Friday, December 3, 2010

cerita.

dengan nama ALLAH,
huraikan simpulan hati, akal, fikiran dan lidahku.

*psst. entry ini sangat panjang kerana telah diprovoke oleh kakSiti untuk cerita pasal xrek2010. jadi kalau sesiapa yang tak rajin, tak perlu baca sampai habis. pening nanti. :)

xrek 2010@BTC, port dickson.
30november-2disember 2010.
bestbestbest.

TERIMA KASIH ;

team johor.
banat; safiyah (ketua), asma, rai, anisah, balqis, fathiyah, lina, salsabila, jihan, atiqah, najwa, solehah, basyirah, hidayah.

banin; aliff (ketua.),afiq, izzat, bazli, faizi, 'umar, zaim, haziq.

pengiring; kakHajarMokri [terima kasih sebab tolong simpankan barangbarang kitorang yang ada harga. :)]
asyrafAminuddin+hasifHishamuddin [terima kasih untuk airair yang ditolongbelikan. :)]

team yang aku bangga sangat. hidup Johor, hidup hidup !

berdiri dari kiri; izzat, 'umar, afiq, faizi, asyraf, kakHajar, jihan, fathiyah, atiqah, lina, solehah, salsabila, balqis, anisah.
duduk dari kira; haziq, zaim, aliff (ketua.), basyirah, raihana, hidayah, najwa, asma, safiyah (ketua.)

tiada dalam gambar; hasif+bazli.

=====

kumpulan zinnirah;
kakYam [ketua], syifa', 'aisyah, sorfina, maryam, asma, dyba, anis, hidayah.
terima kasih semua untuk semangat+ceria yang best walaupun penat. serius kalian BEST !
yeaa. berjaya menaikkan martabat akhawat. alhamdulillah. :))

=====

barisan fasi;
abangBai, abangLong, abangNaim, abangAiman, abangFahzan, abangDuke, sulaimMilhan.
kakYong, kakNina, kakMia, kakAlang.

=====

warga dorm Jempol 1;
team johor, team KL, team Penang.

=====

1st day;
sesi bersama abangLongMelaka.
M E P S.
mental.emosi.physical.spiritual.
lengkap package ni maka lahirlah remaja yang mampu membawa perubahan dunia. inshaAllah. jom samasama melengkapkan.

war game.
main baling belon air kat dataran. sorang defender sorang striker. defender hanya boleh tepistepis belon, tak boleh baling. striker pun hanya boleh baling belon je tak boleh tahan belon yang dibaling pihak lawan.
maka, zinnirah juara. yeaa.

hirasah 1st day yang sangat bagus. semua bangun ikut waktu. semua berhirasah. ohh OK lupa nak cakap, banat tidur dalam dorm. maka nak bangun hirasah tu senang dan selesa. hehe.

=====

2nd day;
riadah. kutip belonbelon war game yang bersepah kat dataran. 1 group 2 wakil. siap kumpul kira sendiri, beritahu fasi untuk markah kumpulan. wee.

abseiling.
taknak cerita banyak. sebab nanti ada yang kecewa. tak semua dapat main. tak cukup masa. sobb. cuma 2 kumpulan banin+2 kumpulan banat je dapat main. OK saya gayat maka tak minat sangat dengannya. aaa. tapi best kot. 1st experience kan. kira bersyukur gak lah dapat main. dapat rasa gak.

rakit;
ohh dah lama tak study ikatan. sekali kena buat rakit. terbelit kepala nak ingat balik ikatanikatan. kumpulan pecah. banat cuma ada 2 kumpulan. banin 3. lepas siap rakit, water confidence. weee. teringat kursus. pergh water confidence ni lagi best kot dari rakit. tak penat.

ni lah water confidence. tapi yang xrek punya tak buat bulatan. pegang tangan panjangpanjang, lepastu baring ! (source; krsmuslehflickr [kursus sarjan 2009.]

main lumba rakit. kena ambil bendera yang dipacak kat tengah lautan. lepastu patah balik ke pantai. buka balik rakit tu. letak semula barangbarangnya kat tempat asal. lari hantar bendera kat pakcikRosli. pergh. memang lah kan. dan sejujurnya kumpulan saya jadilah yang terakhir. tett. yang penting sampai gak kan. kumpulan banin yang paling lambat buat rakit pula jadi kumpulan 1st hantar bendera. OK banin ada tenaga yang sangat lebih banyaknya dari banat. so bab kayuhkayuh rakit tu simple je kan untuk diorang. aa. takpetakpe. semua lah menang sebab semua selamat sampai+dapat hantar bendera kan.

berboria Zinnirah. hehe.

malam; studio IKRAM.
boria, dikir barat, choral speaking. setiap kumpulan dah ada tugasan masingmasing. banat kat dewan antik a.k.a surau. banin kat dewan modern a.k.a dewan bakti. lepas banat habis persembahan, larilari pergi dewan modern untuk tengok persembahan banin. tammat. persembahan special dan sangat mantap yang gilagila punya mantap dari abangLong, abangNaim + abangAiman. diorang nyanyi lagu [keredhaanMU-in-team versi gubahan sendiri.]. serius kalau in-team dengar pun diorang boleh undur diri dari indsutri nasyid. thehe. sangat bestbestbest. nak nangis dengar. sobb.

hirasah malam kedua.
hehehe. ana, anisah, solehah, atiqah+balqis jadi group hirasah untuk jam pertama. 1-1.45. tapi program habis pukul 11.30. gedebanggedebung siapkan diri untuk tidur dalam pukul 12. alangalang 1 jam je lagi, malas nak tidur. yang lain tidur dulu. pukul 1, kejut anisah. kejut yang lain tak bangun. aduhh. nak kejut sampai terbangun kesian. yela, berakit petangnya, penat. maka berdua dengan anisah je hirasah. 1.15, rasa macam nak tidur kejap, suruh anisah kejutkan 1.30, ana sambung hirasah, dia tidur. sekali... ohh takdir DIA, keduaduanya tidur dengan sangat lelap. terbangun pukul 3, patutnya kena kejutkan team terakhir, tapi rasa kesian lagi. so tak kejut. 4.30 terbangun, OK masa untuk kejutkan qiam. yeaa. dapat qiam awal+sambung tidur time banin tengah qiam jama'ie. (tak faham kot. arahan masa 1st day qiam nafsi. sekali banin sendiri buat qiam jama'ie. tapi banat sangat patuh pada arahan, maka semua berqiam nafsi. ohh tak, ada beberapa yang ikut berjamaah. thehehe.)

3rd day;
explorace ikut kumpulan. aaa. sebenarnya tak suka explorace. kerana ? entah. tak minat kot. tapi tibatiba explorace kali ni jadi best. sangat best kot. sebab tasktask yang diberi lain daripada yang lain dan sangat menarik.

check point 1.
buat bintang lima bucu guna 1 gelung tali besar. haa. nasib baik selalu buat bintang bucu 5 tu guna getah. so, kakYam bagi pinjam getah rambut, buat, yang lain ikut. completed. dapat 1 kelapa. lari ke check point seterusnya.

check point 2.
haa task yang selalu main. buat satu bulatan besar yang boleh muat semua ahli kumpulan guna 1 kertas A4. koyakkoyakkoyak. masuk, muat. completed. 1 lagi kelapa. larilarilari.

haa macam ni lah bentuknya. (bukan gambar sebenar.)


check point 3.
parut 2 kelapa yang dapat tadi guna penutup botol yang selalu budakbudak buat main ceper. parutparut. perah santannya masuk dalam botol. setengah botol je. wow best tu. nyamuk sedap je hisap darahdarah orang. pergh. nak gigit je rasa nyamuknyamuk tu. tapi apa boleh buat, nyamuk+hutan tidak boleh dipisahkan. sangat kecoh kot time ni. maryam berdebat dalam loghat perak dia dengan brotherAlif. hadoi, gelak je time parut kelapa tu. walaupun satu hapak tak faham. hoho. siapp. completed.

check point 4.
musang berjanggut. tak pernah main. tapi rupanya asingasingkan je.
kacang soya, kacang dal, kacang hijau, kacang merah, beras. haa asingkan semua tu. asingasing. OK, completed.

check point 5.
masuk hutan lipur. cari nama saintifik untuk 20 pokok hutan yang dah ditetapkan kat sekeliling hutan lipur tu. tak lah besar sangat tempatnya. yang sakit tu nyamuk berpesta kat kaki. perghperghh. bagi makan insect repellent baru tahu. ciss. compelted.

check point 6.
spider web. weee. sakit tengkuk main benda ni. diri dalam bulatam, ikat semua tangan antara satu sama lain. lepas tali dah belitbelit kena buka balik sampai jadi 1 bulatan besar@ 2 bulatan kecil. duhh. tak faham macam mana nak main. so jadi tukang gerakgerak je bila diorang suruh. aa. group banat 1st sampai. tapi group banat ke6 yang siap hasil bantuan mereka yang pakar. hoho. redhaa.

habis explorace ingatkan masuk laut. dah doadoa taknak masuk laut lagi. tak cukup kasut. dan akhirnya, yess, tak masuk laut. berlari balik ke dorm dengan bahagia, kemas barang dan ready untuk penutup. zuhur dalam dewan modern. penutup.

pemenang pun diumumkan. jengjengjeng. group ke3 tak ingat. ke2 alFarabi. tak sangka kot Zinnirah boleh 1st. sebab banin macam power je kan semua. tapi alhamdulillah. sekurangnya dapat tengok abangLong kecewa sebab banin kalah dengan banat. haha.

ambil gambar team johor dan balik. fuhh. alhamdulillah.

=====

bila ada campcamp macam ni, baru semua sedar, betapa MENEPATI MASA adalah sangatsangat penting. dan aku sangat tak faham tengok segelintir golongan yang dah tahu lambat tapi masih boleh berlenggangkangkung jalannya. susah sangat ke nak datang ke tempat yang diarahkan ON TIME ?

tepati masa tu kena jadikan 1 benda yang kau rasa perlu dan kalau kau tak tepati masa, kau patutnya rasa malu. biasakan dalam hidup. tepati masa kau. terutama bila berjanji untuk jumpa kat manamana, waktu apaapa pun. kita taknak janji melayu, kita nak janji Islam. jadi lepasni, belajar untuk tepati masa seperti yang dijanjikan. kecuali kalau dah sangat ada kecemasan, beritahu sesiapa yang terlibat. senang kan ?

=====

bertekak masa masak itu seronok. haha. taknak lupakan. aaa. rindu semua.

"Allahumma, bersihkan hatiku dari sifat munafik, pekerjaanku dari sifat riyaa', lidahku dari berbohong, pandanganku dari khianat, kerana ENGKAU Maha Mengetahui apa yang disembunyikan oleh pandangan dan dirahsiakan oleh hati."



0223/03122010,
from HIM that I came,
to HIM that will I be returned,
chickenrice.


5 ale.ale.ale.ale:

mardhatillah said...

Tukang masak sardin hari pertama like this :) haha.

AuLiA said...

wah. seronoknya. bestnye program camni. :)

~chickenrice~ said...

mardhatillah; haha. terima kasih tukang masak sardin hari pertama.

aulia; yapp. sangat seronok. (senyum lebar.) :D

Syifa' said...

jumpe lagi kat leaders thn depan!

~chickenrice~ said...

SYIFA' ! inshaAllah. jumpa di leaders~ :DD ohh ana rindu explorace dengan korang semua. zinnirah~