Friday, October 21, 2011

laugh.

dengan nama ALLAH,
huraikan simpulan hati, akal, fikiran dan lidahku.

haha. tengok gambar ni terus aku tergelak. doii. laugh is contagious lah seh.

"aaaaaaaaaaaaa. hahahahahahahahah. (berdekak.)"

"WEEEEYYYYY KAAAUUU BLAABLAABLAA."

oh ye, jeritan kat atas bukan sebab stress dengan final exam atau apa pun, bukan sebab histeria dan sebagainya. tapi tu cuma contoh mulutmulut yang menyakitkan pendengaran aku hampir setiap hari. puhh sabar. astaghfirullahastaghfirullah.

perempuan menjerit. perempuan ketawa berdekak. perempuanperempuanperempuan. sungguh, perempuan itu fitnah pada dunia. eh bukan makna perempuan tu rendah darjatnya.

sabda Rasulullah SAW,

"tidaklah aku tinggalkan sesudahku suatu fitnah yang lebih membahayakan bagi lakilaki daripada fitnah wanita."
[HR Imam Bukhari.]

dalam hadith ni, yang dimaksudkan Rasulullah, wanita jadi fitnah bila mana wanita jadi alat yang merosakkan hatihati lelaki. yang menanam penyakitpenyakit hati lelaki. [credit; fatwafatwa kontemporari jilid 1 / dr. Yusuf alQardhawi.] dan yang pasti, dari suara wanita tu sendiri boleh
menyebabkan hatihati lelaki terkena virus nafsu. na'uzubillah.

".. maka jangan lah kamu tunduk dalam berbicara sehingga berkeinginan lah orang yang ada penyakit dalam hatinya dan ucapkan lah perkataan yang baik."
[alAhzab : 32.]


tunduk dalam berbicara membawa makna melunakkan suara sampai mengganggu kewarasan akal dan kesucian hati seorang lelaki. tapi tak bermakna kena bercakap macam komander nak bagi arahan kawad kat PLKN. bercakap kena sederhana kan. [luqman : 19]. tapi bukan sederhana yang mengadangada. cukup sekadar apa yang kita nak cakap jelas, terang dan mudah untuk orang faham.

kalau kau bercakap macam ni, memang free aku hantar masuk hutan.

berkaitan ketawa berdekak tu pula. aduhh sayang, ketawa sikitsikit dah lah kan ? bukan semua orang nak dengar ketawa kita. bukan semua orang nak tahu kita tengah dengar perkara yang lawak sampai kena ketawa kuatkuat biar semua dengar. perempuan tu indah. tapi ketawa kuatkuat tu cuma akan jatuhkan maruah.

jadi, lepasni, kalau rasa tak tahan sebab benda yang lawak sangatsangatsangat memang kena ketawa, tutup mulut, ketawa perlahanlahan. macam tu lagi sopan, kan ? :) kalau terror, telan ketawa tu. (weeh, rindu nak lawan telantelan ketawa dengan diorang. haha. boleh kembung jugak perut telan ketawa. cuba lah. :D )

"eh suara aku, suka hati lah aku nak ketawa kuatkuat ke apa ke. kalau taknak dengar, tutup telinga, blah."

:)

dulu, masa kelas semua banat (2 thiqah), ustazahSuhana selalu ingatkan,
"faillam tastahii, fasna' maa syi'ta."
"apabila seseorang takde perasaan malu, dia akan lakukan apa sahaja sesuka hatinya."

perempuan tu fitrahnya pemalu, so jangan lupakan fitrah tu ye. pacak kukuhkukuh simenkan biar macam konkrit malu tu dalam diri. lagi pun, suara tu DIA bagi. kalau gunakan suara untuk perkara yang DIA murka, DIA boleh ambil balik kan ? haa nanti langsung takde suara. ayook. semoga dijauhkan.
thehehe. *gelak sopan.*

bersama menjaga suara. kerana suara wanita tu berharga. :)

mungkin post ni lebih tertumpu khas untuk kaum kami, tapi masih boleh dijadikan pengajaran buat kaum kalian. inshaAllah. :)

=====

suara perempuan-hadith untuk 2 thiqah-ustazahSuhana-kelas banat-batch14.
sakitnya rindu.
Allah, dekatkan aku+mereka dengan kejauhan ni. sampaikan rindu aku pada mereka. suburkan cinta kami untukMU. letakkan kami dalam penjagaanMU, Allah.

entah. aku rindu hobbes. aku rindu CG. aku rindu kakAdengkung. aku rindu madi. rindu genggeng mengerek (baca : mengarut. haha.). kadangkadang dalam hidup kena ada secebis gurauan menghilangkan ketegangan kan ?

secebis tu hilang, aku rasa dunia aku macam aaah. haihh. tabah lah hati. sikit masa je lagi.

=====

I'll pray to GOD everyday, that you keep that smile. don't ever lose that smile, ey ? :))

"Allahumma, bersihkan hatiku dari sifat munafiq, pekerjaanku dari sifat riyaa', lidahku dari berbohong, pandanganku dari khianat, kerana Engkau Maha Mengetahui apa yang disembunyikan oleh pandangan dan dirahsiakan oleh hati."


2116/21102011,
from HIM that I came,
to HIM that will I be returned,
chickenrice.

0 ale.ale.ale.ale: