Wednesday, January 12, 2011

kuat.

dengan nama Allah,

huraikan simpulan hati, akal, fikiran dan lidahku.

orang kuat kena senyum. yeaa.

Allah, aturanNYA tak ada yang siasia. hati manusia yang buta untuk lihat hikmahnya.

setiap apa yang Allah uji kau, ada pengajaran yang Allah nak kau tahu. kadangkadang kau rasa kau dah berusaha dengan gigihnya untuk bekerja untuk DIA, tapi tibatiba je DIA bagi musibah. bagi kau susah. kesusahan yang DIA bagi bukan nak suruh kau putus asa. mungkin kau tak perasan, ada salah yang kau buat waktu tu. DIA nak betulkan salah kau. taknak biar kau rasa setiap apa yang kau buat semua betul takde salahnya. Allah taknak kau leka. sebab DIA sayang kau. sangatsangat.

"dan apa musibah yang menimpa kamu maka adalah disebabkan oleh perbuatan tanganmu sendiri, dan Allah memaafkan sebahagian besar (dari kesalahankesalahanmu.)"
[ashShura : 30]

Allah mengharapkan bila kau yang sering lupakan dia ditimpa musibah, akan lebih ingatkan DIA. lebih dekat pada DIA. Allah nak panggil kau untuk dekat dengan DIA. Allah rindu nak dengar rintihan kau yang DIA rasakan makin jauh dari DIA. dan kalau kau terus putus asa tanpa cuba untuk sahut panggilan Allah tu, sungguh lah kau sangat merugikan diri sendiri. sebab kau lepaskan peluang yang Allah beri. kau taknak buka hati kau untuk sangka baik dengan Allah. Allah nak jaga kau, nak pelihara kau dari keburukan, tapi kau sangka buruk pada DIA.

"tidak ada sesuatu musibah pun yang menimpa seseorang kecuali dengan izin Allah; dan barangsiapa yang beriman kepada Allah, nescaya DIA akan memberi petunjuk kepada hatinya. dan Allah Maha Mengetahui segala sesuatu."
[AtTaghabun : 11]

dan kau paling tak boleh untuk putus asa berlemah segala. sebab Allah tinggikan darjat kau. Allah angkat kau pada kemuliaan. kalau kau bersedihlemah bermakna kau tak bersyukur dengan kemuliaan yang Allah beri pada kau. kau tahu kan, kalau tak bersyukur dengan nikmat DIA, akan ada azab yang menanti kau. [14 : 7] maka kau memang harus bersyukur dengan kemuliaan tu.

"janganlah kamu bersikap lemah, dan janganlah pula kamu bersedih hati, padahal kamu lah orangorang yang paling tinggi darjatnya, jika kamu orangorang beriman."
[alImran : 139.]

dan yang sebenarnya, kau tak diuji kalau tak tak kuat [2 : 286.]. walaupun k
au terusterus cakap kau lemahlonglaigemalai, tapi Allah lebih tahu, kau kuat. takde siapa yang lebih tahu dari Allah. maka, kau kena cari gak kekuatan tu. gunakan kuat yang Allah beri pada kau untuk hadapi semuanya. kau boleh. gogogo.

=====

kau ada Allah. Allah sentiasa ada untuk kau. letakkan kebergantungan kau pada DIA. aku tak boleh bantu lebih, maka aku serahkan semuanya pada DIA. kalau kau nak terus hebat, cari DIA.
aku mohon kekuatan dari DIA, inshaAllah, ini yang terakhir dari aku. semoga kau terus hebat.

"orang mukmin, apabila dia berada di bawah, dia tidak akan berlamalama pada kerendahan keimanannya. dia akan segera naik. dan apabila dia naik, dia naik lebih tinggi dari sebelumnya."
[langitIlahi.]

aku nak tengok kau naik dengan hebatnya. sebab aku percaya, kau kuat.

note : aku tahu semuanya nampak susah. tapi aku janji dengan kau, Allah akan bantu orangorang yang bersabar.

=====



untuk kau.

"Allahumma, bersihkan hatiku dari sifat munafiq, pekerjaanku dari sifat riyaa', lidahku dari berbohong, padanganku dari khianat, kerana ENGKAU Maha Mengetahui apa yang disembunyikan oleh pandangan dan dirahsiakan oleh hati."

1149/12012011,
from HIM that I came,
to HIM that will I be returned,
chickenrice.

1 ale.ale.ale.ale:

+akufobia+ said...

terimakasih.