Sunday, November 27, 2011

cemburu.

dengan nama ALLAH,
huraikan simpulan hati, akal, fikiran dan lidahku.

budak kecil merajuk comel kan. hee. suka buat budak kecil merajuk. muahaha. (ketawa jahat.)

"sampai hati dia berbual dengan lelaki/perempuan lain, aku ni kan kekasih dia. tak salah kan aku cemburu ? aku cemburu. argh."

bila mana kau cemburu tengok kekasih kau berbaik dengan lelaki/perempuan lain. kadang tu, kekasih terlalu sayangkan kawankawan je pun dah rasa macam cemburu. rasa cinta+kasih sayang dia hanya layak untuk kau, kau sorang. sakit kan rasanya bila kau cintakan seseorang, tapi orang tu masih sayangkan orang lain, maksudnya cinta+kasih sayang dia tak sepenuhnya untuk kau. pedih. sangat. kan ?

dan bila kekasih kau pula yang cemburu, kau pujuk bagai nak rak. sayang sangat katanya. tak sanggup tengok kekasih hati intan payung bergerigi kau cemburu macam tu. haih cinta.

tapi satu benda kau kena ingat, kalau kau cemburu, Nabi Muhammad lebih cemburu. malah Allah sendiri lebih cemburu dari sekian manusia yang cemburu. Allah tu sangat pencemburu. [hadith.].

Allah cemburu bila kau curahkan cinta+kasih sayang kau lebih untuk manusia berbanding DIA. kau sayangkan manusia lebih. kau cintakan manusia lebih. kau abaikan cinta DIA. kau tak perdulikan kasih DIA. Allah sangatsangatsangat cemburu. tapi, ada kau peduli semua tu ? (...)

sebelum kau berikan cinta+kasih sayang kau untuk manusia, beri dulu pada DIA. sebelum kau cemburu dengan kekasih kau, tanya balik diri, apa hak kau untuk cemburu pada manusia yang belum halal untuk kau, bukan milik kau pun. sebelum kau pujuk kekasih kau yang cemburu, cuba ingat balik, pernah ke kau 'pujuk' DIA yang cemburu ? pujukrayumintaampun sebab buat DIA cemburu ?

=====

kalau curiousity kills a cat, jealousity kills a man ? eh suka hati. haha. yang pertama tu idiom, yang kedua tu hentam. lalala.

=====

Kullum 'Am Waantum Bikhair.
Salaam 1433H.
renew hati, renew iman, renew diri. kembali pada fitrah. kembali pada Allah.

azam ? aku tak berani untuk tanam azam baru berkajangkajang. sebab azam tu satu janji, satu ikrar, yang DIA akan tuntut kat SANA nanti. sedangkan azam waktu aku azali pun belum cukup tertunai, ni kan nak tambahdarabkan azam baru.

hanya satu mungkin, aku nak belajar untuk lepaskan segala yang bukan milik aku. lepaskan semuanya pergi. inshaAllah. kuatkan hati ni, Allah, kuatkan lah..

"Allahumma, bersihkan hati ini dari sifat munafiq, pekerjaanku dari sifat riyaa', lidahku dari berbohong, pandanganku dari khianat, kerana Engkau Maha Mengetahui apa yang disembunyikan oleh pandangan dan dirahsiakan oleh hati."

0119/27112011,
from HIM that I came,
to HIM that will I be returned,
chickenrice.



0 ale.ale.ale.ale: