Saturday, May 28, 2011

pancaindera.

dengan nama ALLAH,
huraikan simpulan hati, akal, fikiran dan lidahku.

[one-metallica.]

dah kenapa tibatiba masuk tajuk lagu METALlica ni kan.

'everything that happens around you got a lesson.'
[by; cknrc.]

dan lesson yang ada pada lagu ni agak mendalam aku rasa. OK lah jujur aku tak pernah dengar pun. takut. haha. tengok lirik je dan sedikitsebanyak perkongsian dari dia pasal the story behind this song.

dalam lagu ni cerita kesan peperangan. dan orang yang hadapi seksaan ni namanya Johnny. dia hilang segala pancaindera. tangan, kaki, mata, mulut, telinga semua dia hilang dalam satu perang ni. dia berkomunikasi cuma gunakan kepala dan morse code. masyaAllah, aku tak dapat bayangkan. dan disebabkan keseksaan yang amat sangat, diceritakan dalam lagu, dia minta God tarik nyawa dia, sebab tak tahan sangat dengan seksa ni.
[rujuk Johnny Got His Guns untuk lanjut.]

dahsyat kan, kisah benar ni. betapa seksanya bila nikmat pancaindera Allah tarik. takde apa yang boleh kita buat. kaku. macam mayat hidup. serius bila aku baca, rasa macam na'uzubillahi min dzalik. aku rasa tak mampu nak hadapi kalau semua tu berlaku.

maka, muhasabah balik, kita gunakan pancaindera kita selama ni untuk apa. berlandaskan syariat DIA, atau mengundang murka DIA?

”hai manusia, apakah yang memperdayakan kamu (berbuat derhaka) terhadap Tuhanmu Yang Maha Pemurah yang telah menciptakan kamu lalu menyempurnakan kejadianmu dan menjadikan (susunan tubuhmu) seimbang, dalam bentuk apa saja yang DIA kehendaki, DIA menyusun tubuhmu.”
[AlInfithar : 6-8]

"nikmat yang ada takkan terasa, selagi ianya tak lenyap daripada depan mata."
[fend/CJ.]

[credit; contengan jalanan/hlovate.]

"Allahumma, bersihkan hatiku dari sifat munafiq, pekerjaanku dari sifat riyaa', lidahku dari berbohong, pandanganku dari khianat, kerana Engkau Maha Mengetahui apa yang disembunyikan oleh pandangan dah dirahsiakan oleh hati."

1317/30052010,
from HIM that I came,
to HIM that will I be returned,
chickenrice.

0 ale.ale.ale.ale: