Friday, June 24, 2011

pray.

dengan nama Allah,
huraikan simpulan hati, akal, fikiran dan lidahku.

tengok gambar ni teringat Lekiu Lukman bagi badge ni kat Ju'a seh. xD
[Schubert's Serenade/Hlovate.]

kelas PI.
[puanMasniah.]

"siapa yang ada subjek dapat markah 60 ke bawah angkat tangan."

(semua angkat =.=')

"jadi semua mesti bawa parents datang untuk Hari Terbuka." (sama macam Jalinan Mesra lah~)

OK bila dah sampai Hari Terbuka maknanya result mid year dah keluar lah kan. lalala.

=====

teringat ustazahJami'ah cakap dalam kelas tadi.

"kenapa selalu kalau top je mesti non-muslim ? mana pergi hebat pelajar muslim ? kalau diorang boleh usaha gilagila sebab nak berjaya kenapa kita tak boleh ? padahal kita ada DOA. DOA minta DIA terangkan hati. DOA minta DIA bagi kekuatan untuk kita study. DOA minta DIA mudahkan kita jawab exam. diorang takde DOA. tapi kenapa diorang boleh lagi berjaya ? mana salahnya ? "

nampak tu. berapa minit entah kena tanya bertubitubi soalan macam tu. bukan sekali. rewindrewind punya soalan. nak jawab dalam hati je pun semput hati, tahu. tapi bila fikir balik betul gak. memang susah je rasa nak tengok budakbudak muslim ni top. kalau ada pun, ada lah 3-4 kerat. mana agaknya silap eh ?

kalau tengok balik, diorang usaha. kita usaha. OK ye mungkin (atau memang) selalu usaha diorang lebih dan maha dahsyat. usaha kita ala kadar je kan~ cuba samasama bayangkan..

kita usaha gilagila macam diorang. lepastu plus pula dengan DOA yang tak henti lah kan. all.the.time. (imagine dulu.) OK. sambung pula time exam tu, plus tawakkal habis. serah habishabis pada DIA bila dah study+DOA segala. kau nampak tak, satu equation yang pada aku kalau pelajar muslim tu mampu, memang result dia boleh jadi WOW. boleh drop jaw gak lah kalau tengok.

aa. nak kata kita tak boleh usaha macam diorang, boleh je (kot.haha.). yang lebihnya kita ada DOA. ada tawakkal. ada kebergantungan yang SATU pada DIA. diorang takde bendabenda tu. tapi diorang strive ! macam yang ustazah kata,
"sebenarnya kejayaan tu lebih berhak untuk kita, sebab kita ada DIA. kita sedar DIA ada. cuma tak DOA."

=====

yeah. setiap ilmu yang ada kat dunia ni semua milik DIA. cakap lah apaapa jenis ilmu pun. semuanya dari DIA. jadi, untuk dapat ilmu tu, kena lah minta kat DIA kan ? kena lah doa banyakbanyak kan ? OK ye usaha pun kena seiring. nak minta DIA ilmu bukan sukasuka je macam tu. agakagak kalau perintah DIA kita tinggal, larangan DIA kita buat, DIA nak bagi tak ? perumpamaannya macam... aha !

kau suka epal. tapi kau dah lamaa tak jumpa epal. bila tak jumpa, tak dapat lah makan. logik lah kan. aish. satu hari, kawan kau bawa epal pergi sekolah. bukan kawan sangat lah sebenarnya. lebih kepada 'kawan buli sehidupsemati.' kau nampak. dan rasa macam. heaven ! masalahnya, kau selalu cari pasal dengan dia. ada je bahan kau nak buli dia. memang boleh dikatakan, dia mangsa buli kau dulukini dan selamanya lah. agakagak kalau kau minta, SENANG tak dia nak bagi ? ke dia akan macam,
"ek ena dia ni, buat jahat kat aku nombor satu, lepastu minta makanan aku macam muka tak malu."
kankankan ?

macam tu gak lah kita nak minta pada DIA. kena ada adabnya. kalau memanjang je buat apa yang DIA larang, macam mana DIA nak makbulkan doa dengan cepatnya. adil lah. rasa malu pada DIA tu penting. nak DIA makbulkan doa, buat apa yang DIA suruh, tinggal apa yang DIA larang. baru fair and lovely. kan ? ^^,

=====

kita boleh. seboleh mana diorang. gogogo !

"kalau nak berjaya, kena selalu think out of the box. jangan pegang expression Sky is The Limit. tapi kena jadikan Buzz Lightyear dalam Toys Story tu contoh. To The Infinity and Beyond. tu baru limit yang sepatutnya kita pegang."
[adaptasi from; Pa'an/CJ.]

"and the man can have nothing but what he strives for."
[anNajm : 39]

=====

on mode : sukan.

ohh ye. yang depan tu baju sukan SSI. yang belakang tu SMIH. SAA. kenangan terindah lah seh. Temenggung [vs] Salahuddin Al-Ayubi. :')

bersukan untuk sihat. sihat tu dari DIA. kalau bersukan tapi langgar hukum DIA, macam mana nak sihat ? :)

"Allahumma, bersihkan hatiku dari sifat munafiq, pekerjaanku dari sifat riyaa', lidahku dari berbohong, pandanganku dari khianat, kerana Engkau Maha Mengetahui apa yang disembunyikan oleh pandangan dan dirahsiakan oleh hati."

2346/24062011,
from HIM that I came,
to HIM that will I be returned,
chickenrice.

0 ale.ale.ale.ale: