Sunday, August 21, 2011

ghazwah.

dengan nama ALLAH,

huraikan simpulan hati, akal, fikiran dan lidahku.


"wahai orangorang beriman, telah diwajibkan ke atas kamu berpuasa, seperti mana orangorang sebelum kamu, agar kamu bertaqwa."
[alBaqarah : 183]

memang penat puasa. yela, lebih kurang 14jam tak makan tak minum. mana nak dapat tenaga beb~ macam yang Vishnu cakap, "glucose kurang lah cikgu." haha.

tapi, tu kita yang takde lah susah mana pun hidup kat Malaysia ni. pergi sekolah, belajarbelajar, balik. cuba bayangkan Muslims kat Somalia ke Libya ke PALESTIN ke. tak ke lagi dugaan dan ujian diorang berpuasa ? belum kira yang tinggal kat Kutub Selatan/Utara yang siang sepanjang hari tu, macam mana nak buka ? hehe.

dan yang paling kena ingat tahap tak boleh lupa, zaman Rasulullah dulu, baginda+sahibah berperang kot time Ramadhan. 17 Ramadhan 2 Hijrah, Ghazwah Badar di Jabal Badar. 1000 tentera Musyriqin [vs] 313 tentera Muslimin. siapa menang ? yeah tentera Muslimin lah pastinya. dengar macam tak percaya kan, 313 - 1000, 313 menang, dalam keadaan tak makan tak minum. macam wow. mana kekuataan diorang dapat selain bantuan daripada 3000 para Malaikat ?

"sungguh Allah telah menolong kamu dalam Peperangan Badar, padahal kamu adalah (ketika itu) orangorang yang lemah. kerana itu bertawakal lah kepada Allah, supaya kamu mensyukuriNYA. (ingatlah), ketika kamu mengatakan kepada orang Mukmin, "apakah tidak cukup bagi kamu Allah membantu kamu dengan tiga ribu Malaikat yang diturunkan (dari langit) ? " "ya (cukup), jika kamu bersabar dan bertakwa an mereka datang menyerang kamu dengan seketika itu juga, nescaya Allah menolong kamu dengan lima ribu Malaikat yang memakai tanda."
[ali Imran : 123 - 125]

ini dia, malam sebelum peperangan, Rasulullah berpesan 1 perkara. bangun qiamullail sepanjang malam, kerana pada qiamullail adanya kekuatan. diorang tak tidur pula malam tu ? pehh. amazing kan ? tapi sebab qiam tu menuju Allah, kekuatan tu dari Allah, maka untuk dapat kekuatan, cari lah Allah. kan ?

maka, berpuasa kita kerana DIA, secara kajian islamiyahnya, kita lebih bertenaga bila berpuasa sebab tenaga tu DIA yang bagi. tak boleh bagi alasan penat berpuasa untuk tak bekerja atau tak beribadah segala. Muslim kena cergas. ^^

=====

20Ramadhan1432H; sambutan Malam Badar @ SMIH yang menakjubkan kot. tercapai lah harapan warga SIH nak tengok perhimpunan alumni beramairamai kat Malam Badar, ye lah, diorang semua tengah cuti, mana tak sesak SRIH tu dengan alumni.

dapat mini reunion dengan banat batch14 pun kira awesome lah. buka ramairamai dalam dulang lahaai sweeetnya, rindu semua. janji tak tipu. cuma terkilan tak sempurna cloud 12, 1 takde, kena tahan kat MRSM Muar sana tu. thehehe. takpe, dirimu dikenang.

ni sebahagian daipada yang ada semalam. yang lain tibatiba lesap. doii.

=====


"takpe Bow, at least nt tahu dia hidup lagi."
[by; najat.]
ayat memujuk tak membangun betul. hu. takpe, aku redha aku redha. bila tiba masanya nanti, ada lah tu rezeki kan. :)


[bersua denganmu - nur one.]

ayook, dah keluar dah lagu ni. xD

"Allahumma, bersihkan hatiku dari sifat munafiq, pekerjaanku dari sifat riyaa', lidahku dari berbohong, pandanganku dari khianat, kerana Engkau Maha Mengetahui apa yang disembunyikan oleh pandangan dan dirahsiakan oleh hati."

1330/21Ramadhan1432H,
la
ilatul qadr is better than a thounsad months,
[alQadr : 3],
chickenrice.

0 ale.ale.ale.ale: