Tuesday, December 13, 2011

XPERT 2011 :D

dengan nama ALLAH,
huraikan simpulan hati, akal, fikiran dan lidahku.

Ekspedisi Pemimpin Remaja Tahan Lasak (XPERT) 2011.
"Terus Maju kehadapan."
9-11 Disember 2011.
SRI Al-Amin, Keramat | SRI ADNI, Dato' Keramat | Sekitar Bandaraya Kuala Lumpur

terbaik punya penat lah paling [fullstop.]

kali ni, Johor hantar 1 bas. 30 orang peserta.

Johor A.
pengiring; Hasif
Dolah (ketua), Izzat, Wan, Abir, Qawim.
Radhiah, Jihan, Najwa, Basyirah, Hidayah.


Johor B.

pengiring; kakNajihah.
Bazli (ketua), Umar, Haziq, Faizi, Afiq, Faiz.
Safiyah, Afiqah, Salsabila, Atiqah.

Johor C.
pengiring; kakHani.
Azfar (ketua), Afnan, Akram, Fazurul, Shakir.
Rai, Lina, Fathiyah, Asma, Solehah.

8/12/2011.

berkumpul depan Pejabat IKRAM Taman Universiti.

ni dia, PIC Johor, kakHasnor the best ! :D

masih menunggu bas datang :3

waktu asal, bertolak pukul 12am dari Pejabat IKRAM Taman U. tapi disebabkan bas rosak, maka perjalanan ditangguhkan. gerak pukul 1.30am. yadayadaa, bas sampai. gerak !

9/12/2011.

sampai SRIAAKL. alhamdulillah !

presenting; kakHani + kakNajihah, pengiring sporting yang dah macam peserta dah. haha.

bas Maju Ekspres JLU 621 tu memang paling lah laju diaa. sekejap je dah sampai SRIAAKL. team pertama sampai. lebih kurang pukul 7am. banat siap rakam video+post kat group XPERT 2011 lagi bagi kakHasnor tengok bukti kitorang dah selamat sampai. OK semangat.

mula dengan Ice Breaking bersama AbangAliffGanu.
"haa Johor tu lah korang. kalau tak merah, kuning, tak kuning, merah."
haha. Boria. semart kan. dah jadi trademark Johor sejak generasibergenerasi. bangga satu. :D

Outdoor Challenge 1 (Kais Pagi Makan Pagi.)
12.30 pm - 4.00 pm.

pop corn ni sedap wo. tak tipu.

kan melangkah kaki dengan pasti, menerobos segala onak duri. hehe.

banat jual barangbarang.

banin buat perkhidmatan. ni best !

terimakasih tuan rumah :)

OK minimum target RM200. banat Johor A berniaga. banin buat perkhidmatan. kitorang pergi kat area Setiawangsa. agak sedih tak capai target, dapat RM 155 je kot. tapi puas hati jugak tengok semangat Johor A seh. serious. :3

lepas habis KPMP, gerak pergi ADNI naik bas.

sampai ADNI :D

malam ada Sharing DERU oleh Pakcik Harun. zz. tak tipu, ramai syahid. standard lah, pagi dah berKPMP kan. thehehe.

pakcik HAMDY.

10/12/2011.

Outdoor Challenge 2 (Explorace).
10 am - 6 pm.

semangat Explorace.

tahun ni dapat topi ! wajib pakai sepanjang Explorace. :D

sebelum explorace Johor buat ucapan. OK sweet~

Johor naik trip kedua gerak pergi SRIAAKL dengan bas. jadi bergambar kat datarang ADNI dulu.

OK yang ni paling awesome !
CP 0 (SRIAAKL) : Sudoku. apakah ! --" buat addmath pun tak susah macam ni. dari pukul 10am - 12pm kot Johor A buat benda ni. team kedua last lepas CP ni. macam arkk. sedih kot mulamula.

gerak naik LRT Jelatek. paling lawak lah time ni sorang banat tersepit pintu LRT. sebab.. banin lincah sangat. haha. tak macam terkejut satu LRT kan bunyi "gedebungg !" siap yang duduk terus terbangun tengok apa berlaku. pasrah. xDD

credit; Raihana :)

CP 1 (Masjid KLCC) : task; kena ambil gambar dengan 10 golongan. blablabla, dapat 10-10 gambar ! OK gerak !

CP 2 (BB Plaza) : task; kena interview 3 orang remaja. tanya soalan pasal cuti sekolah, ma'al hijrah + FB. zz. OK kesemua yang diinterview adalah lelaki, maka banin je yang buat kerja. sementara banat ambil air Pulpy free dari makcikmakcik oren seberang jalan. nikmat OK. acomplished !

CP 3 (Pasar Seni) : task; interview sorang je, non-muslim. tanya pendapat diorang pasal kawankawan Muslim diorang. banin interview sorang pakcik bangla. dan.. sebenarnya, dia tak faham pun kot apa yang diorang tanya. sebab jawapan dia mengarut. haha. layan, completed !

CP 4 (Masjid Negara) : task; cari sejarah Masjid Negara. team lain semua makan+solat dulu, baru completekan task. Johor A tibatiba tersemangat sangat, completekan task dulu baru makan+solat. thehe. OK team kedua gerak lepas team Perak A. masa ni dah mula berentap dengan Perak A. Johor A keluar ke kiri, Perak A keluar ke kanan. destinasi sama; Tasek Perdana. NICE !

CP 5 (Tasek Perdana) : task; jawab soalansoalan yang diberi. OK banyak. sangat teruja kot jadi team 1st sampai. lepastu baru team Perak A sampai. tapi gelabah sebab masa nak hantar jawapan, Perak A pun hantar gak. erk. lincah gila diorang buat. sekali duadua team salah dua soalan yang sama. haha.

1. bila tarikh negara haram Israel ditubuhkan.
2. siapa yang mengisytiharkan gagasan Israel perlu ada negara.

hamek dia. soalan Zionisme dia bagii. ramai kot tak lepas ni. tapi berkat Googling, callingcalling orang lain + etcetc. berjaya jugak ! alhamdulillah ! ruun to the next CP !

nak dijadikan cerita, kitorang pun tersalah lah jalan dari Tasek Perdana -> Masjid Jamek. tak sedih langsung kot. sepatutnya dari TP, straight je, kitorang pergi masuk simpang kiri. tu dia, 1 jam setengah kat situ. sampai kat KL Sentral semua dah senyum pasrah+kecewa. ye lah, elokelok dah 1st tadi, semua dah fikir Perak A mesti dah sampai ADNI ni. sobb.

muka pasrah lepas sampai KL Sentral untuk ke Dato' Keramat.

CP 6 (Dato' Keramat) : task; jawab tekateki ? haha. OK simple. rupanya.. kitorang group 1st ! alhamdulillah ! rasa berbaloi betul sesatsesat+larilari macam apa tadi. next, kena naik bas T307, berhenti kat station GSK Factory, lari pergi ADNI. OK tunggu driver bas..

tibatiba Perak A sampai ! oh tidak ! driver bas, cepat lah dataaaang. semua dah gelabah + kecoh macam apa dalam bas tu serious ! berapa minit lepas Perak A pergi CP 5, driver sampai. bas baru je gerak, tibatiba Perak A ketuk pintu bas. ALAAA. memang kecewa habis Johor A. haha. lawak tak boleh lupa lah kan.

sampai depan station GSK, pengiring suruh Johor A turun. Perak A taknak turun. OK fine, byee Perak. Johor A larilarilari. dah nak potong bas, tibatiba dengan slumbernya Perak turun tepi traffic light yang dah dekat dengan ADNI. kitorang kat belakang dah, 'weh tak haci tu ! takde station mana boleh turun.' banin pun dengan semangat harimau Muslim nya lari macam pehhh. potong budakbudak Perak A. akhirnya, banin Johor A sampai dulu ADNI ! wow !

CP 7 (ADNI) : sampai kat ADNI, sekali abangBai cakap diorang dah kira markah dari kat Dato' Keramat lagi sebenarnya. apakah --" penat je larilari ! haha. kira dah nombor 1 pun lah Johor A masa larilari kejar bas tu semua. hailahaila. memang bersenam habis lah kan. terbaik kot. super penat macam apa.

kami juara Explorace ! hehe.

ni dia, team Perak A yang bagi saingan maha hebat + dahsyat. korang terbaik lah !

memang tak terkata, sangat err terharu. dari team 2nd last gerak masa CP 0, jadi team 1st sampai ADNI = tamatkan Explorace pukul 5.45 pm. awesome yoy ! kitorang memang sangatsangat berterimakasih pada pengiring yang cekap sungguh jalan KL tu. dalam kepala macam ada GPS je kan. ikut jalan dalam lah, short cut lah. fuhh. hebat serious. dengan baninbanin yang semangat habis, suruh lari semua lari. banatnya penatpenat pun sanggup lari. sebab takut tertinggal jauh sangat dari banin kot. haha.

apa pun, team Johor A memang superb + cool, kan ? walaupun tak menang keseluruhan sebab markah jualan sikit, kita Juara Explorace ! \(^w^)/

malam. video editting.
semua dah gaya penat tak bermaya kan. serahkan kerja videovideo ni pada banin sebab diorang lebih pakar. pukul 11.30pm banat Johor A dah naik dorm, tidur. macam terawal sangat je kan. tapi dah banin kata diorang boleh buat, kitorang OK je lah.

lastlast, pagi esoknya, diorang kata pengiring buat 70% video tu. haha. OK pengiring Johor memang sentiasa terbaik sejak XREK lagi sebenarnya. terimakasih. ^^



ni lah video hasil usaha Dolah + pengiring kami. :)

12/12/2011.

Johor A + Johor C bersemangat turun bawah cek video pagipagi. hehe.

pagi yang kecoh dengan kehadiran kakHasnor. :D

semua memang harus lah tak bangun qiam kan. mana taknya, ramai kot tak tidur buat video. dimaafkan :3 presentation video. zzz. OK tamat !

result;
1. Terengganu.
2. Melaka.
3. Kelantan (!) --"

Produce Gen 6 terbaik !

kontinjen Johor Darul Takzim <3

dari kiri belakang; Hasif, qawim, abir, afnan, wan, fazurul, dolah, haziq, lina, basyirah, atiqah, salsabila, asma, fathiyah, afiqah.

dari kiri depan; azfar, shakir, akram, faiz, faizi, kakNajihah, kakHani, najwa, jihan, kakHasnor, radhiah, hidayah, safiyah, raihana.

tiada dalam gambar; bazli, umar, afiq, izzat.

10 minit lepas masuk bas untuk ke JB, semua dah tak sedarkan diri. :O penat sesungguhsungguhnya lah, tapi puas. ^^,

inshaAllah, XCELL at Kedah, here we come ! ^^

=====

ibrah yang aku dapat dari Explorace tu.

gagal awal tak bermakna gagal selamanya.

kitorang bermula dengan kumpulan 2nd last kat CP 0. dan berakhir dengan kumpulan 1st kat ADNI. kegagalan awal tu tak bermakna kitorang tak boleh menang 1st tu kan. yang penting kena usaha+tak putus asa. walaupun dah sesatsesat jalan semua. tapi semua macam masih bersemangat larilari nak sampai ADNI dengan cepat. dan alhamdulillah ! berkat usaha+semangat+izin DIA tu, kitorang 1st sampai.

macam tu jugak dengan hidup kita. aku ambil contoh Nazrey Johani (ex kumpulan Raihan.)
dia converter. dari Kristian ke Muslim. dia cerita, keluarga dia memang Kristian taat. kuat pada ajaran agama. tapi satu hari, ayah dia masuk Islam. dan ajak satu keluarga masuk Islam jugak. dia tak puas hati. dia tentang sekeraskerasnya. dia taknak tinggalkan Kristian. tapi alhamdulillah, hati dia terbuka. dan sekarang, dia berusaha kembangkan ajaran Islam tu melalui nasyid. dan semoga, pengakhiran dia nanti, indah. :)

tak semestinya orang yang jahat hari ni, esok lusa tulat dan selamanya dia akan jahat, tak mustahil untuk dia jadi penentang kejahatan pula satu hari nanti. kita tak tahu kan. semua tu rahsia DIA.

Allah tak tengok permulaan hidup kita. tapi Allah tengok, pengakhiran kita nanti macam mana.
kalau permulaan hidup kau tak sehebat mana, jangan putus asa, terus survive untuk dapat hidup lebih baik. untuk akhiri hidup kau dengan sesuatu yang terbaik ! inshaAllah ! ^^v

"Allahumma, bersihkan hatiku dari sifat munafiq, pekerjaanku dari sifat riyaa', lidahku dari berbohong, pandanganku dari khianat, kerana Engkau Maha Mengetahui apa yang disembunyikan oleh pandangan dan dirahsiakan oleh hati."

0113/14122011,
from HIM that I came,
to HIM that will I be returned,
chickenrice.

2 ale.ale.ale.ale:

mardhatillah said...

Okey okey :) This is awesome, just nice. Ringkas tapi padat! Loikee haha :)) Still miss it. Moga Allah redha..

sufiyyah zulkifli said...

hoho.
kenapa tempat ketiga tu ada tanda
seru siap dalam kurungan?

*hahaha*