Thursday, March 17, 2011

yamyam.

dengan nama Allah,

huraikan simpulan hati, akal, fikiran dan lidahku.


apa ke bendanya yamyam tu ? anthropophagus. ha apa tu ? pernah dengar tak ? OK lah atau dalam bahasa romanianya canibal. bahasa melayu kita sebut kanibal. tak percaya ? cuba lah google translate. :) definisinya pula manusia yang makan daging manusia yang lain. haa. faham kan. kenapa dengan cannibal ?

kaum kanibal dikesan wujud pada sekitar abad ke-19 [wiki.] tapi. 1400 tahun lalu, Allah dah sebut pasal kaum ni dalam alQuraan.

"dan jangan lah kamu mengumpat sesama kamu, adakah seseorang dikalangan kamu suka memakan daging saudaranya ? pasti kamu membencinya."
[alHujurat : 12]

dan golongan cannibal yang Allah maksudkan ni adalah jengjengjeng orang yang mengumpat. waa. senang je rupanya nak jadi cannibal zaman moden ni eh.

tapi mengumpat tu apa ?
membuka aib/mengatakan sesuatu yang dibenci saudaranya. memperkatakan sesuatu keburukan saudara yang betul pada orang lain dikira mengumpat, kalau perkara tu tak betul pula dikira pembohongan besar tau. [HR muslim]

"alaa mengumpat je pun. bukan makan daging betulbetul pun. apa lah kecoh sangat."

kalau setakat kononkonon makan daging saudara sendiri mungkin lah kita tak rasa apa, ye lah takdenya pun kita telan dagingdaging tu kan. metafora je ? tapi yang bestnya, bila mengumpat, Rasulullah kata, hilang segala amalan kebaikan manusia macam hapusnya kayu dijilat api. (imagine.) Rasulullah tambah lagi, bila akhirat nanti akan ada orang yang terkejut bila check buku amalan dia SIFAR = KOSONG = LOMPONG = 0. dan orangorang ni lah si pengumpat tegar. [hadith]

masih nak mengumpat ? memang susah kadangkadang nak elak. mulut kita takde touch N go kalau nak terkeluar percakapannya. semua main smart tag. dan setiap perkataan yang nak dikeluarkan tu sebenarnya perlu ada censor. hati. akal. iman. 3 censors utama sebelum berkatakata.

pastikan setiap apa yang nak diperkatakan, berlandaskan hati, akal dan iman. inshaAllah dapat terpelihara segalanya.

khas untuk kaum kami,
"wanita sangat senang nak masuk Syurga dengan taat pada suami, tapi sangat senang gak nak masuk Neraka kerana lidahnya."

samasama pelihara lidah, OK ?

====

OK cuti ni memang tak stress. tak stress. tak stress. yeah. optimis yang menyakitkan jiwaraga lagi baik dari berputus asa. kan. :)

"Allahumma, bersihkan hatiku dari sifat munafiq, pekerjaanku dari sifat riyaa', lidahku dari berbohong, pandanganku dari khianat, kerana Engkau Maha Mengetahui apa yang disembunyikan oleh pandangan dah dirahsiakan oleh hati."

1300/17032011,
from HIM that I came,
to HIM that will I be returned,
chickenrice.

0 ale.ale.ale.ale: