Thursday, April 11, 2013

langkah.

dengan nama Allah,
huraikan simpulan hati, akal, fikiran dan lidahku.

Bismillah.
lama menyepi sendiri. merasakan blog ni terhenti kerana matinya hati. Allah.

sungguh lah, terseksa sangat dengan rasa futur ni. rasa nak menyerah. bukan. rasa dah kalah. rasa macam nak rebah tergolekgolek kat tanah. 

tapi setiap kali tu jugak lah, firman muncul dalam kepala,


"Janganlah kamu bersikap lemah, dan jangan (pula) kamu bersedih hati, padahal kamulah orang yang paling tinggi (darjatnya), jika kamu orang yang beriman.”
  [Ali'Imraan : 139]

baca ulang kali.
jangan bersikap lemah. jangan bersedih hati.
kamu paling tinggi darjatnya.
kalau beriman.


rasa macam kena pujuk. 
dan kembalikan keyakinan yang, Allah takkan bebankan manusia dengan apa yang kita tak mampu. setiap ujian yang Allah beri, Dia sediakan penyelesaian. bukan untuk lemahkan kita. tapi untuk menguatkan. meningkatkan iman. rugi lah orang yang diuji, tapi imannya semakin berkurang. na'uzubillah.

=====


demi Allah, aku rindu ukhuwah ini. ukhuwah yang fillah. inshaAllah. 

=====

jarak ni, bukan tanda kebencian. tapi untuk kau dan aku lebih dekat, dengan Tuhan.

moga..
Allah redha.


Allah, kuatkan lah semangat diri. untuk tetap teguh di langkah ini. di pencarian, hakikat diri.

"Allahumma, bersihkan hatiku dari sifat munafiq, pekerjaanku dari sifat riyaa', lidahku dari berbohong, pandanganku dari khianat, kerana Engkau Maha Mengetahui apa yang disembunyikan oleh pandangan dan dirahsiakan oleh hati."

1541/1104/2013,
from HIM that I came,
to HIM that will I be returned,
chickenrice.

0 ale.ale.ale.ale: