Saturday, December 17, 2011

superBUDAK.

dengan nama ALLAH,
huraikan simpulan hati, akal, fikiran dan lidahku.


azan maghrib. Idraki+Iman ambil wudhu', nak solat.

Iman : kiblat kat mana ?
Idraki : alaa solat je, Allah ada kat manamana.
H : *senyum* mana boleh macam tu, solat kena hadap kiblat. macam ni kiblat. *bentangkan sejadah.

walaupun konsep Idraki terlari sikit dari landasan, ye lah, solat tak hadap kiblat pun takpe sebab Allah tu kan kat manamana, tapi ada point yang menyentapkan aku, "Allah ada kat manamana.".

realitinya nampak mudah, kita semua tahu, Allah ada kat manamana. setiap apa yang kita buat, Allah tahu. Allah nampak. setiap lintasan hati pun, Allah dengar. Subhanallah. hebatkan Allah ? tapi hakikatnya tak semua dapat perasaan Allah ada kat manamana tu.

dan sebenarnya kalau kita betulbetul percaya dengan Allah ada kat manamana tu, kita takkan semudahmudahnya nak buat dosa. kan ? bermakna tiap kali kita buat maksiat terhadap Allah, waktu tu iman kita tengah sangat rendah sampai merasakan Allah tak lihat apa yang kita buat. astaghfirullahastagjfirullahastaghfirullah.

semoga lepasni kita lebih prihatin + berhatihati. setiap apa yang kita buat+kita fikir, Allah tahu. maka perasaan malu untuk buat maksiat depan Allah tu perlu. baru lah terhasilnya manusia yang benarbenar Superhero !

=====

sebab kenapa aku suka berdamping dengan kanakkanak, diorang jujur. straight to the point. ikhlas. yeahh. sangat. memang tak mustahil untuk belajar sesuatu dari kanakkanak. kadangkadang dalam tak sedar, kita tengah ditarbiyah oleh kanakkanak. power kan ?! :'D

OK sangat rindu abangMus'ab. baru 2 tahun tapi sangat MasyaAllah. hebat. teruja nak tengok abang Mus'ab bin 'Umayr Sayfurrahman tu membesar jadi sehebat sahabat Nabi, Mus'ab bin 'Umair. inshaAllah. :)

gaya peace seorang mujahid muda in the making. :D

abangMus'ab : tepitepiiii. *sambil goyanggoyang tangan suruh acikacik dia ke tepi.
ummiMus'ab : eh abang.. minta lalu baikbaik..
abangMus'ab : tumpang lalu.. abang nak lalu.. *jalan tunduk, tangan kanan ke depan, tangan kiri ke belakang, gaya sopan orang Melayu tu. (melting.)

...

abang Mus'ab nak camera yang aku tengah pegang.

hidayah : OK abang kena minta baikbaik. macam mana nak minta baikbaik ?
balqis : cakap macam ni, "acikHidayah.."
abangMus'ab : acikHidayah..
balqis : "abang nak pinjam camera.. boleh ? please.."
abangMus'ab : abang nak pinjam camera boleh ?..
*semua takde respon. senyap je.
abangMus'ab : please..
hidayah : :D OK goodboy. nah.
abangMus'ab : terima kasih.. cepat senyum, abang ambil gambar.

and the rest is history.. comel sangat kan abangMus'ab. tu belum dengar lagi dia nyanyi lagu [ Al-Aqsa yang mulia - najahan], [lagu IKRAM], [binnabil huda - UNIC]. aaaah.
acikHidayah doakan abang jadi Hero dah besar nanti tau. :)

"Allahumma, bersihkan hatiku dari sifat munafiq, pekerjaanku dari sifat riyaa', lidahku dari berbohong, pandanganku dari khianat, kerana Engkau Maha Mengetahui apa yang disembunyikan oleh pandangan dan dirahsiakan oleh hati."

0049/18122011,
from HIM that I came,
to HIM that will I be returned,
chickenrice.

0 ale.ale.ale.ale: