Thursday, February 10, 2011

jalan.

dengan nama ALLAH,
huraikan simpulan hati, akal, fikiran dan lidahku.


A : dunia luar betulbetul mencabar. aku tak boleh lah, aku dah tersimpang jauh. macam mana ni ?

H : papp. good lah kau kalau kau sedar kau dah tersimpang. sekurangnya kau ada rasa keserbasalahan sebab tersimpang tu yang menunjuk ketersimpangan kau tu salah. apa pun, cuba tengok balik, alQuran, solat sunat+etcetc, mana yang kosong, isikan. yang kurang, tambahkan. yang sedia ada, lipatkaligandakan. gogogo. aku tahu kau boleh. kau kuatlah. cuma jangan give up please.

aku belum ada pengalaman dengan dunia mencabar yang kau maksudkan. jadi aku tak reti nak komen lebih. cuma satu, aku suka nak kongsikan; biar jasad kita tercampak ke manamana, asalkan hati masih pada Allah. kiblat masih ke arah Baitullah. inshaAllah kalau 2 tu masih kekal pada diri kau, kau boleh survive.

ohh. usaha kau untuk berubah+bantu kawankawan kau yang harus berubah tu memang palingpaling aku tabik hormat sangatsangat. to be honest, memang aku bangga sangat tengok. kau berani tanggung risiko. cumanya, aku taknak kau terus give up lepas sekali kena 'serang'. kau tak boleh putus asa. diorang perlukan kau. ummah perlukan kau.

"hey, pejuang tak boleh mengalah. takde istilah kecundang dalam diri seorang pejuang, selagi yang diperjuangkan adalah kerana ummah+Allah. pejuang tak boleh mati selagi belum tamat perjuangan, selagi apa yang diperjuangkan belum sempat dijulang."

aku tahu berat pada kau bila aku sebut 'berjuang' tu. kau jangan lah bayangkan berjuang tu ambil pedang parang pergi serang kubu musuh bagai. berjuang dengan diri sendiri pun OK apa. at least, kau berjuang nak bebaskan diri dari kejahatan. mulakan dengan diri. kan.

apa pun, aku sokong kau. tapi yang paling best, ingat, Allah sentiasa ada+sokong kau dari setiap sudut, setiap masa, setiap waktu, di manamana. aaa semuasemua lah. yang penting, kau berjuang kerana DIA.

"dari seluruh muslim yang ada, hanya sedikit yang sedar. dari sedikit yang sedar itu, lebih sedikit lagi yang berdakwah. dari jumlah yang sedikit dalam berdakwah, lebih sedikit lagi yang berjuang. dan dari sedikit yang berjuang, hanya sedikit yang sabar. begitu pula dari mereka yang sedikit dalam bersabar itu, lebih sedikit lagi yang sampai pada akhir perjalanan."
[imam Hasan alBanna]


teruskan berjalan. sampai penghujung eh ? terima kasih. :)

note : ohh. IQs, terima kasih call. nak terharu boleh ? haha. x)

"Allahumma, bersihkan hatiku dari sifat munafiq, pekerjaanku dari sifat riyaa', lidahku dari berbohong, pandanganku dari khianat, kerana ENGKAU Maha Mengetahui apa yang disembunyikan oleh pandangan dan dirahsiakan oleh hati."

2310/10022011,
from HIM that I came,
to HIM that will I be returned,
chickenrice.

0 ale.ale.ale.ale: