Saturday, February 26, 2011

mata.

dengan nama ALLAH,

huraikan simpulan hati, akal, fikiran dan lidahku.


nikmat mata memang terbaik. sebab dengan mata lah kita boleh tengok+nikmati indahnya dunia DIA cipta. dari mata gak boleh mengalirnya air mata kerana terkenang dosadosa. mata boleh bawa kita pada DIA dengan melihat bukti kebesaranNYA. dunia. bukti wujudnya DIA. hebatnya DIA. agungnya DIA. subhanallah.

tapi mata gak boleh jadi punca segala dosa. tak percaya ? serious. tak tipu. gunakan mata untuk lihat perkara yang tak elok yang membawa kepada runtuhnya aqidah. gunakan mata untuk melihat seseorang yang membawa kepada rosaknya hati. dahsyatkan mata.

manusia yang tak buta tak akan buat setiap perkara sambil tutup mata sebab nak elak berlakunya kesalahan mata. perkara tu memudaratkan diri. habis macam mana nak elak dari kesalahan mata ? susahnyaa.

Sabda Nabi SAW;
"jangan sampai pandangan yang satu mengikuti pandangan lainnya. kamu hanya boleh pandangan yang pertama, pandangan seterusnya tidak dibenarkan."
[HR Ahmad, Abu Daud dan Tirmidzi]

sekali pandang, belum lagi salahnya. tapi kalau dah terpandang sekali, lepastu terberkalikalikali pula, istighfar jom. sebab pandangan selepas yang pertama tu panahan syaitan. fuhfuh. bahaya.
na'uzubillahi minas syaithonir rojim.

=====

aku tak salahkan Allah yang ciptakan wajah kau penuh keindahan. keindahan yang jadi anugerah untuk kau, tapi ujian untuk aku. astaghfirullah. semoga aku terus kuat. inshaAllah. yeah.

"Allahumma, bersihkan hatiku dari sifat munafiq, pekerjaanku dari sifat riyaa', lidahku dari berbohong, pandanganku dari khianat, kerana ENGKAU Maha Mengetahui apa yang disembunyikan oleh pandangan dan dirahsiakan oleh hati."

1757/26022011,
from HIM that I came,
to HIM that will I be returned,
chickenrice.

0 ale.ale.ale.ale: