Saturday, March 19, 2011

H2O.

dengan nama Allah,

huraikan simpulan hati, akal, fikiran dan lidahku.

haa. cuba buat macam ni. tengok berapa tahun boleh tahan. kalau beberapa minit je, alih lah tangan tu, bernafas semula. nikmati kesedapan oksigen dari DIA.

banyak sebenarnya nikmat yang Allah beri pada sekalian alam ni. cuma kita sendiri je hargai atau tak. kalau tak hargai, sebab tu asyik kufur je. minta yang lebihlebih macam tak cukup apa yang Allah beri. tapi diri tak bergerak pun bagi apa yang Allah minta, ibadah.

"maka nikmat Tuhanmu yang manakah telah engkau dustakan ?"
[arRahman : 13]

nikmat oksigen. manusia tak boleh hidup tanpa oksigen. mungkin terkadang dalam kelalaian kita tak perasan, kalau DIA tak wujudkan oksigen tu, tak bernafas lah semua manusia. maka matilah bergelimpangan semuanya kerana sesak nafas dan kesempitan dada, macam ni, "..niscaya Allah menjadikan dadanya sesak lagi sempit, seolaholah ia sedang mendaki langit.." [alA'anm : 125]
scary kan. na'uzubillah.


hebat rupanya nikmat Allah beri ni kan. nampak macam kecil je, haa memang kecil je oksigen tu. tak nampak. gabungan 2 atom hydrogen+oxygen. atomatom tu besar mana je lah. memang kecil. kecil tapi banyak +terlebih cukup untuk bagi berbillion manusia+haiwan untuk bernafas dengan adanya oxygen tu. subhanallah. Allah dah sukat dah awalawal bilangan oxygen yang diperlukan kat bumi untuk hidupan.

dan kalau nak sebut pasal nikmatnikmat yang lain, mashaAllah tak terkata banyaknya kan. cuba fokus pada yang 1 ni je lah dulu. tengok yang satu ni. cukup terbukti penyayangNYA Allah kan. sempurna betul nikmat Allah bagi kita. tapi dah sempurna ke segala ibadah kita untuk DIA sebagai tanda syukur pada DIA ?


[beribadah yok-gigi.]

=====

ooo balik sekolaah. tak sabar nak kembali busy dengan sekolah. ngaa.
bye blog.
"sahaja aku berpuasa dari tulis blog sehingga tiba waktu senggang kerana Allah Ta'ala."
[credit; kakIman :D]
26 mac 2011.
scary. dupdap.

"Allahumma, bersihkan hatiku dari sifat munafiq, pekerjaanku dari sifat riyaa', lidahku dari berbohong, pandanganku dari khianat, kerana Engkau Maha Mengetahui apa yang disembunyikan oleh mata dan diarahsiakan oleh hati."

0035/20032011,
from HIM that I came,
to HIM that will I be returned,
chickenrice.



0 ale.ale.ale.ale: