Friday, January 21, 2011

r.e.d.h.a

dengan nama ALLAH,

huraikan simpulan hati, akal, fikiran dan lidahku.

yeaa. ehsan tumblr. :)

perhatian; inshaAllah, ini entry terpanjang pernah ditaip, maka, untuk yang bukan ulat blog, fikir berkalikali sebelum mula membaca. terima kasih. :)

pembelajaran mengenal redha.

kita selalu dengar, bila seseorang ditimpa musibah contohnya ahli keluarga meninggal, diorang akan cakap,
"arwah memang anak yang baik, suka tolong orang, mudah tersenyum, rajin beribadah. tapi dah takdir Allah tarik nyawanya, makcik+keluarga redha dengan pemergian dia. kami redha." sambil menangis teresakesak dan tersedusedan. apa motifnya diselitkan dialog ni ?

naqibah aku pernah cakap, sebenarnya susah sangat nak jadi orang yang redha. bukan calangcalang orang boleh jadi orang yang redha ni. ada satu kisah...

seorang hamba Allah, aku kononkononkan namanya Abdullah. Abdullah memang rajin sangat beribadah. sangatsangat. nama Abdullah ni terkenal pada zaman beliau. zaman Nabi Musa waktu tu. dijadikan cerita, Nabi Musa pun teruja untuk jumpa dengan Abdullah ni. Nabi Musa cari Abdullah kat tempat dia beribadah+bertaubat 24/7.

sampai je kat tempat tu, Nabi Musa bagi salam. selalunya, Abdullah takkan layan siapasiapa yang datang ketuk pintu tempat ibadah dia, tapi memandangkan rasa hormat pada Nabi Musa yang meninggi dan menebal, Abdullah buka+sambut Nabi dengan penuh hormat. borakborakborak. Nabi Musa minta diri, baginda nak bertemu Allah di puncak gunung sinai waktu tu. sebelum balik Nabi Musa tanya pada Abdullah, "ada apaapa doa yang ingin dipohonkan pada Allah tak ?" Abdullah jawab, "mohonkan pada Allah, ampunkan dosadosa aku, dan masukkan aku ke Syurga untuk bertemuNYA." Nabi Musa pun pergi ke gunung sinai.

sampai di gunung, Nabi Musa berdoa pada Allah sepertimana ummat baginda yang lain pinta. habis. Nabi Musa pun minta izin untuk balik. tibatiba Allah tanya pada Nabi Musa, "wahai Musa, rasanya macam kau ada tertinggal satu doa dari salah seorang ummat mu ?" Nabi Musa pun fikir panjang, nak ingat balik. baru Nabi Musa teringat, doa si Abdullah. Nabi Musa pun mohon pada Allah. lantas, Allah jawab, "katakan pada Abdullah, aku akan masukkannya ke neraka kerana dosadosanya terdahulu." Nabi Musa terkejut dengan jawapan Allah, tapi siapa Nabi Musa untuk membantah keputusan Allah, Nabi Musa pasrah. dan berjalan ke rumah Abdullah.

@rumah Abdullah. Nabi Musa cakap pada Abdullah, "wahai Abdullah, aku telah pohonkan doamu pada Allah. Allah kata Dia tetap akan masukkan kau ke neraka kerana dosadosa lama kau." Abdullah terdiam.. lama.. sepi.. dan akhirnya beliau bersuara, "wahai Nabiullah, sampaikan pada Allah, aku redha dengan hukumannya buat diriku. sesungguhnya aku hanya hamba yang hina. namun aku akan terus memohon taubat padaNYA sehingga akhir hayatku."

Nabi Musa kembali ke gunung sinai, sampaikan pesanan Abdullah, bahawa beliau redha dengan hukuman yang bakal Allah beri pada dirinya. lantas Allah menjawab, "Musa, sampaikan pada Abdullah, sesungguhnya Aku akan masukkannya ke Syurga kerana dia redha dengan apa yang aku putuskan tadi."

[sumber; belajar dari para wali/wan ji wan husin.]

=====

itu lah dia. cerita yang aku sangat bersemangat dan teruja untuk kongsikan sebab aku rasa terharu dan terkaku bila baca reaksi Abdullah. walaupun Allah cakap dia akan masuk neraka, dia relax. tak berubah riak. tenang. dan redha. betapa, kuatnya kuasa redha. sebab memang sangat bukan senang untuk redha sebenarnya.

macam yang naqibah aku cakap, orang yang redha ni, bila dia gembira ataupun sedih, wajahnya tak berubah riak. pehh. sesungguhnya aku memang tak dapat bayangkan macam mana orang yang redha tu. sedih@gembira=sama.

sebab tu Allah berfirman;

"Allah redha kepada mereka dan mereka redha kepada Allah."
[alBayyinah: 8.]

untuk dapat keredhaan Allah, kena jadi orang yang redha dengan Allah. untuk jadi orang redha tu bukan macam kacang lupakan kulit ( eh macam tak kena pula peribahasa ni.) bukan macam kacang goreng je. (haa, ni yang betul.). kena betulbetul ikhlas kerana DIA. untuk jadi orang yang ikhlas tu pula.. (panjang lah kalau nak bincang kat sini pasal ikhlasckan. dah masuk bab lain.)

seyogiannya, dengan cuma sebut, "aku redha." belum tentu sebenarnya, kita benarbenar redha dan layak untuk dapat keredhaanNYA. tapi bukan lah nak suruh tak terima@tak redha@tak bersyukur apa yang Allah beri pada kita lepasni. tak salah untuk sebut, "aku redha." tu, tapi lepasni, mungkin kita boleh lebih berusaha untuk jadi orang yang redha dengan sebenarnya. kan. inshaAllah. aku tengah belajar untuk redha. tapi aku taknak belajar sorangsorang. aku nak ajak kau untuk samasama belajar. jom. :)

=====

aku bersyukur sangat, keputusan yang aku dapat ni memang tak sebaik mana dan bukan macam yang aku nak kan. tapi keputusan tu betulbetul lah banyak ajar aku untuk jadi orang yang kuat-tak-nangisnangis sebab benda kecil. ohh tak kecil sangat lah sebenarnya. tapi still, mengajar aku untuk redha dengan apa yang DIA berikan. yeaah, apa yang DIA bagi ni yang DIA nak. dan apa yang DIA nak tu yang aku perlu dan pastinya, the bestbesterbestest. :D

note : entry ni memang panjang+bosan untuk pembaca, aku tak kisah, ni salah satu cara untuk pujuk diri sendiri namanya. sebab aku tak reti pujuk orang, jadi aku cuba belajar pujuk diri sendiri je lah. haha. btw, thanks kakAya ♥. *psst, akak, tak sempat lah copy quote tu. -.-'

"Allahumma, bersihkan hatiku dari sifat munafiq, pekerjaanku dari sifat riyaa', lidahku dari berbohong, pandanganku dari khianat, kerana ENGKAU Maha Mengetahui apa yang disembunyikan oleh pandangan dan dirahsiakan oleh hati."

2316/21012011,
from HIM that I came,
to HIM that will I be returned,
chickenrice.

2 ale.ale.ale.ale:

AuLiA said...

and you will be strong if you want to.

~chickenrice~ said...

i want and i will. inshaAllah~ :)