Monday, August 1, 2011

eid mubaarak.

dengan nama ALLAH,
huraikan simpulan hati, akal, fikiran dan lidahku.

credit; facebook - Abdullah Mujahid Hasanuddin.

" Barangsiapa yang berpuasa dalam bulan Ramadhan kerana keimanan dan mengharapkan keredhaan Allah, akan diampuni dosa-dosanya yang terdahulu"
[HR Ahmad dan Ashabussunan.]

Ramadhan datang cuma sekali setahun. kalau birthday, manusia sambut dengan riangria berparty sepanjang hari dan menyanyimenari, alasannya, "birthday aku ni setahun sekali je weh. takkan nak sambut hambar je. belum tentu aku sempat sambut birthday tahun depan, so kita enjoy !"

kalau lah setiap orang boleh hayati Pesta Ramadhan sebagaimana birthday party, mesti indah kan. pestanya takde cake, lilin, belon dan nyanyiantarian. pesta yang sepi, aman, tenang dan harmoni. cuma dihiasi dengan;
Tahajjud cinta sebelum sahur (yang ni lebih bermakna daripada duk sibuk tunggu depan TV3 setiap ahad nak tengok cerita Tahajjud Cinta yang pelikpelik tu.). tilawah sementara tunggu Subuh. sambung ke tilawah sepanjang petang. berbuka dengan Bismillah. tarawikh lepas Isya'. qiam malam sementara tunggu sahur. *indah kan, indah kan.
aktivitinya tak memerlukan tenaga dan otot yang melampau. cukup sekadar kau sediakan iman dan istiqamah yang maha hebat.

anggap Ramadhan ni sebagai satu bulan Bonus yang DIA sediakan memang khas untuk merapat dengan DIA. setelah berjauhjauhan tanpa sedar sepanjang Muharam-Sya'aban. Ramadhan sebagai satu censor DIA nak kita tingkatkan amalan yang dah lama ketinggalan, supaya hasilnya, kita gak yang dapat masuk SyurgaNya melalui pintu Rayyan [HR Bukhari+Muslim.]

DIA tak syariatnya sesuatu untuk kepentingan sendiri. tapi kepentingan kita. untuk kebaikan kita dunia akhirat. sweet kan ? :") *thanks for your LOVE, Allah.

selamat bersungkei. :)

=====

permulaan Ramadhan yang aku rasa tak seindah mana. *sigh* ini namanya ujian DIA kan. aku harap, aku mohon, DIA istimewakan harihari terakhir Ramadhan untuk aku. dan kau.

aku tak tahu mana datangnya cinta yang tersangat ni untuk mereka. datang secara tibatiba. maka betul lah, Ramadhan tu memang bulan cinta. :) *paraccho (^^,)v

setiap kali Ramadhan aku memang tak sabar nak tunggu 17 Ramadhan. sebab boleh iftar ramairamai dengan One Happy Family Kami.hidayah.yeaa.

note; 17 Ramadhan bersamaan peristiwa Perang Badar. setiap tahun, Sekolah Islam Hidayah akan adakan sambutan Malam Badar pada tarikh tersebut .ceramah, iftar+tarawikh beramairamai. terindah~

"Allahumma, bersihkan hatiku dari sifat munafiq, pekerjaanku dari sifat riyaa', lidahku dari berbohong, pandanganku dari khianat, kerana Engkau Maha Mengetahui apa yang disembunyikan oleh pandangan dan dirahsiakan oleh hati."


1821/1Ramadhan1432H,
from HIM that I came,
to HIM that will I be returned,
chickenrice.

0 ale.ale.ale.ale: