Sunday, February 6, 2011

lawan.

dengan nama ALLAH,
huraikan simpulan hati, akal, fikiran dan lidahku.


" wahai orangorang yang beriman, penuhilah janjijanji !"
[alMaidah : 1]

kita memang selalu ingat, teringat, diingatkan, yang syaitan tu memang dah bersumpahjanji dengan Allah akan sesatkan anak Adam sampai akhir zaman. [7 : 16]. sebab tu bila kita terbuat salah, semua bagi alasan baik punya, "aku lemah lah. syaitan goda aku. kan dalam surah alA'raf Allah cerita kan, syaitan bersumpah nak sesatkan kita semua." siap keluar ayat Quran beb. ayat tu je lah yang diulangulang banyak kali.

tapi kita selalu lupa, janjijanji manusia dengan Allah, sejak azali. berjanji+bersaksi, Allah sahaja Tuhan seluruh alam, berjanji mentaati segala perintah+meninggalkan laranganNYA.

kita berjanji. syaitan pun berjanji. perjanjian yang disaksikan Allah. syaitan memang dah+sedang tunaikan janjijanji dia, kita bila ?

"penuhilah janjijanji, sesungguhnya janjijanji itu pasti diminta pertanggungjawaban."
[alIsra' : 34]

yang berjanji tu kita. aku, kau dan mereka. yang akan dipertanggujawabkan dengan janjijanji tu nanti pun aku, kau dan mereka. sungguh Rasullulah, malah Allah tak suka dengan orang yang ingkar dengan janjinya. orang yang ingkar janji tu termasuk dalam 3 musuh Allah pada hari kiamat nanti tau. [HR Bukhari] kau sanggup nak jadi musuh Allah ?

janji syaitan [vs] janji manusia.
siapa menang ?

"Allahumma, bersihkan hatiku dari sifat munafiq, pekerjaanku dari sifat riyaa', lidahku dari berbohong, padanganku dari khianat, kerana ENGKAU Maha Mengetahui apa yang disembunyikan oleh pandangan dan dirahsiakan oleh hati."

note: tiktok. 12.08 AM. 7 februari 2011; banyak lah seh kenangan 7 februari. tsk. ohh, selamat.hari.lahir. jaga diri. :)

0008/07022011,
from HIM that I came,
to HIM that will I be returned,
chickenrice.

0 ale.ale.ale.ale: