Sunday, December 19, 2010

peringatan.

dengan nama ALLAH,

huraikan simpulan hati, akal, fikiran dan lidahku.


bila mereka tegur kau, kau cakap,

"kubur masingmasing. apa kau sibuk. hal aku, hal aku, hal kau, hal kau. jangan sibuk jaga tepi kainbajuseluar orang."

mereka tegur salah kau dengan harapan kau akan tegur salah mereka balik. so boleh jadi saling tegurmenegur. perbetul mana yang salah antara satu sama lain. kau tak rasa ke perkara tu best ? kalau semua saling nasihatmenasihati, mesti takde lagi orang yang nak buat jahatnakal kat dunia kan ? sebab semua asyik dapat peringatan.

1 perkara kau kena ingat gak, sebab kubur kita nanti masingmasing lah, mereka beriyaiya tegur salahburuk kau. biar nanti kau ubah mana yang salah, buat yang betul, dan bila mungkarnakir soal nanti, takde lah kau blur tak tahu nak jawab apa macam tengah jawab ujian kemasukan ke MRSM exam.

kalau kita semua nanti bila mati, dikuburkan dalam 1 liang lahad, takpe gak, boleh kau tolong backup mereka, mereka tolong backup kau bila kena soal. boleh kau tiru jawapan mereka, mereka tiru jawapan kau. dan akhirnya semua berjaya menjawab soalan mungkarnakir dengan bahagia dah berjaya.

tapi tu semua fantasi yang aku cipta. nak kau faham, kau takboleh riyaa' disebabkan kubur kita berbeza nanti. dan bila mereka tegur salah kau, yang untungnya kau. ada orang masih nak beri kau peringatan. cuba bila mereka tegur, kau fikir 1 je. Allah nak tegur kau, melalui mereka. kau tak rasa ke benda tu menunjukkan betapa sayangnya Allah kat kau. Allah masih peduli dengan kau.

kau kena yakin dengan katakata DIA,

"dan tetaplah memberi peringatan, kerana sesungguhnya peringatan itu bermanfaat untuk orang beriman."
[azZariyaat : 55]

kerana kau beriman, peringatan yang mereka beri tu bermanfaat untuk kau. jadi lepasni, jom samasama rebut peringatan dari siapasiapa sekali pun. selagi peringatan tu tak bercanggah, selagi tu kau kena rebut. tunggu aku, aku nak join kau merebut.

note; kakIli, anisah, amie, jihan, effa, puteri; rindu MDP. T_T

"Allahumma, bersihkan hatiku dari sifat munafiq, pekerjaanku dari sifat riyaa', lidahku dari berbohong, pandanganku dari khianat, kerana ENGKAU Maha Mengetahui apa yang disembunyikan oleh pandangan dan dirahsiakan oleh hati."

1948/13muharram1432H,
from HIM that I came,
to HIM that will I be returned,
chickenrice.

0 ale.ale.ale.ale: