Thursday, December 8, 2011

yosh.

dengan nama ALLAH,
huraikan simpulan hati, akal, fikiran dan lidahku.

"takpe lah aku tak tutup aurat pun, janji aku sembahyang apa. daripada orang yang tak tutup aurat, lepastu tak sembahyang lagi. haa kan lagi teruk tu."

ugh. memang lah lebih baik dari yang tu. tapi kenapa tak berusaha untuk jadi yang terbaik ? tutup aurat+sembahyang. kan lagi caraa. lagipun, firman Allah,

"wahai orangorang beriman, masuk lah ke dalam agama Islam itu secara menyeluruh, dan jangan lah kamu mengikuti langkahlangkah syaitan, sesungguhnya itu musuh yang nyata bagimu."
[alBaqarah : 208]

menyeluruh tu maksudnya semua. bukan boleh, OK nak sembahyang je, tutup aurat taknak. haa puasa je pun dah cukup, takyah lah zakat. haji leceh lah, skip ahh. tak. mana yang DIA suruh buat, kena buat. wajib. takboleh tinggaltinggal. kena ambil semua aspek.

memang kadang tu, terlepas pandang beberapa aspek kan. tapi kan orang mukmin tu hari ni lebih baik dari semalam, esok lebih baik dari hari ni. jadi setiap hari kena memperbaiki diri. usahasama. yosh ! ^^v

=====

dalam perjalanan KL-JB tadi, terdengar lagu ni. tu yang tibatiba datang idea nak buat entry ni. lagu kanakkanak. tapi comel.




[jangan lupa sembahyang - aeman]


comel kan ? tak ? nasib. comel jugak. masa kecilkecil selalu pasang dalam kereta. lepastu bila makayah takde, kitorang berempat nyanyi ramairamai. comel kan ? haa cakap comel cepat. tapi.. memandangkan abangabang aku memang tak sweet+romantik+takkan mungkin disebutnya 'adikadik ku sayang / cinta' tu, terus diubah seni kata, biar nampak lebih ganas+macho. erkk. rindu diorang. aaa

eh macam kecil sangat je time ni. takde maknanya kot kitorang nak nyanyi dengan size macam ni. omnomnom. :3 (bukan gambar sebenar.)

=====

"aku mengembara, merantau jauh, mencari setitis rahmatMU Ilahi. hanya padaMU, ku serahkan jiwa+nurani."

[rahmat kasihMU - saujana]

fuhh akhirnya akan mulakan pengembaraan pada 8-11, inshaAllah. plan nak sambung kembara sampai 14Disember terpaksa dibatalkan. wuu. sedih ah Malaysia macam ni. baru ingat nak bawa hati yang lara cewahh. mencari cebisan diri yang hilang. OTL Bismillah..

lancarkan perjalanan kami, Allah..

*Amirah, Syakira, Idraki, Iman, kenang daku dalam Waterpark mu. eh. haha. tak sedih langsung lah macam ni. T-T

aku tak tahu berapa lama dapat bertahan macam ni. kadangkadang dengan keadaan sekarang ni, rasa macam diri sendiri yang.. terseksa. QIANG lah bow, QIANG. OTL

"Allahumma, bersihkan hatiku dari sifat munafiq, pekerjaanku dari sifat riyaa', lidahku dari berbohong, pandanganku dari khianat, kerana Engkau Maha Mengetahui apa yang disembunyikan oleh pandangan dan dirahsiakan oleh hati."

0213/08122011,
from HIM that I came,
to HIM that will I be returned,

chickenrice.

0 ale.ale.ale.ale: