Sunday, December 25, 2011

remember.

dengan nama ALLAH,
huraikan simpulan hati, akal, fikiran dan lidahku.

cuti ni, aku berjalan, merantau dan mengembara. macammacam orang jumpa, macammacam negara. cewah. ye, internet memang menghubungkan satu dunia. maka mudahlah aku melancong tanpa keluarkan banyak belanja. OK membebel. ._.

cool tak holiday aku macam ni ? berjalanjalanjalanjalanja..lan.. tak, holiday aku cuma di syurga je. kan rumahku syurgaku. hewhew. :3
Forever Alone. OTL

"dan tetap lah memberi peringatan, kerana sesungguhnya peringatan itu bermanfaat bagi orangorang beriman."
[azZariyat : 55]

peringatan. pernah disentuh. tapi harus lah disentuh lagi. ini namanya refreshment. ^^

berjalanjalan di jaringan sosial dengan dahi berkerut. ugh. apakah ini. terjumpa 'quote' dari seorang.. anonymous. err anonymous 'mungkin'.

"orang lain berubah sebab kesian tengok kau bersusah payah berdakwah. bukan sebab dakwah kau berkesan. heh."
[anonymous.]

tenung lama ayat tu. cukup mendalam. tapi rasanya ada sesuatu yang kurang kena pada ayatnya. kalau ikutkan, nak jugak aku jawab,

"kira tahniah lah kat orang tu ye, susahpayah dia berkesan jugak, orang lain nak jugak berubah. walaupun sebab 'kesian'. bermanfaat jugak pada orang lain susahpayah dia tu. ^^v"

tapi disebabkan aku rasa kalau dibalas, akan berisiko timbul peperangan teknologi memandangkan pandanganpandangan kami berkaitan hal lain sangat berbeza ! walaupun tak pernah berbincang tentang apaapa perkara bersama. picheww. maka, aku diamkan.

jadi kat sini, aku suka untuk kongsi ayat ni, suka sangatsangat, melampaulampau suka dia, macam aarghh effing like. *OK dah, cukup. huh. ayatnya,

"oleh sebab itu, beri lah peringatan kerana peringatan itu bermanfaat. orang yang takut kepada Allah akan mendapat pengajaran, orangorang yang celaka (kafir) akan menjauhinya."
['Alaa : 9-11]

haa nampak tak, peringatan tu, bermanfaat ! untuk orangorang beriman. jadi, bila ada orang yang bersusahpayah + bersemangatwaja bagi peringatan, ambil lah. kalau taknak ambil pengajaran pun, jangan perlekehkan. sebab, cuma orangorang celaka (kafir) je yang menjauhi peringatan. taknak jadi celaka kan ? JANGAN ! ^^v

bila diajak jadi baik, dia bersungguh untuk jadi baik, tu petanda, orang tu dapat petunjuk. wee. petunjuk takkan datang bergolek. kita kena cari+kejar. weeha jom ! :)

peringatan yang baik tu berkaitan cinta. cinta DIA. mari merasai kehangatan cinta DIA bersama ! ^^,

"Allahumma, bersihkan hatiku dari sifat munafiq, pekerjaanku dari sifat riyaa', lidahku dari berbohong, pandanganku dari khianat, kerana Engkau Maha Mengetahui apa yang disembunyikan oleh pandangan dah dirahsiakan oleh hati."

2348/25122011,
from HIM that I came,
to HIM that will I be returned,
chickenrice.

0 ale.ale.ale.ale: