Friday, August 26, 2011

infaq.

dengan nama ALLAH,
huraikan simpulan hati, akal, fikiran dan lidahku.

we LOVE infaq. :)

"setiap apa yang kita ada tu bukan hak kita, hak kita yang sebenarnya ialah apa yang kita beri pada orang lain."
[ustazAjmainSafar.]

1 kau sedekah, 10 kau dapat. orang kata, "what you give, you get back !" jadi tak salah kalau kau nak hulurkan pada yang memerlukan. mungkin hari ni, dia yang kekurangan, kau tambahkan, mana tahu esokesok, kau pula kekurangan, dia akan tambahkan pula. kan ?

tapi jangan memberi dengan harapan dia akan beri atau balas balik. biar kau sedekah tu niatnya untuk ringankan beban dia, untuk beratkan timbangan pahala kau. dia untung, kau pun untung.

lagilagi kalau kau bersedekah dalam bulan Ramadhan ni *ohh ye Ramadhan masih belum habis ye, jangan lupakan malamQadar dalam kesibukan menyerbu Kamdar. ^^. pahala sedekah kau akan dilipatgandatambahdarabsquarecubekan. *haha. OK aku memang suka hiperbola xD

“perumpamaan (nafkah yang dikeluarkan oleh) orangorang yang menafkahkan hartanya di jalan Allah adalah serupa dengan sebutir benih yang menumbuhkan tujuh bulir, pada tiaptiap bulir seratus biji. Allah melipatgandakan (ganjaran) bagi siapa yang DIA kehendaki. dan Allah Maha Luas (kurniaNYA) lagi Maha Mengetahui”.
[alBaqarah 261]

haa ayat hiperbola aku tadi nak bagi gambaran macam apa yang DIA sebutkan ni lah. tapi ayat aku tak power macam DIA. ayat dia super powerpowererpowerest. jadi kalau korang tak faham ayat aku tadi, aku tahu korang mesti boleh faham ayat DIA kan ? :) Rasulullah kata kalau orang tu bersedekah, DIA lipatgandakan 700 kali. peh. tak ke heaven tu.

tu belum kira kalau kau sedekah atau belanjakan harta pada jalan DIA. paling cikai pun kau sedekahkan kat masjidmasjid biar pihak masjid boleh gunakan duit tu untuk sebarang pembaikan masjid tu sendiri. dan bila pembaikan masjid tu dilakukan, semua orang merasai pembaikan tu, maka pahala kau akan berterusan selagi mana masjid tu digunakan walaupun kau dah meninggal dunia.[hadith.]

jadi jom, panjangkan tangan untuk menginfaq.
ohh ye, menurut kata Rasulullah, orang yang baginda gelarkan panjang tangan ialah orang yang rajin bersedekah.
tapi kalau ikut simpulan bahasa kita, panjang tangan tu suka mencuri kan ?
jadi pilih, nak jadi panjang tangan yang mana.
jangan salah pilih tau. nanti tangan kena potong. *hukum hudud :D

=====

untuk menyumbang dan bersedekah, boleh hulurkan pada [tabung Palestin Aqsa Syarif.] semoga apa yang disumbangkan tu nanti, jadi hujah untuk ke SyurgaNYA. inshaAllah. ^^



[sedekah - opick]

=====

setiap hari buka page sama. setiap jam check page sama. tetap takde khabar berita dari dia. apakah. jangan lah misteri sangat, boleh ? terimakasih. *jangan seksa jiwaraga aku T_T

aku percaya pada janji DIA sebab DIA yang pegang hatihati kita.
everything happens for a reason kan. ^^

=====



sunshine, thanks for being the only person who never gets tired of listening to my spills over and over again. :')

"Allahumma, bersihkan hatiku dari sifat munafiq, pekerjaanku dari sifat riyaa', lidahku dari berbohong, pandanganku dari khianat, kerana Engkau Maha Mengetahui apa yang disembunyikan oleh pandangan dan dirahsiakan oleh hati."

0058/27Ramadhan1432H,
lailatul qadr is better than a thousand months,
[alQadr : 3],
chickenrice.

0 ale.ale.ale.ale: