Friday, August 12, 2011

3R :)

dengan nama ALLAH,
huraikan simpulan hati, akal, fikiran dan lidahku.



OK. seperti yang dijanjikan. post ni khas untuk dia, yang tak berkesempatan join berfasi Remaja Raikan Ramadhan | 6-7 ogos @ SMKA JB hari tu. nah. xD

5 ogos lepas terawikh berkumpul kat rumah kakHasnor+kakIzza dengan balqis, anisah+jihan. berempat tidur. pehh nikmat.



6 ogos 2011.
lepas sahur, 2 orang tergolek, 2 orang tilawah. *tak perlu disebut nama mereka. haha. semua malas nak bangun. ergh. OK pukul 6. dahdah, siap. pergi dengan kakIzza. yaa itu dia, terlajaklajak. target sampai SMKA pukul 8 15. tersampai 8 45. maaf semua yang dah menunggu kat sana. our bad.

taklimat ringkas dari kakYong * :D +kakHasnor. ambil tempat. perkenalkan fasi blablabla.

SLOT 1
ice breaking.
ta'aruf + koyakkoyak kertas (uji kefahaman arahan.)

SLOT 2
explorace !

CP1- Buta.
adikadik kena tutup mata dengan kain.
task 1; beratur ikut ketinggian dengan mata tertutup !
task 2; beratur ikut tarikh lahir, mata masih tertutup !
ibrah of the game; bersyukur dengan nikmat mata yang DIA pinjamkan. gunakan mata sebaiknya. :)


CP2- Jigsaw.
adikadik kena cantumkan puzzle. tema gambar puzzle berkaitan Ramadhan kot. tak pasti. lepastu adikadik kena explain apa yang dia dapat dari gambar tu.

CP3- Tisu
setiap kumpulan buat bulatan, lepastu pegang tisu untuk sambung bulatan tu. dah jadi bulatan, kena jalan 5transit.
ibrah of the game; ukhuwah + kerjasama memang penting !


CP 4- Kiblatku
ini CP kami; hidayah, balqis+jihan :D CP ni kena buat kat padang. pehh sedap. task yang budakbudak ni kena;
1. soalan; boleh tak solat kat tanah ni ?
2. apa beza najis + kotor.
3. sujud syukur kat sini sekarang.
*hehe main psychology dengan budakbudak kat sini. ada yang nangis yeah itu yang kita mahuuu. haha. nangis terharu sebab tak pernah solat@sujud kat tanah. alhamdulillah. ^^,

tengah psycho budakbudak. haha. semua melilau mata tengok tanah tu, bersih tak bersih. ^^


CP5 - Badar.
adikadik kena naik tingkat empat. puasa kak puasa, penat tau. hu. itu yang kita nak.
ibrah of the checkpoint; mengenang peristiwa perang Badar yang berlaku pada 17 Ramadhan. perang pertama umat Islam.

sesi tidur menunggu zuhur. semua syuhada'. yey.

SLOT 3
bedah alQuran.
task 1; fasi sebutkan potongan ayat, adikadik kena cari ayat tu dalam alQuran. rujukan; juzu' 1 DAN 30.
task 2; fasi (lagi.) bagi satu topik/kisah yang Allah sebut dalam alQuran, adikadik teka surah+ayat berapa.


slot ni paling lah aku kagum dengan adikadik SMKA ni. lincah je diorang selesaikan task. paling tak tahan bila dengar je ayat yang aku baca, terus cakap, "surah alBaqarah ayat sekiansekian." BETUL !

[nabilah][hdyh]
"kak hidayah hafizhoh ?"
"..(smile.geleng.) akak tak sehebat tu. sikit je juz' baru akak hafal."

pertanyaan dia bukan mengguris, tapi sangat berbekas kot dalam hati. yela, baru aku perasan, tahun ni, dah jarang muraja'ah kot. astaghfirullah. thanks adik :')

pesanan ikhlas untuk adikadik akak;
"perjalanan adikadik masih jauh. adikadik baru form1. adikadik inshaAllah masih terpelihara dari segala benda. akak doakan adikadik terus thabat eh. terus istiqamah dengan alQuran. terus menghebat dengan alQuran dan terus bercinta dengan alQuran."
[salam sayang dari kakHidayah ^^,]

*haa aku bagi pesanan kat sini sebab diorang dah jumpa blog aku yeah ! semoga sampai lah pesanan tu pada diorang, biiznillah :)

habis SLOT 3, bercerita dengan diorang. kisahkisah kritikal di SMKA JB. uu. filtered, sorry [^^,]v

lepas asar semua khidmat diri.
fasi masuk dorm tetamu (Masyitah.)
lepaklepak kat lantai tengahtengah dorm dengan anisah, balqis, jihan, najwa, basyirah, kakHasnor, kakYong, kakAdib, kakIdayati + kakIzza. memang terbaik lahh. terserlah keanakanakan fasi form4. haha.

iftar ma'an. :)

*Allahumma laka sumnaa..
dari kiri; abangMus'ab, kakKinah, kakYong + kakHasnor.

terawikh. muhasabah 1st day. tidur.

SLOT 4
QIAM.
bangun pukul 3.30, ready nak kejut semua pukul 4 untuk qiam. bangun. siapsiap, keluar dorm nak pergi surau. sekali.. terkunci ! erk. Aspuri dikunci. dan kitorang dalam aspuri, maka kitorang pun terkunci sama. duduk lah depan pagar tunggu warden bangun lambat. -.-
dan akhirnya yang qiam cuma fasi akhawat. haha. adikadik lelaki memang tidur surau, jadi semua berqiam dengan fasi ikhwah. takpe lah, adikadik kecil lagi kan, tak terbangun untuk qiam, standard lah tu ~ :D

waktu kuliah subuh. kuliah subuh = tidur. haha.

SLOT 5
kantong bocor !
yeahhh game best.
adikadik kena isi air dalam kertas lutsinar, jawab soalan, salah jawapan, fasi berhak cucuk plastik tu dengan paku. 3 pilihan saiz; besar, sederhana, kecil ikut tahap soalan. bila plastik dah bocor, maka adikadik semua dengan penuh ijtihadnya tutup lubang guna jari masingmasing. kalau diorang jawab betul, ada pilihan nak tambah air atau tampal lubang guna cellotape.

haa tutup lubang, tutup lubang.

habis. yang tak best time ending, adikadik kumpulan aku dengki, diorang simbah air kat fasi diorang ni. sobb. tapi lastlast kitorang baling plastik tu ke udara dan, semua kean sama rata. yey.

SLOT 6.
muhasabah kantong bocor.

plastik lutsinar = hati.
air dalam plastik = pahala.
lubang paku = dosa.
tambah air/cellotape = taubat.

ibrah of the game; kalau lah setiap manusia akan berusaha untuk bertaubat setiap kali buat kesilapan, mesti hati dia akan terpelihara. ibarat kalau lubang tu ditampal dengan cellotape, mesti tak bocor lagi kan. maka sempena Ramadhan ni, ambil peluang untuk tambah air (tambah pahala.) atau tutup lubang (taubat dosadosa.)

*aku suka game ni. indah ibrah dia. kan ? ~ ^^,

penutup.

fasifasi kepenatan masa penutup.

terima kasih adik ^^,

balqis + adikadik.

hidayah + adikadik.

anisah + adikadik.

najwa + adikadik.

jihan + adikadik.

fasi ikhwah + adikadik lelaki.

fasi akhawat + adikadik.

barisan fasi. :)

=====

"gerimis menitis gugur membasahi Bumi, bagai menangisi sebuah cerita hati. andai kau fahami, semua hikayat pendeta, seribu tahun kau pasti bisa setia, ke alam Syurga."
[cerita hati - hafiz hamidun.]

"Allahumma, bersihkan hatiku dari sifat munafiq, pekerjaanku dari sifat riyaa', lidahku dari berbohong, pandanganku dari khianat, kerana Engkau Maha Mengetahui apa yang disembunyikan oleh pandangan dah dirahsiakan oleh hati."

0127/13Ramadhan1432H,
from HIM that I came,
to HIM that will I be returned,
chickenrice.

0 ale.ale.ale.ale: