nak kalian tahu, aku tak boleh tentukan masa depan aku. aku cuma mampu merancang. yang tentukan semuanya Allah. jangan tanya sesuatu yang aku tak tahu lagi apa akan berlaku. aku bukan Hiro dalam cerita
Heroes yang boleh tengok masa silam atau masa depan macam filem Back To The Future. aku doakan yang terbaik untuk kalian. :)

=====

serius jiwa aku serabut sekarang sebab dah nak kena fikir masalahmasalah negara yang melanda dunia remaja aku. aiseh. dan untuk tidak menyebabkan aku berkongsi sesuatu yang tak berlandaskan akal+iman kat blog ni, izinkan aku menghilang untuk bertapa seketika.

note : serius aku cakap, kalau hati tak settle, seluruh dunia kau rasa tak hidup je. bila hati
kau tak complete, memang kau akan emotional tak tentu hala. betul. aku dengar lagu Xifu+Algebra-hadith 6 (Hati) pun rasa nak nangisnangis. sebab memang hati aku tengah berbolakbalik sebab aku terbagi iman aku diet-tak-makan bermingguminggu. dan aku memang tak sabar sebenarnya nak naik sekolah bila aku bayangkan aku boleh jumpa ahli usrah terchenta aku. serius aku rindu, nak usrah. tapi..

"wahai Yang Membolakbalikkan hatiku, tetapkan hatiku pada agama dan ketaatan padaMU."

sorry, my heart is under construction.

"Allhumma, bersihkan hatiku dari sifat munafiq, pekerjaanku dari sifat riyaa', lidahku dari berbohong, pandanganku dari khianat, kerana ENGKAU Maha Mengetahui apa yang disembunyikan oleh hati dan dirahsiakan oleh pandangan."

0024/01012011,
from HIM that I came,
to HIM that will I be returned,
chickenrice.

0 ale.ale.ale.ale: