Friday, August 19, 2011

amanah.

dengan nama ALLAH,

huraikan simpulan hati, akal, fikiran dan lidahku.


"sesungguhnya AKU ingin menjadikan seorang khalifah di muka Bumi."
[alBaqarah : 30]

itu tugas manusia. amanah dari DIA.

permulaan hidup manusia memang berjanji untuk laksanakan amanah DIA, khalifah yang sejahterakan alam. tapi tak ramai berpegang pada janji tu. yang lemah, melari jauh dari amanah. yang penakut, menyorok sembunyi. diorang lupa, walau jauh mana sekali berlarisembunyi, kat SANA nanti tetap DIA tuntut segala amanah dan janji. kadangkadang bukan kita sengaja membutakan mata pada amanah dari DIA, cumanya kita lupa.tapi sampai bila nak beralasankan lupa ? sampai Izrael datang menjemput pergi ? sampai neraka betulbetul bawah kaki ? na'uzubillah.

semoga sentiasa beringat bersama. yang lupa kita ingatkan, yang ingat kita laksanakan ! OK ? :)

"kalau tak mampu laksanakan amanah agama, jangan sibuk cari amanah dalam cinta manusia." [adaptasi daripada GenQ isu 2.]

=====

tak tipu, amanah yang satu ni aku rasa berat tak terbendung lagi. tapi DIA dah janji, kalau bukan sebaba aku mampu, dia tak uji dengan amanah ni [alBaqarah : 286]. OK berusaha mengoptimiskan diri. *Allah, please ease me. :')

=====

ulama kata manusia memang sentiasa sibuk. rehatnya hamba cuma saat terlangkahnya kaki ke Syurga. cuma itu rehat untuk kita. maka, aku bersyukur dengan nikmat kesibukan yang DIA bagi. dan aku harap sibuknya aku kat dunia ni akan jadi mahar untuk aku berehat kat SANA nanti. ameen.

ada awalnya berjanji nak pergi program samasama dengan dia. kami merancang, DIA menilai perancangan, dan memperbaik rancangan tu. maka, program ikramKIDS [vs] MARBI; duadua dilepaskan. dia ke Daurah, aku tetap di rumah. inshaAllah ni yang terbaik DIA aturkan unuk aku dan dia. yeah smilee.

"Allahumma, bersihkan hatiku dari sifat munafiq, pekerjaanku dari sifat riyaa', lidahku dari berbohong, pandanganku dari khianat, kerana Engkau Maha Mengetahui apa yang disembunyikan oleh pandangan dan dirahsiakan oleh hati."

2309/19Ramadhan1432H,
from HIM that I came,
to HIM that will I be returned,
chickenrice.

0 ale.ale.ale.ale: