Monday, August 29, 2011

kembali fitrah.

dengan nama ALLAH,

huraikan simpulan hati, akal, fikiran dan lidahku.


Ramadhan hanya sehari lagi bersisa. maka Eidulfitri makin hampir

dari anas; "ketika Rasulullah SAW berhijrah ke Madinah, ada dua hari raya yang disambut meriah oleh penduduknya. maka Baginda bersabda yang bermaksud; "sesungguhnya Allah menggantikan untuk kamu dua hari yang lebih baik daripada itu iaitu Aidiladha dan Aidilfitri."
[HR Abu Daud dan AnNasa'i.]

OK serious sangat rimas tengok iklaniklan kat TV, Konsert Aidilfitri blablabla. selalu macam tu kan. bila Ramadhan, rancangannya Jejak Rasul, Kisah Para Anbiya', Animals In alQuran etcetc, tapi bila raya, rancangannya banyak yang leka dan siasia. kenapakenapakenapa. tu belum kira yang bila nak raya, semua negeri dia round nak shopping, langsir baru, seluar baru, baju baru, kasut baru, kereta baru, pheww. sangat. membazir. sekian.

"janganlah kamu membazir. sesungguhnya orangorang yang membazir adalah saudarasaudara syaitan dan syaitan itu kufur terhadap Tuhannya."
[alIsraa' : 26-27.]

sedangkan Aidilfitri tu membawa maksud kembali pada fitrah. Eid = kembali, Fitri = fitrah. itu translation dari Arabicnya. tapi aku taknampak fitrah manusia yang dikembalikan bila tiba Eidulfitri ni.

"Aidilfitri sekarang dah lari konsep. Aidilfitri tu kan sempena kemenangan umat Islam, tapi sambutannya bertentangan dengan syariah Islam dan pelikpelik."
[by; taufiq.]

yap, Eidulfitri salah satu hari untuk raikan kemenangan para Mukmin yang berjaya tahan diri dari pelbagai perkara sepanjang Ramadhan. itu lah yang asalnya. tapi aku rasa sekarang, Eidulfitri kita, meraikan kekalahan manusia. kalah pada syaitan yang bersoraksorai setiap kali konsertkonsert picisan diadakan. yang menangnya syaitan. yang kalahnya manusia. itu Eidulfitri sekarang.

sambutan Eidulfitri sebenarnya setakat sampai habis solat sunat raya. itu je Eidulfitri yang sebenar. tapi tak salah kalau nak saling menziarah pada harihari berikutnya. mendekatkan yang jauh, merapatkan yang dekat.

"takutilah Allah SWT yang kami memohon kepadaNYA dan hubungkanlah silaturrahim."
[anNisa' : 1]

cuma, yang salahnya bila anakanak remaja kebanyakkannya saling menziarah, tapi ziarah rumah boyfriend, girlfriend blablablaaa. konvoi raya yang tak terjaga batasnya. konvoi raya yang bebas pergaulannya. na'uzubillah.

ingat, pahala Ramadhan terhapus kerana dosa Eidulfitri. semoga kita tak termasuk dikalangan yang terhapus pahala Ramadhannya. inshaAllah. ^^

apa pun, happy Eidulfitri. selamat kembali kepada fitrah. semoga Eidulftri ni, hatihati kita masih terjaga, sepertimana menjaganya kita akan hati tu sepanjang Ramadhan.


[lebaran ini - raihan, nowseeheart, rem + ajai.]

"Allahumma, bersihkan hatiku dari sifat munafiq, pekerjaanku dari sifat riyaa', lidahku dari berbohong, pandanganku dari khianat, kerana Engkau Maha Mengetahui apa yang disembunyikan oleh pandangan dan dirahsiakan oleh hati."

0121/29Ramadhan1432H,
lailatul qadr is better than a thousand months,
[alQadr : 3],
chickenrice.

0 ale.ale.ale.ale: