Saturday, March 26, 2011

tanding.

dengan nama ALLAH,
huraikan simpulan hati, akal, fikiran dan lidahku.

1..2..3.. alhamdulillah.

itu dia, seiring melangkah menuju kegemilangan. [ada macam moto batch11 tak ? :D]

"yang bulat datang bergolek, yang pipih datang melayang."
[rezeki datang dari banyak keadaan.]

mungkin tadi rezeki mereka. rezeki aku+team belum lagi. DIA tangguhkan mungkin. atau mungkin, rezeki kat tempat lain.

kena tasmi' hafazan tu macam ni.depan orang.benda paling scary yang aku takut dalam hidup,keadaan macam ni.lalala.

seminggu yang aku rasa macam tak cukup oksigen untuk bernafas. tak cukup tanah nak berjalan. tak cukup masa seharian. fuh. scary. alhamdulillah bertamatlah penantian seminggu ni tadi kat SMK Tasek Utara. walaupun tak lah dapat keputusan yang bangga mana, yang penting dah cuba yang terbaik.

kelegaan lepas semua pertandingan habis.

4 pertandingan; tilawah, hafazan, syarahan+nasyid. 6 orang wakil dari kami. 2 tilawah. 2 syarahan. 1 hafazan (+1 reserve hafazan.). kesian betul yang 1 tu. tsk. tabah lah. daripada 6, cuma 1 (tilawah lelaki) yang berjaya bawa balik piala johan untuk sekolah tercinta. cewah. tahniah. yang lain bukan kalah, bukan tak menang, cuma belum menang kan. inshaAllah tahun depan boleh cuba lagi.
[jangan bersedih-kanda]

johan tilawah alQuran. dapat wakil daerah JB. go SSI go.


dari kiri; najihah, fatin, hidayah, nadzirah, ustazahJami'ah, ustazahHidayah, rusyaidi, ariffin.

dan yang pasti, pertandingan tilawah,hafazan,syarahan tadi bukan sajesaje nak cungkil bakat semata, yang bernilai penghayatan daripada pertandingan tadi. yang tilawah+hafazan, semoga akan lebih cinta pada alQuran lepasni. lepas menghayati isinya. lebih kuat pegangan pada ajarannya.

"aku tinggalkan kamu dengan 2 perkara, kamu tidak akan sesat selama kamu berpegang padanya, iaitu kalam Allah (alQuran) dan sunnah Nabi (hadis)."
[HR malik]

yang syarahan, semoga setiap apa yang disyarahkan, samasama parktikkan dalam hidup.jangan cuma lantang bicara,tapi perubahannya takde.[asSaff : 3]

note; sejujurnya aku memang sangat tak boleh terima wujudnya ruang untuk 'penasyid' perempuan dalam industri nasyid.haihh.

"Allahumma, bersihkan hatiku dari sifat munafiq, pekerjaanku dari sifat riyaa', lidahku dari berbohong, pandanganku dari khianat, kerana Engkau Maha Mengetahui apa yang disembunyikan oleh pandangan dan dirahsiakan oleh hati."

2211/26032011,
from HIM that I came,
to HIM that will I be returned,
chickenrice.


1 ale.ale.ale.ale:

Ika ィカ said...

Dah lama tak jumpa diorang.. Sy nj tahun lepas pelajar SSI jugak..3tahun sekolah kt situ.. tapi dah pindah..