Saturday, February 26, 2011

maaf.

dengan nama ALLAH,
huraikan simpulan hati, akal, fikiran dan lidahku.

1/237 gambar skype dengan abang 1jam lepas. haha. skype je padahal. 237 gambar. lagi banyak dari gambar sukan SMIH. xD

"walaupun sekarang ni, dengan telefon je dah boleh telefon orang kat overseas. dengan laptop je dah boleh berborakborak dengan abang kat sana macam real life, kena ingat, bila seseorang tu dah meninggal dunia, dah dikebumikan, pakai lah telefon ke post laju ke bluetooth ke infra red ke, takkan boleh minta maaf gak. terlambat dah."
[ayah.]

minta maaf bukan tanda kelemahan. bukan tanda kau mengalah atau kau lemah. minta maaf tu tandanya kau sayang hubungan kau dengan orang yang terlibat. kau taknak ada jurang perselisihan antara korang. bahkan pada aku, orang yang mudah minta maaf ni mulia sungguh. merendah diri.
firman Allah;
"Dan janganlah orang yang mempunyai kelebihan dan kelapangan di antara kamu bersumpah bahawa mereka tidak akan memberi pertolongan kepada kaum kerabatnya, orang miskin dan orang yang berhijrah di jalan Allah. hendaklah mereka sentiasa memaafkan mereka dan berlapang dada. apakah kamu tidak ingin Allah mengampunimu? dan Allah adalah Maha Pengampun lagi Maha Mengasihi".
[anNur : 22]

maka, lepasni, kalau rasa ada buat salah, terus minta maaf pada orang yang terlibat. jangan tangguhtangguh. takuttakut, belum sempat nak minta maaf dengan dia, kita@dia Allah tarik nyawa. masa tu dah takde apa yang boleh sampaikan maaf kita untuk dia.

dan bila orang minta maaf pada kita, jangan egoego taknak maafkan. jangan rasa diri terlampau mulia sampai taknak maafkan orang lain. hatta Allah sendiri Maha Pengampun yang akan mengampunkan dosa hambahamba DIA yang bertaubat, siapa kita taknak maafkan kesalahan orang lain pada kita ?

atau lebih mulianya lagi, sebelum tidur, ikhlaskan hati, maafkan semua orang yang buat salah dengan kita seharian ni. yang manamana kita ada terasa hati dengannya, kita maafkan.
ada kisah sahabat yang dijanjikan Syurga, sedangkan dia tak lah selalu tunaikan solat malam pun. ibadah lainnya pun simple je. tapi rupanya sebab dia sentiasa buat perkara di atas ni setiap malam. best lah seh. maafkan orang je, Allah janjikan Syurga. hilangkan keegoan kita, jadikan minta maaf+memaafkan sebagai satu ibadah harian kita. ibadah yang keranaNYA. inshaAllah. ^-^ =====
may Allah bless you. :)

"Allahumma, bersihkan hatiku dari sifat munafiq, pekerjaanku dari sifat riyaa', lidahku dari berbohong, pandanganku dari khianat, kerana Engkau Maha Mengetahui apa yang disembunyikan oleh pandangan dan dirahsiakan oleh hati."

2338/26022011,
from HIM that I came,
to HIM that will I be returned,
chickenrice.

0 ale.ale.ale.ale: